Pages

Friday, March 23, 2012

Kaedah Rawatan Sakit Gigi Yang Pelik

Mengeluarkan Cacing Gigi Melalui Telinga



Chen Yuan Sheng, 44, yang telah melibatkan diri dalam industri pakaian di Batu Pahat selama lebih dua dekad, mempunyai kerja sampingan istimewa dan agak pelik sejak bertahun-tahun yang lalu.

Khidmat istimewa dan unik Chen ialah membantu pesakit sakit gigi untuk mengurangkan kesakitan dengan menghalau cacing gigi menggunakan kaedah rawatan purba Cina.

Kaedah rawatan yang digunakan adalah warisan daripada mendiang bapanya yang mempunyai kepentingan yang besar dalam bidang perubatan Cina dan mahir dalam perubatan akupunktur dan herba yang dipelajarinya dari negara China.


Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan?


Chen berkata bahawa cacing gigi terutamanya disebabkan oleh karies gigi dan tabiat makan, walaupun dia tidak melakukan kajian yang mendalam mengenainya.


Peralatan dan kaedah yang digunakakan sangat tradisional dan mudah. Asap herba akan digunakan untuk membuang cacing gigi dari rongga mulut pesakit, tanpa menyebabkan kesakitan kepada pesakit dan ubat-ubatan tidak diperlukan.

“Kuantiti herba yang digunakan untuk menyingkirkan cacing gigi adalah sangat penting. Ia sebenarnya adalah campuran enam herba yang direndam dalam minyak kelapa,” jelas beliau.


Pertama sekali, beliau perlu untuk memanaskan bata sebelum meletakkannya ke dalam pinggan dan menambah dua sudu teh jus herba.


Dengan menggunakan tudung corong berbentuk kun pesakit dikehendaki memasukkan muncung corong ke dalam lubang telinga.


“Asap dari jus herba mendidih akan memasuki tubuh pesakit melalui telinganya lalu menarik dan membuang keluar cacing gigi di dalam mulut, telinga dan bahagian-bahagian badan yang lain,” katanya.


“Pesakit akan merasa leher mereka sedikit tegang sepanjang proses itu dan saya akan mengingatkan mereka untuk batuk dengan sengaja kerana ia boleh membantu mengeluarkan cacing gigi,” katanya.

Dia menggalakkan pesakit untuk menerima rawatan tiga kali dalam tempoh tiga bulan untuk menghapuskan sama sekali cacing gigi. Keseluruhan proses mengambil masa 12 minit.


Cacing gigi jatuh di atas bata & herba yang dipanaskan.


Beliau berkata bahawa bilangan cacing gigi berbeza dari berpuluh-puluh sahaja hingga beberapa ratus, mengikut keadaan kesihatan yang berbeza.

Chen berkata bahawa ramai orang ragu-ragu tentang kewujudan cacing gigi, terutamanya anak-anak muda yang berfikir ia tidak logik dan saintifik.

Purim: Pesta Mabuk Yang Digalakkan Penganut Yahudi

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa setiap tahun para penganut agama Yahudi akan menyambut perayaan Purim yang membenarkan mereka mengambil minuman keras sehingga mabuk.

Lebih teruk lagi, pesta mabuk tersebut turut membenarkan para rabbi dan ketua-ketua agama mereka mabuk dan digalakkan meminum minuman keras sehingga lupa diri.

Purim merupakan satu perayaan bagi memperingati kisah dua tokoh mereka Mordecai dan Permaisuri Esther yang menyelamatkan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa pembunuhan besar-besaran oleh Kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Raja Ahasuerus (Xerxes I).

Mordecai dan Permaisuri Esther
 
Perayaan yang sebelum ini disambut pada setiap hari ke-14 Adar mengikut kalender Hebrew itu kini dipercayai hanya disambut pada hari ke-15 mengikut bulan Hebrew yang sama oleh golongan Yahudi yang tinggal di Jurusalem atau lebih kenali sebagai Baitul Maqdis di Palestin.

Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan ekoran kesannya yang membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Di antara riwayat ada yang menceritakan bagaimana seorang ahli sufi yang terpedaya dengan minuman keras sehingga mendorong beliau berzina dan kemudiannya membunuh seorang pelacur kerana takut dosanya diketahui umum. Berikut adalah beberapa keping gambar perayaan Purim yang disambut di sebuah rumah ibadat Yahudi dan sambutan di jalanan di sekitar Jurusalem.
 






































Artis-Artis illuminati : New World Order, Dajjal


Untuk menjayakan projeknya iaitu New World Order, Dajjal memerlukan satu medium untuk melekakan manusia.Medium itu adalah Hiburan. Sepertimana yang kita semua lihat pada hari ini industri hiburan berkembang pesat dan telah banyak mempengaruhi muda-mudi di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Inilah "New World Order- Lupakan akhirat, lebihkan dunia" Kebanyakan artis-artis Hollywood adalah artis Illuminati. Ini adalah salah satu rancangan dajjal untuk 'brainwash' kita. Mesej-mesej dalam lagu tu ada maksudnya yang tersembunyi.

Jay-Z
Kanye West
 Madonna
Lady Gaga

Ini hanya sebahagian artis Illuminati. Bukan hanya di Hollywood tetapi di seluruh dunia. Ada juga artis yang menentang Illuminati, contoh terbaik Bob Marley. Beliau adalah artis yang menentang Illuminati melalui lirik lagunya. Tetapi beliau akhirnya mati dibunuh oleh konco-konco dajjal. Bagi artis yang menentang Illuminati, mereka akan dibunuh ataupun dijatuhkan reputasi mereka.

 Micheal Jackson juga telah dibunuh oleh "mereka"