Pages

Saturday, December 29, 2012

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan



Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

~ Berpeganglah dengan kalam Allah, dan cintailah sunnah Rasullullah S.A.W, insyaAllah..

Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar Di Dunia (6 Gambar)


Terletak di Sweden, Muskö merupakan kemudahan ketenteraam bawah tanah terbesar di dunia. Ia digunakan sebagai Pangkalan Angkatan Laut Sweden.


Info Ringkas:

Pangkalan tentera Musko dibina di bawah gunung batu granit, yang dikatakan mustahil untuk dihancurkan oleh meriam, bom penghancur bunker malahan bom berskala nuklear sekalipun. 

Musko digunakan untuk pembuatan kapal Fregat, Kapal Perusak dan kapal selam mempunyai dermaga terpanjang mencapai 350 meter.

Terdapat juga tempat membaiki kapal, kedai makan, berek, mall, bilik mesyuarat dan pelbagai lagi, semuanya di bawah gunung.

Selain itu, ia juga mempunyai sebuah hospital khas untuk tentera dengan kapasiti 1000 buah katil.






Friday, December 28, 2012

Zizan Raja Lawak Ada Kembar?


Mungkin ramai yang kenal dengan Zizan ni, Seorang pelakon, pelawak , pengacara yang serba boleh yang selalu muncul dalam filem-filem tempatan tanah air..atau mungkin korang kenal dengan nama Mail Lambung yang dipopularkan dalam rancangan komedi Raja Lawak tahun lalu..

Tapi tahukah anda, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak ada sedikit persamaan dengan wajah penyanyi Amerika, adakah saudara kembar? atau pelanduk 2 serupa? haha.. tak percaya cuba tengok gambar di bawah..


Tengok yang ni pulak…




Macam mana? nampak tak ada sedikit persamaan? haha, mungkin hanya kebetulan.. sebenarnya gambar di bawah tu ialah penyanyi di Amerika Syarikat bernama Barry Manilow..

P/s : haha, lebih kurang je.. ekeke

Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang. Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai rasional yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

1. Waktu Solat Subuh

Ketika waktu selepas subuh apalagi menjelang siang, warna langit itu (kalau cerah) berwarna biru yang diselangi dengan merah (orange) yang dihasilkan oleh sinar mentari yang mahu terbit.

Dalam islam tidur setelah subuh itu tidak baik kerana akan kehilangan rezeki. Seperti Sabda Rasulullah,Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya (HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, sahih At-Targhiib waTarhiib no, 1693)

Selain itu, mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru melemahkan kelenjar tyroid. Bila kelenjar tyroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Pada Waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia yang berkaitan dengan rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad dalam keadaan tidur dalam erti kata lain lebih baik terjaga daripada tidur. Disini juga dapat kita ambil hikmah untuk solat di awal waktu.

Bermulanya saat azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep tindak balas tubuh pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

2. Waktu Solat Zuhur

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu ini ialah amalan yang terbaik untuk menjaga kesihatan supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, dan peka. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk mengurangkan beban kerja organ pencernaan.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pencernaan. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

3. Waktu Solat Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna orange, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna orange ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar digunakan untuk tidur.

4. Waktu Solat Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bersatu dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu). Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekuensi otot, saraf dan tulang.

Tahukah anda bahawa warna merah yang dipancarkan oleh alam ketika itu mempunyai resonansi yang sama dengan jin dan syaitan. Kita lebih baik untuk berada di dalam rumah pada waktu magrib ini.

5. Waktu Solat Isyak

Apabila masuk waktu Isya, alam berubah ke warna merah dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyanya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam keadaan relax / rehat.
sumber

Benarkah Imam Dari Jepun Ini Merupakan Bekas Mafia?



Di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia Jepun.

Sebelum ini dikatakan merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji.

Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.


Populasi di Jepun: 127,000,000

Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000

Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300

Jumlah imam Jepun di Jepun: 5

Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1

p/s: Syukur Alhamdulillah. Kalau dulu sebelum ini dia tidak mengenal Islam secara lebih mendalam, tetapi kini ilmunya lebih tinggi berbanding kita..

25 Contoh Ruang Kediaman Yang Kreatif Dan Mengagumkan


Semua orang inginkan kediaman yang mewah dan selesa tapi tak semua yang mampu membelanjakan wang ringgit untuk menghias atau membina kediaman yang cantik. Apa yang penting adalah kreativiti dan perancangan perbelanjaan yang betul supaya apa yang kita rancang dan idamkan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

Paling penting juga dalam memilih perunding arkitek dan kontraktor yang betul jadi kuranglah risiko untuk ditipu dan bertambahnya perbelanjaan. Haha.

Jika nak dikirakan memag banyak contoh-contoh kediaman yang cantik dan kreatif di luar sana jadi kalau nak ambil satu dua contoh untuk dijadikan inspirasi memang tiada masalah.

Sebelum ini saya pernah paparkan 20 contoh ruang kerja yang kreatif untuk dijadikan inspirasi, jadi kali ini saya nak paparkan tentang ruang kediaman pula. Mungkin bagi anda ada yang berminat untuk dijadikan contoh bagi merenovasi kediaman sedia ada atau untuk membeli rumah pada masa akan datang.  sumber

Yang mana satu pilihan anda?

Thursday, December 27, 2012

Ikan Pra Sejarah Yang Hidup Hingga Kini



Dalam Bahasa Tempatan Ikan Ini Di Gelar Yu Gergaji. Boleh Ditemui Di Serata Dunia Baik Di Laut, Air Payau Mahupun Sungai. Bahkan Ini Dilaporkan Pernah Ditemui Hingga 100 Km Pedalaman.

‘Gergaji’ Di Hadapan Mulutnya Merupakan Senjata Yang Menggerunkan Pemangsa Lain. Namun Sebenarnya Gergaji Itulah Juga Deria Sensitif Untuk Mencari Makanan. Boleh Menjadi Ganas Sekiranya Dirinya Menjadi Terancam. Merupakan Antara Ikan Paling Terancam, Kerana ‘Gergaji’ Hadapannya Diburu Untuk Dijadikan Barang Perhiasan. - Nizarazu

Berita Sentap : Rakyat Kelantan Pertama Dilantik Menjadi Perdana Menteri Jepun


Ramai yang tak menyedari seorang rakyat Kelantan telah lama mencipta nama di negara matahari terbit, Jepun dalam bidang politik..agak mendukacitakan, ramai dikalangan kita yang lebih mengenali nama nama seperti Maria Ozawa dan Saori Hara..hehe..

Beliau akan mula berkhidmat sebagai pendana menteri Jepun mulai 26 Disember 2012 yang akan mengantikan perdana menteri Yosihiko Noda selepas parti Liberal Demokratik (LDP) memperoleh 294 daripada 480 kerusi parlimen di Dewan Perwakilan baru baru ni..

Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepada seluruh rakyat dan Negara Jepun dengan sebaik-baiknya..buktikan rakyat kelantan memang tersohor diseluruh dunia..'kalau demo nok make budu jange lupo oyak ko ambo, nanti ambo poh '..

Tahniah dari kami rakyat Malaysia..!

PROFILE SHINZO ABE 
  • Perdana Menteri
  • Mula berkhidmat (Bakal)
  • 26 Disember 2012
  • Raja Akihito
  • Timbalan Tarō Asō (Bakal)
  • Menggantikan Yoshihiko Noda
  • Tempoh berjawat
  • 26 September 2006 – 26 September 2007
  • Monarki Akihito
  • Didahului oleh Junichiro Koizumi
  • Digantikan oleh Yasuo Fukuda

Apakah Hukum Mandi Bunga Untuk Mendapatkan Cinta Dan Jodoh?



Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT.

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?

Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.

Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.

Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.

Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.
sumber

Kemalangan Luar Biasa. Pelik Tapi Benar! (9 Gambar)


Melihat daripada gambar-gambar kemalangan di bawah ini, rasanya agak pelik juga bagaimana kemalangan itu boleh terjadi sampai sedemikian rupa.

Ada yang lawak dan ada juga yang tak masuk akal.


Tapi bila difikirkan semula, nampak logik juga.

Tidak sangka sampai begitu sekali kemalangan berkenaan boleh terjadi.
Ada di antaranya memang kecuaian manusia sendiri manakala ada diantara
nya terjadi kerana kuasa alam.

Layankan gambar ini. Semoga kita menginsafinya.
Jika boleh, elakkanlah daripada ia terjadi. Berhati-hatilah dalam apa jua situasi yang kita lakukan. - MyNewsHub