Pages

Thursday, December 1, 2011

Senjata Sulit BN Terdedah







Senjata sulit yang digunakan BN bagi mempertahankan kuasa sejak 54 tahun lalu akirnya terlondeh apabila kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai terdedah.
Bermula dengan warga asing diberi MyKad, pemindahan pengundi Sabah ke Selangor dan daftar induk SPR yang meragukan menarik perhatian ramai.

Malah sehingga kini isu itu gagal dijawab kerajaan BN sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang boleh menghakis kepercayaan rakyat.
Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, isu pendatang asing diberi Mу- Kad mendedahkan kepincangan JPN sehingga boleh membahayakan negara.

“Di Singapura kerajaannya menapis dengan rapi mereka yang hendak diberi taraf warganegara.

Hanya yang mempunyai kelayakan profesional sahaja dipertimbangkan.

“Namun, di negara kita semuanya pakai ambil tangkap muat sahaja tanpa mengenali status individu terbabit. Syaratnya asalkan mengundi BN,”katnya di sini.

Media alternatif dan media baru mendedahkan pelbagai kepincangan dalam daftar pemilih induk SPR Senjata sulit BN terdedah sehingga nama ‘Kg Baru’ didaftar sebagai pengundi.

Selain itu, dikesan ramai yang memiliki dua kad pengenalan terutamanya anggota pasukan keselamatan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, warga asing bukan sahaja mendapat MyKad sebaliknya didaftarkan sebagai pemilih.

“Hasil maklumat, ditemui ramai warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan China memohon sebagai warganegara.

“Konspirasi itu amat membahayakan negara ini kerana ia boleh mengancam kestabilan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Pakatan Rakyat merangka gerak kerja yang lebih terkehadapan bagi menangani isu tersebut.

Beliau juga berharap rakyat perlu membuat bantahan kerana ia boleh mengancam kedudukan mereka.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, perdebatan terbuka perlu diadakan bagi merungkaikan isu yang membelenggu SPR dan JPN sekarang.

“Namun, saya tidak yakin pihak Umno dan BN bersedia menyahut cabaran itu. Kalau sekiranya JPN memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata cara yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah.

“Kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi peringkat tertinggi untuk tujuan-tujuan politik.

“Bagi saya beban untuk membuktikan tidak berlaku penyelewengan itu terletak pada JPN,” katanya.

Anggota Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, masalah paling serius berlaku sekarang apabila SPR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat kerana tindak-tanduknya sendiri.

“Ini bercanggah dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam,” katanya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dun Kelantan berkata, amalan di luar termasuk India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

“Mereka dari sudut disiplin kerja tidak tertakluk kepada kerajaan.

Mereka bukan dari kakitangan kerajaan. SPR di sana mampu menjadi kerajaan sementara apabila parlimen dibubarkan,” katanya.

Nik Aziz kesal kaedah mohon simpati






PENGKALAN CHEPA, 13 Ogos:Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa kebimbangannnya berhubung fenomena berkenaan yang kini semakin berlaku setiap tahun
termasuk dari masyarakat negara jiran.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kegiatan meminta sedekah bermula sejak awal Ramadan lagi selepas
menyampaikan sumbangan kepada 490 orang dalam Dun Chempaka yang terdiri dari golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim.
Beliau yang mengakui turut menjadi tempat mereka memohon simpati berkata suasana itu menimbulkan sedikit suasana yang tidak enak, apa lagi sejak awal lagi golongan itu berkumpul memohon sumbangan.
"Apabila mereka ke rumah, sudah pasti saya menggunakan duit poket saya, kalau sumbangan kerajaan kena ke pejabat.
Sebelum memberi saya kena pastikan mereka ni benar-benar miskin, orang tua dan cacat," ujarnya.
Sekiranya orang yang muda, sehat pula datang memohon ianya menjadi satu kesukaran baginya untuk memberi atau sebaliknya.
Menurutnya, kadang-kadangan golongan ini datang dari luar dengan menaiki kenderaan tertentu yang ditinggalkan oleh pemandunya.
Tuan Guru seterusnya memberitahu, berbagai kaedah digunakan mereka untuk memohon simpati, contohnya tahun lalu mereka membalut tangan seperti patah datang ke rumahnya memohon sumbangan, namun pada masa yang sama terserempat dengan jirannya orang terbabit membeli rokok dengan keadaan tangan yang tiada masalah.
"Perkara ini bukan sahaja menyusahkan saya juga kepada mereka yang sering menjadi tumpuan peminta untuk memohon
simpati," ujarnya.
Seharusnya, tambah beliau bulan Ramadan umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibdat dan bukannya berbuat demikian.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau mengingatkan pembantunya supaya memberikan sumbangan kepada mereka yang layak
tanpa memilih fahaman politik dan bangsa dalam setiap sumbangan yang diberikan.
"Penerima juga seharusnya mendoakan kepada pemberi semoga dengan cara itu akan menambahkan keberkata serta murah rezeki,"ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat negeri, Mohd Noor Chik, pihaknya menyediakan RM80,000 kepada
setiap Dun untuk diagihkan kepada penerima sempena bulan Ramadan.
Jelasnya, sumbangan itu diperolehi dari kerajaan negeri dan Persekutuan.
Di negeri ini seramai 32,000 orang penerima di bawah JKM sepanjang tahun ini.

Cara mahu mengetahui waktu solat menggunakan matahari


Sekiranya matahari boleh dilihat di tempat itu,perlu menggunakan matahari sebagai tanda masuk waktu solat.
Di bawah nie adalah cara-cara untuk mengetahui waktu solat dengan menggunakan matahari.

  • Waktu Zohor bermula apabila matahari mula condong ke sebelah barat dan bayang mula condong ke sebelah timur.
  • Waktu Asar bermula apabila bayang lebih panjang dari objek asal.
  • Waktu Maghrib bermula dengan tenggelam semua bulatan matahari.
  • Waktu Isyak bermula apabila hilangnya cahaya merah di tempat matahari jatuh
  • Waktu Subuh dengan terbitnya fajar,iaitu cahaya sebelah matahari naik mulanya sedikit semakin lama semakin terang.

(SOAL JAWAB)Boleh Tak Berwuduk Dalam Keadaan Telanjang?


SOALAN

Apakah hukum sekirannya kita mengambil wuduk tanpa menutup aurat atau bertelanjang?

Jawapan

Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wuduk.Tetapi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib kerana ia akan memudahkan kita untuk meratakan air ke seluruh badan.  

Bagaimanapun,wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.

(SOAL JAWAB)Menggunakan Botol Arak Untuk Mengisi Air Minuman





Soalan

Apakah boleh saya menggunakan botol arak bagi mengisi isi air minuman seperti air mineral untuk saya minum?

Jawapan

Harus menggunakan botol arak bagi mengisi air ataupun bahan lain dengan syarat botol itu dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih.Manakala,label arak yang ada pada luar botol itu perlu dibuang ataupun ditutup supaya perkara yang diharamkan oleh agama tidak tersebar.  

(SOAL JAWAB)Minyak Wangi Tanpa Alkohol


SOALAN

Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan,kemudian mengambil air sembahnyang.Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan??

Jawapan
1)Sekirannya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk,wuduknya sah.Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.

2)Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti pada tangan,maka ia perlu debersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk.

3)Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti pada leher,maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

Lelaki boleh mengubah perempuan

 
Bahawa wanita itu selembut kapas, Biarpun kelihatan seperti buluh, Namun engkau tidak tahu hakikatnya... Hakikatnya wahai LELAKI... Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan, Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi, Sekiranya dia melawan katamu, Ketahuilah bahawa hatinya terdetik , Rasa bersalah tanpa engkau ketahui.. Namun kini, Segelintir LELAKI... tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya, Apabila wanita membuka auratnya, Pandanganmu terus menyapu tubuhnya, Apabila wanita itu membuat kesilapan, Engkau bukan sahaja tidak menegurnya, Malahan ada diantara kamu..mengambil kesempatan atas dirinya... Sedarlah wahai LELAKI... Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita, Sedarkah engkau, Bahawa sekeras mana seseorang wanita, Mereka akan malu dan tunduk, Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama... Duhai LELAKI.. Sesungguhnya, kekuatan agama Islam, Terletak ditangan mu, Engkau pemimpin besar dalam semua hal... Oleh itu,Jagalah agamamu agar terbentuk, Islam yang sebenar.