Pages

Saturday, May 19, 2012

Cara senang yahudi merosakkan umat islam

Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan,sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi,tanyalah diri sendiri samada kita pernah ditewaskan atau tidak dengan senjata-senjata ini :

SONG
  • Lagu yang menghiburkan.Ada anak-anak muda Islam yang tidak tahu mengucap tapi boleh menghafal lagu Hindustan atau lagu inggeris yang panjang menjela tapi tidak tahu membaca Al Fatihah.Malah ada dikalangan ibubapa yang menggalakkan untuk berkaraoke agar anak boleh menjadi penyanyi atau pelakon.
SEX
  • Lagi satu kegilaaan remaja atau orang tua.Sex ada dimana-mana,di kaca tv ,dalam filem,dalam iklan.Babak sex memang lumrah.Malah ada penerbit filem yang sudah berani memaparkan adegan berbikini di kolam renang.Ada pula yang lebih berani merakamkan adegan seks diri sendiri kononya untuk tatapan peribadi dan berkongsi dengan kawan menyaksikannya. Lagi sekali Yahudi Laknatullah berjaya.
SMOKE
  • Rokok menjadi kegilaan para remaja dan sekarang ini remaja perempuan semakin berani menghisap rokok di khalayak ramai.Kononya merekalah yang 'up to date'.Dulu perempun yang merokok ini adalah golongan pelacur atupun penari kabaret
SPORTS
  • Pelbagai jenis sukan ditonjolkan sama ada untuk lelaki atau perempuan.Mereka sama -sama berlumba untuk mencari nama hinggakan bola sepak wanita turut di adakan.Bila bersukan tutup aurat jauh sekali..Sembahyang pun selalu 'miss'. Bukan sahaja pemain,malahan yang menonton.
FUN
  • Hiburan dimana -mana.Kita dapati makin banyak pusat hiburan yang melalaikan di buka.Malahan makin ramai di panggil artis-artis luar negara untuk menghiburkan.Ada juga hiburan yang mengenakan sysrat membeli minuman keras untuk melihat konsert seseorang artis
FASHION
  • Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam,sehinggakan kalau pakai tudung punmereka tidak menutup aurat.Pakai tudung tapi berbaju ketat yang kadang -kadang menampakkan pusat.Yahudi ketawa lagi ...umat Islam dah hampir sama macam dia..
FOOD
  • Banyak makanan yang diragukan status halalnya dijual dipasaran kita.Kita berbangga dengan makan barat seperti fast food dan buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.Bila makan benda haram ,macamana iman nak mantap,maka lahirlah generasi umat Islam yang berfikiran macam Yahudi.
Walaupun nampak remeh tapi inilah cara-cara halus Yahudi merosakkan hati generasi umat Islam.

Sebab mengapa islam sekarang sudah lemah


Pesanan Saidina Umar al-Khattab r.a.

Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh pernah menulis kepada panglima Saad bin Abi Waqqash radhiallahu 'anh, ketika beliau menghantarnya untuk membuka Parsi. Teks pesanannya adalah seperti berikut:

1. Takwa Kepada Allah.

"Saya suka berpesan kepada anda dan bala tentera yang bersama dengan anda agar sentiasa bertaqwa kepada Allah pada setiap ketika dan keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan dalam menentang musuh dan sebaik-baik tipu helah dalam peperangan.

2. Meninggalkan Segala Bentuk Perbuatan Maksiat.

Saya suka berpesan kepada anda dan sekalian tentera di bawah pengawasan anda agar menjaga diri dari perbuatan maksiat anda sendiri daripada menjaga serangan musuh, karena dosa-dosa para tentara itu lebih menakutkan berbanding dengan musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini nescaya orang-orang Islam tidak mempunyai kekuatan, kerana bilangan dan kelengkapan kita tidak sama dengan bilangan dan kelengkapan mereka. 

Jika kita sama saja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka mempunyai kekuatan yang lebih untuk menentang kita. Jika kita tidak mengalahkan mereka dengan kelebihan yang kita miliki itu, nescaya kita tidak akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan yang kita miliki. Ketahuilah anda sekalian, sewaktu kamu berangkat ke Parsi setiap dirimu diawasi oleh malaikat Hafazah yang mengetahui segala perbuatanmu. Kerana itu hendaklah anda berasa malu kepada mereka. Dan janganlah berbuat maksiat di tengah-tengah kamu berjuang menegakkan agama Allah, begitu pula jangan beranggapan bahwa musuh kita lebih jahat daripada kita sehingga tidak mungkin mereka menguasai kita walaupun kita berbuat jahat. Boleh jadi sesuatu kaum itu dikuasai oleh kaum yang lebih jahat daripada mereka, sebagaimana kaum kafir Majusi pernah menguasai Bani Israel, disebabkan maksiat yang dilakukan oleh Bani Israel itu sendiri.

3. Mohon Pertolongan Kepada Allah.

Sentiasalah memohon pertolongan daripada Allah untuk diri anda sekalian dari godaan maksiat, sebagaimana anda sekalian memohon kemenangan dari-Nya dalam menentang musuh-Nya. Mohonlah pertolongan itu untuk kami dan juga kamu.

WALLAHUALAM

Friday, May 18, 2012

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz


Dahulunya Ustaz SEOrang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi SEOrang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya SEOrang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. 
sumber

Pelan Tentera AS Untuk Serang Makkah & Madinah Terbongkar

Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey Pegawai Pentagon latih askar benci Muslim, saran bom Tanah Suci 

VIRGINIA: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) terpaksa mengakui bahawa SEOrang jurulatih di Kolej Pegawai Turus Tentera di Virginia, mengajar satu kursus menyokong ‘perang habis-habisan’ terhadap Islam selain menyarankan supaya kota Makkah dan Madinah dibom tanpa mengira nasib orang awam, pendedahan yang memberi malu besar kepada Washington.

Sukatan kursus yang boleh dipilih pegawai tentera tetapi tidak diwajibkan itu, jelas bertentangan dengan dakwaan yang berulang kali dibuat pentadbiran Presiden Barack Obama, bahawa usaha Amerika untuk memerangi keganasan tidak menyasarkan agama Islam.


Butir terperinci kursus yang diajar Leftenen Kolonel Matthew Dooley di kolej berkenaan, diperoleh blog Wired.com, Julai lalu.


Dooley dalam kursus itu menyatakan bahawa tindakan memusnahkan kota suci umat Islam, menyusul serangan bom nuklear, sama seperti yang dilakukan tentera Bersekutu di Hiroshima pada Perang Dunia Kedua dan serangan bom di Dresden, Jerman.

Kursus yang dikendalikan dikenali sebagai ‘Perspektif Mengenai Islam dan Radikal Islam’.

Kursus itu digantung pada April lalu selepas Pentagon menerima bantahan daripada SEOrang pelajar dan Leftenen Kolonel Dooley sendiri tidak lama kemudian, apabila beliau yang tidak lagi mengajar kursus itu, walaupun masih bertugas di kolej berkenaan.

Kursus itu diadakan lima kali setahun dan dihadiri 20 pelajar. Sehingga ia digantung April lalu, seramai 800 pegawai tentera peringkat pertengahan dan pegawai kanan menyertainya. Dooley dianggap SEOrang pegawai tentera berpengalaman yang pernah berkhidmat di Iraq, Bosnia dan Kuwait. 

Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengakui pihaknya juga diarah membuat perubahan ke atas beberapa dokumen rujukan yang boleh disalah anggap sebagai menghina Islam.

“Apa yang berlaku adalah bertentangan dengan nilai yang kami cuba terapkan dan jelas sekali ia bukan untuk tujuan akademik. Ia satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab,” kata Pengerusi Ketua Turus Tentera, Jeneral Martin Dempsey.

Dooley, dalam kursus yang dikendalikannya Julai lalu, menjelaskan mengenai keperluan untuk memerangi habis-habisan ‘falsafah dan ideologi Islam.

“Mereka membenci dan tidak akan menerima sebarang pendirian anda selain tidak akan bekerjasama kecuali anda tunduk kepada mereka,” katanya.

Beliau menambah, oleh kerana Amerika yang melancarkan peperangan, maka ia tidak perlu terikat dengan Konvensyen Geneva kerana konvensyen itu kini tidak lagi relevan.

“Keadaan ini membuka peluang kepada kita untuk sekali lagi melancarkan perang ke atas penduduk awam jika perlu seperti di Hiroshima, Nagasaki dan Dresden,” katanya. – Agensi
p/s: Nie nak jadi macam Tentera Bergajah Abrahah nie...

Pendapatan Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres Tahun 2020


Apa lagi yang boleh diharapkan dengan keadaan harga rumah di Malaysia terutamanya melibatkan bandar-bandar besar di Malaysia sekarang ini? Bukannya semakin menyenangkan rakyat Malaysia tetapi semakin membebankan dan adakalanya harga rumah di Malaysia yang ada ketika ini agak menakutkan. 
  1. Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  2. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000


Apabila harga rumah sudah begitu mudah mencapai ke tahap nilai sebegitu, ia sudah bukan lagi harga yang mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Harga sebegitu rupa boleh dikatakan sudah menjadi “senaman mata” oleh rakyat Malaysia setiap hari yang kadangkalanya apabila melihat buat kali kedua boleh menyebabkan “sakit mata”. Hakikatnya, rakyat Malaysia yang tergolong daripada kalangan yang berpendapatan serdahana iaitu sekitar RM6,000 sebulan hanya mampu memandang sahaja.

Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula “berjangkit” di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :

  1. Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Anda mampu?
  2. Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. Anda mampu?
  3. Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan dijual pada harga sekitar RM288,000 (20×65 kaki). Anda mampu?
  4. Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. Anda mampu?
  5. Lain-lain ada nak tambah untuk perkongsian semua?

Rata-rata kalau diperhatikan kalangan yang terdiri daripada golongan pertengahan lebih gemar memilih rumah teres disebabkan faktor keluasan pada harga yang mereka fikirkan pada harga masih lagi munasabah disebabkan “pilihan yang terhad”.

Jika harga rumah terus melambung tinggi tetapi pendapatan rakyat Malaysia masih tidak menunjukkan peningkatan yang seimbang, alamatnya impian golongan pertengahan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah teres bukan hanya tinggal angan-angan semata disebabkan keadaan menjadi lebih sukar apabila harga rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020 iaitu 8 tahun daripada sekarang
Kajian Harga Rumah Teres di Malaysia VS Pendapatan Rakyat Malaysia

Berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah :

  1. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang walaupun berlaku krisis ekonomi
  2. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu,harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur
  3. Harga rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020
  4. harga rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh 8 tahun lagi

Dan bagi menampung kemungkinan kenaikan mendadak harga rumah teres pada masa akan datang (2020), anda semua perlu mempunyai pendapatan sekitar RM12,000 sebulan bagi membolehkan anda memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020. Berapakah pendapatan anda ketika ini? Anda perlu 8 tahun daripada sekarang untuk “memperbaikinya”…

Ini kami sentuh lebih kepada golongan yang berpendapatan sekitar RM6,000. Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang ini? Bagaimana pula keadaan orang muda yang berpendapatan sekitar RM1,500 – RM3,000 sahaja? Adakah anda semua sudah bersedia ke arah itu sekarang ini?

Yuna Rugi RM5,000 Kereta Kena Pecah

Yuna dirompak, set radio dan dua gitar dilarikan. Kereta beliau dipecah masuk. 4 lelaki terlibat.

SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.

Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat. 

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta. 

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi. 
sumber

Thursday, May 17, 2012

LELAKI BERJUBAH PUTIH MENGANGKAT PEMUDA SYAHID DENGAN SEBELAH TANGAN

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Adakah ianya Malaikat? atau jin? Wallahu a'lam. Mereka membantu ahlu sunnah yang ditindas puak Syiah baalawi (Syiah Alawi atau Syiah Alawiyyah - علوية‎) di Syria manakala bantuan Allah tetap bersama. Penderitaan dan dugaan yang berat oleh rakyat Syria ahlu sunnah wal jamaah ini adalah sebagai ujian Allah. Manakala bantuan ghaib dari Allah hanyalah sebagai meredakan hati-hati orang yang beriman.


Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam

Video satu adalah video asal yang tidak diubahsuai/edit.



Video di bawah pula di'edit' dengan menghentikan scene lelaki jubah putih tersebut. Entah muncul dari mana, kemudian ghaib.

ياسبحان الله ملك من الملائكه يمر امام الاعداء النظام الفاسد مع اطلاق نار كثيف واشتباك بين المتظاهرين وجيش الشبيحه بسوريا لابس زي ابيض ليسحب ويحمل الشهيد ويسلمه لأصحابه/ من ذوووق ولد حلي حموده المزيوني

Sumber

والله اعلم