Pages

Thursday, June 21, 2012

Keburukan Mengguna Krim Pemutih Muka

Mendapatkan kulit muka yang putih sudah menjadi satu obsesi sehingga membuatkan ramai orang lupa diri.  Dalam satu kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat (Arndt and Fitzpatrik, 1965), krim pemutih mengandungi dua peratus dan lima peratus hidrokuinon yang boleh mendatangkan kecederaan pada kulit.  Kajian yang dilakukan ke atas 56 orang responden wanita yang mempunyai masalah bintik hitam pada kulit mendapati krim yang mengandungi hidrokuinon boleh menghilangkan bintik-bintik hitam pada 44 orang daripada 56 orang responden.

Bagaimanapun, pemakaian krim pemutih yang mengandungi hidrokuinon berlebihan (lebih daripada lima peratus) boleh menyebabkan kesan sampingan.  Ia boleh menyebabkan kulit iritasi dan terasa sedikit terbakar.  Lebih bahaya lagi jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri.  Merkuri yang sebenarnya sudah lama dilarang penggunaannya itu memang menjadikan kulit nampak putih mulus.  Tetapi lama-kelamaan akan mendap di bawah kulit.  Setelah bertahun-tahun kulit akan menjadi biru kehitaman dan yang menakutkan lagi, ianya boleh menyebabkan kanser.

Oleh itu, berhati-hati apabila anda memilih krim pemutih.  Pastikan produk yang anda gunakan tidak mengandungi merkuri dan juga bahan-bahan lain yang boleh merosakkan kulit anda.