Pages

Wednesday, July 11, 2012

Keburukan Makan Ikan Dan Daging Secara Serentak?

WHY?????


sedapnye ayam panggang ni

Ikan Dan Daging Tidak Boleh Makan Sekali

 
Bukti secara Scientifik

NOTE:
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. tapi kenapa ek? kalau Rasulullah yang Tak bagi kita buat itu mesti ada sebab.. sebabnya mcm ni, dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( - ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi.



Ikut sunnah nabi...
Diet Pemakanan rasulullah  :
  •   Jangan makan SUSU bersama DAGING
  •   Jangan makan DAGING bersama IKAN
  •   Jangan makan IKAN bersama SUSU
  •   Jangan makan AYAM bersama SUSU
  •   Jangan makan IKAN bersama TELUR
  •   Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
  •   Jangan makan SUSU bersama CUKA
  •   Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
Jangan lupa ye makan sayur korang2 semua yang comel....tengok aku pon makan....kihkihh >.<

Tips: sharing is caring!!


1. Lepas makan amalkan jalan 40 langkah or solat dua rakaat kerana memudahkan penghadaman
2. Makan buah dulu, agak-agak lepas 20 minit baru makan makanan berat... sebab, kandungan air dalam buah tu membuatkan  korang cepat kenyang so, nanti korang boleh ambil nasi dalam kandungan yang sikit sahaja...

3. Amalkan minum air suam dengan kadar yang optimum...
SHARE BENDA NIE KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA DI FB

Mayat bayi disangka anak patung



bayi
Mayat bayi yang diikat dengan plastik ditemui peniaga di dalam longkang.

SELAYANG – Seorang peniaga pisang goreng terkejut kerana plastik yang disangkakan mengandungi patung kanak-kanak rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang ditemui di longkang berhampiran tempat niaganya sekitar Selayang Baru di sini jam 1.30 petang, semalam.

Menceritakan kejadian, saksi yang dikenali Norlisa Abdullah berkata, dia ketika itu sedang menyapu lantai kedainya untuk memulakan operasi perniagaan dan secara kebetulan menjenguk longkang yang berada di sebelah gerainya.

“Ketika ingin bersihkan lantai berhampiran longkang itu, saya terlihat suatu bungkusan yang mengandungi kepala bayi yang pada mulanya saya ingat hanyalah patung.

“Saya kemudiannya mengambil sebatang kayu untuk meneliti lebih dalam kepala mangsa sebelum pasti rambutnya adalah menyerupai bayi yang baru lahir dan lengkap bertali pusat,” katanya.
Menurutnya, plastik itu hanya diikat di bahagian leher bayi menyebabkan kepalanya terkeluar.
“Sejurus kemudian, saya meminta bantuan daripada jiran berhampiran sebelum seorang daripadanya membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, polis menerima laporan sekitar jam 2 petang dan menemui mayat bayi dalam longkang di Jalan 62, Selayang Baru di sini.
“Mayat bayi yang dijumpai dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat serta ditutup dengan satu kotak, dibungkus kertas surat khabar dan beg plastik.

“Jantina bayi tersebut adalah lelaki dan bangsa belum diketahui serta tiada kesan kecederaan dilaporkan,” katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawahSeksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran serta membuang bayi, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Sinar

Monday, July 9, 2012

Peniaga terkejut ‘durian dalam durian’

Durian
Pelik:Durian Dalam Durian

KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.
“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.
Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.
Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.
“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.
“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya.
Sinar

Fakta Menakjubkan Mengenai Wuduk


Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Cara Wudhuk Rasulullah s.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )


Huraian

Wudhu yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam…

Sunday, July 8, 2012

Jari kanak-kanak tersepit eskalator


JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Mohd Nasrullah Mohd Adham hanya mampu menahan kesakitan selepas jari telunjuknya tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah di sekitar bandar raya ini dalam kejadian jam 9 malam kelmarin.

Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian memaklumkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli-belah berkenaan sebelum eskalator berkenaan dihentikan.
Ibu mangsa, Lailatul Kartini Hashim, 32, berkata, dia ke pusat beli-belah itu untuk membeli barangan keperluan rumah.


“Kami singgah di sebuah kedai untuk melihat baju, bagaimanapun Nasrullah tiba-tiba hilang daripada pandangan menyebabkan saya panik.
“Selepas mencari, saya terkejut mendapati Nasrullah terduduk di sebelah eskalator dengan sebahagian tangannya tersepit, saya bimbang keseluruhan tangan anak termasuk ke dalam eskalator itu,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Kartini, pengurusan pusat beli-belah berkenaan bertindak pantas dengan menghentikan eskalator itu.

Katanya, tangan Nasrullah berjaya dikeluarkan orang ramai sejurus eskalator berkenaan dihentikan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
“Saya bersyukur kerana Nasrullah hanya cedera ringan pada jari telunjuk,” katanya.

Difahamkan, Nasrullah menjalani pembedahan kecil semalam untuk membersihkan bahagian kuku yang cedera dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat. Kartini berkata, dia tidak menyangka insiden itu akan menimpa anaknya kerana dia cukup berhati-hati terutama ketika menggunakan eskalator.
“Kami sekeluarga berharap Nasrullah segera sembuh dan saya akan pastikan dia sentiasa di bawah pengawasan,” katanya.

Harian Metro

Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik

Thierry Henry

Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam.
Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.

Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. “Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.”

Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.”

Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir,” kata Henry.
Sumber:

Cicak Spiderman ditemui di Kenya

Cicak Spiderman
Cicak Spiderman adaptasi dari Mwanza Flat Headed Agama.


NAIROBI – Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, minggu lalu.

Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka.



Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman.
“Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.

Sinar