Pages

Friday, March 23, 2012

Sejarah Ayat Kursi

Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
 
 

Thursday, March 22, 2012

Bapa NABI SAW : Syurga Atau Neraka?


Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;

“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]”

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
“Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS[4].

[1] Muslim, hadis no : 302.
[2] Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hlmn 118.
[3] Ibid, hlmn 117
[4] Syarh al-Nawawi ‘Ala Sahih al-Muslim, jld 1, hlmn 349.Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”. 

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;

“Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]”

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. 

Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
“Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS[4].

Soalan panjang, jawapan pendek

Kembalilah pada Allah, InsyaAllah dapat.(=

Soalan panjang, jawapan pendek:

1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-bunga..bercinta sblm kawin haram..bercinta selepas kawin..halal...pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku malu ah nak approach dia. Dah 8 bulan 10 hari aku pendam perasaan ini.

Jawapan: Bak no dia.

9. Aku dah lama tak solat. Dah cuba solat, tapi malas lik. Pastu aku tak solat terus. Camana nak rajin solat ni?

Jawapan: Jadi makmum aku.

10. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-bila. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah. ( cuz dah macam syirik lak )

11. Serabut betullah aku tengok nasihat-nasihat suruh bertudung, tutup aurat ni. Aku tahulah benda tu. Nanti-nantilah, tunggu aku ready sikit dulu. Tunggu sampai seru. Apa la..nak tegur pun agak-agaklah..tahulah org tu dah tutup aurat, sibuk plak nak kisah hal org lain. Laser plak tu tegur org. Kan kan kan? ( ajak org mengumpat sekali )

Jawapan: Allahumma ameen! ( doa terus dalam hati supaya dilembutkan hati yg tak tutup aurat tu, bukan p redha je dengan kata2 dia )

12. Aduh! Mahal la plak keluarga belah pompuan nak. Aku bajet Rm10 ribu je. Dorang nak Rm20ribu. Nak grand2 buat kat hotel segala bagai lak. Nak outdoor2 photoshoots la plak. Camana ni bos?

Jawapan: Bincanglah. Kalo failed, cancel je la.

13. Hati aku tak tenang dowh. Akhir-akhir ni gelisah, resah je. Semangat pun down je. Adoiyai. Sedih plak tetibe.

Jawapan: Nah ( bagi youtube Syeikh Mishari Rasyid baca al-Quran )

14. Hati aku tak tenang gak la. Entah la nape ngn hati ni. Tak tenteram gile-gile.

Jawapan: Jom! ( bawak dia p ke masjid bersolat, dgr tazkirah dll..bukan bawak pi dangdut )

15. Gile ah politik tanahair. Situ rasuah, sini pecah amanah, sana pakai duit rakyat, situ caci-maki, sinun fitnah-fitnah, sunun kata mengata. Sana kata dia betul, sini kata aku betul. Semua nak menang. Pening aku!

Jawapan : Tukarlah!

16. Aku dah lama jadi org tak baik. Aku berdosa. Aku banyak buat salah. Aku ada wat dosa besar. Aku rasa Allah takkan terima dah diri aku ni. Baik aku terus je wat dosa dan masuk neraka. Tu mmg layak utk aku. Aku ada suka someone ni, tapi dia lebih baik dari aku dan aku tak layak utk dia. Ko rasa2 aku layak tak dapat dia. Dapat tak aku jadikan dia pasangan aku?




P.S/ Jawapan untuk solan 16 tanya lah hati masing2...bertaubat lah....

10 tips hiasan dalaman rumah ( 15 Gambar)

Aku nak kongsi gambar dan tips rekaan dalaman rumah yang ekslusif. Ada perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika menghias rumah anda.

1. Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang. 

Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding.

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan.

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah. 

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
















Eskalator Tertinggi di Dunia

Umeda Sky Building merupakan bangunan ke-7 tertinggi di Bandaraya Osaka, Jepun, dan merupakan salah satu daripada ikon yang paling dikenali di bandaraya itu.

Bangunan ini terdiri daripada 2 menara 40 tingkat yang bersambung diantara satu sama lain pada bahagian paling atas bangunan selain sebuah jambatan dibahagian tengah bangunan itu.

Antara lain bangunan ini turut mempunyai eskalator tertinggi di dunia terletak di bahagian tengah ruang atrium bangunan itu.

Bangunan ini juga dibuka untuk lawatan pelancong. Perjalanan menggunakan eskalator ini akan membuatkan anda terasa seperti melayang ke langit.

Ini adalah cara paling murah untuk melihat bandaraya Osaka, memerlukan kurang dari 10 USD untuk anda naik ke pelantar pemerhatian.







Ken Livingstone Bersumpah Jadikan London Pusat Bandar Islam


Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam.

"Langkah ini akan membantu bandar kami sebagai ciri dan standard yang menunjukkan erti dari kata-kata bijak Nabi Muhammad," kata Livingstone dalam ucapannya di Masjid Finsbury Park yangdipetik daripada The Daily Telegraph pada Isnin, 19/03/2012 lalu.

Livingstone juga berjanji untuk "mendidikwarga London" tentang Islam.

Kenyataan Livingstone dilakukan di depan jemaah solat Jumaat di Masjid London Tengah Utara, atau yang juga dikenali sebagai Masjid Finsbury Park,yang dikendalikan oleh Persatuan Muslim Britain.

Livingstone, salah satu ahli politik Britain yang menyinar dan popular. Dia terpilih menjadi Datuk Bandar London pada tahun 2000 dan kemudian terpilih kembali pada tahun 2004.

Dia selama ini dikenal luas sokongannya terhadap kaum minoriti Islam dalam menentang kempen Islamofobia.

Selepas tahun 2008, dia kehilangan kedudukan Datuk Bandar kerana kalah dengan lawannya dari PartiKonservatif Boris Johnson pada tahun 2008, yang terkenal kerana menyentuh etnik kaum minoriti.

Livingstone pada ketika ini secara luas disokong oleh para pengundi Islam di Britain.

Ia telah melibatkatkan diri di acara-acara umat Islam seperti Islam Expo, yang menarik puluhan ribu orang setiaptahun.

Dia pernah mendapat serangan sengit dari kubu sayap kanan pada tahun 2004 kerana mengundang Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, presiden persatuan ulama Muslim antarabangsa, dalam sebuah undangan persidangan pro-hijab.

Gaun Pengantin Paling Panjang di Dunia


BUCHAREST - Seorang model berusia 17 tahun, Emma Dumitrescu memakai gaun pengantin yang paling panjang di dunia kelmarin.

Dia memakai gaun sepanjang tiga kilometer (km) yang mengambil masa selama 100 hari untuk dijahit dengan melibatkan 10 penjahit.

Gaun itu direka oleh syarikat fesyen Salun Andree di sini.

Pihak Guinness Book of World Recordsmengiktiraf gaun tersebut sekali gus mengatasi rekod gaun terdahulu dari Belanda yang sepanjang 2.48km. - Agensi