Pages

Friday, March 23, 2012

Tip mudah Untuk tingkatkan Visitor blog anda



Assalamualaikum 

Alhamdulillah Amir dapat tulis entri lagi untuk malam nie

Amir tak adalah pandai sangat pasal tips2 ini . Yang Amir pernah buat , tips untuk Nuffnang . Boleh tahan lah tips tu . Dapat sambutan lah juga daripada blogger lain . Apa yang amir tulis pun berdasarkan pengetahuan dan pengalaman amir kan . Senang cerita . 


Jadi Hari ini Amir nak share kot korang semua tip untuk tingkatkan visitor.Pasti korang semua dah tahu Visitor yang ramai akan membuatkan blog anda ceria dan tidak sunyi.
 
Jadi Jom kita mulakan::

  • Kurangkan pengunaan background music
Pada pandangan otai blogger . Jarang yang suka autoplay music ni . Kalau boleh stop tak apa . Ada yang background music tu . Tak boleh stop langsung kan , kalau masa tu azam tengah berkumandang ? Jawablah sendiri ok ? 

  • Kurangkan pengunaan bahasa rojak . 
Perkara ini amat penting sekali , bukan sahaja memberi impak kepada sesuatu faktor. Malahan banyak mempengaruhi kepada faktor lain , contohnya . Kurang faham ketika dibaca , penting untuk SEO , auto translate function (Untuk pelawat luar daripada Malaysia) dan yang paling penting . Tidak merosakkan bahasa . 

  • Blogwalking secara meluas . 
Perkara mudah , agak ringkas , dan senang . Tetapi , adakah anda sudah blogwalking secara meluas ? Maksudnya ? Ok , secara ringkas Amir boleh terangkan kepada anda .

- Ping  entri/post di group facebook
- Post di Innit (Nuffnang
- Pandai mengguna peluang depan mata . Cari link di group fb . 
- Ping entri di busuk.org 

  • Gunakan keyword (Tajuk entri) yang gempak . 
Contohnya ada depan mata , cuba scroll atas sikit . Baca tajuk entri tu apa ? Kan gempak tu . Tak ke macam tu ? 

  • Pandai bermain SEO . 
Gunakan meta tag , supaya search engine lebih mesra dengan blog anda . Pastikan description dan keyword dalam blog anda kena dengan isinya . 

  • Menulis entri yang up-to-date . 
Paling senang , cari isu semasa . Gossip artis , atau apa2 entri yang berkenaan . Tetapi , ingat ! Bila menulis , biar ada sumbernya . Takut nanti kena saman . 

  • Pancing blogger menggunakan otak . 
Faham tak yang ini ? Pelik sikit kan ? Ok , Amir terangkan . Contoh , Amir masuk blog anda . Amir tanya , 'Dah makan' ? Mesti dia akan jawab balik kan ? Jadi , itu kelebihan kepada kedua-dua blogger . Sebab akan tinggalkan jejak di shoutbox setiap kali dia masuk . (Pancing blogger dengan pertanyaan ) . 

  • Jangan abaikan entri yang lama . 
Pastikan share/ping entri sekurang-kurangnya 3 entri setiap hari . Baru nampak macam blog selalu diupdate kan ? Dengan cara ini juga , anda telah menarik visitors untuk membaca entri yang berkaitan dan entri yang lama tidak diabaikan . 

  • Besabar dan menunggu dan terus menunggu . 
Hal baisa kan ? Mestilah , tak akan benda itu datang secara tiba2 . Semuanya memerlukan usaha . Dan , besabar dengan usaha anda . Pasti akan terbalas akhirnya nanti . Dan , jangan terlalu berharap supaya tidak kecewa nanti . 

  • Dengan cara facebook chatting
Promote-kan blog anda dengan perkataan yang manis kepada kawan facebook anda . Contohnya , 'Cuba buka blog nie , ada error tak ? Aku buka tak boleh lah' :( 

P/s :- Akhirnya , Amir tak tahu apa yang Amir merepek . Entah betul ke tak lah yang amir tulis ini . Main tulis jea kan ? Huih ! Kalau tak suka entri ini , tak apa . Buat penat saja amir tulis kan ? Harap sangat2 ada sambutan .

Tolong tinggalkan Komen anda

Tip untuk dapat 1000 Visitor



Assalamualaikum wbt kepada semua blogger sekalian . Apa khabar?Harap harap korang semua sihat lah.



Cer-click-cer-click . Bagi besar sikit . Baru nampak kan ? Tak sia2 Amir usaha selama nie.Blog Amir dah semakin Maju ke hadapan.Amir ingat lagi masa mula mula Amir start blogging.,setiap hari hanya 10 orang Visitor yang datang melawat.Tetapi cuba korang lihat blog Amir Sekarang nie..Dah ada peningkatan dah.10 Visitor sudah jadi 700 visitor setiap hari. Amir Bukan nak menunjuk-nunjuk..

Nak tips tak ?

Sepanjang Amir Berblogging nie amir cuma letak post terbaru amir di laman web tersebut (PING)

1.ohbelog.com
2.guablog.com
3.apesal.com
4.busuk.org

Korang kena daftar dulu baru boleh Ping post korang.Amir Bagi Jaminan Visitor yang datang ke blog anda akan bertambah banyak.Tapi pastikan post anda itu seronok dibaca.First time amir ping kat ohbelog,amir dah dapat 500 visitor..sebab post amir sedap dibaca lah amir dapat banyak visitor..jadi korang mulakan langkah baru untuk blog korang..





Tip Ringkas Untuk Ringankan Blog Anda


Assalamualaikum wbt kepada semua warga blogger sekalian . Hari ini Amir rasa macam baik hati sikit . Dan , Amir rasa macam nak kongsikan tips dengan anda semua . Kalau semua sudah tengok gambar dekat atas , mestilah sudah tahu kan ? Jadi , Amir tak nak cakap banyak sangat , nanti tak ada yang nak baca . 

Tips : Ringankan Blog Anda


  • Jangan gunakan terlalu banyak gadget/widget .
  • Kurangkan pengunaan js . (Javascript) 
  • Gunakan widget/gadget yang mempunyai fungsi tersendiri . 
  • Menyusun kedudukan gadget/widget dengan betul . (Atas ringan , bawah berat)
  • Meminimumkan entri di muka hadapan . 
  • Tidak menggunakan autoplay music / video . 
  • Gambar dientri tidak terlalu besar . 
  • Buang WhiteSpace . (HTML Optimizer)
  • Kurangkan pengunaan (.swf) Shock Wave Flash
  • Gunakan JQuery Lazy Load
  • Delete semua script dalam templates ---> <b:include name='quickedit'/>
  • Cari code <b:skin> ---> Paste code quickedit{display:none;} sebelumnya . 
P/s :- Selepas sudah ikut semua tips diatas . Insyallah , blog anda semua akan ringan . Anda boleh timbang berat blog anda disini dan disini . Sekadar berkongsi tips dengan anda semua . Harap2 anda semua suka ok ? Assalamualaikum . (*Komen jika sudI)

Memulakan Langkah Baru Untuk Blog Aku



Assalamualaikum kepada blogger sekalian.Hari ini Amir Tak ada tajuk nak tulis jadi Amir terpaksa lah tulis tajuk nie.Jadi Amir Nak mengambil kesempatan yang ada untuk menceritakan sedikit sebanyak pasal blog nie.

Untuk pengetahuan blogger semua,Blog Nie adalah blog yang baru dibina oleh Amir..Baru jew 1 Bulan.Pelik kan Amir,dah masuk 1 bulan baru nok terangkan kat korang semua pasal wujudnya blog nie.Jadi Ada kena mengena ke dengan korang semua??Mestilah ada sebab kita kan sesama blogger..

Jadi Amir nak mulakan Langkah baru Amir dengan perlahan-lahan.Jadi,dari langkah ke langkah kita mulakannya.Jujurlah ya,mesti anda baca entri nie kan.Jadi sebelum Amir Mulakan(dah mula pon) Amir nak tanya korang dulu,Macam mana blog Amir sekarang nie???Macam mana keadaannya??  *Sila tinggalkan komen diruang yang disediakan.

Kalau boleh Amir nak blog Amir nie sentiasa dipenuh oleh komen-komen dari korang semua.Jadi korang semua bantulah sesama Blogger..Apa salahnya kan kita saling bantu membantu.Dengan Kerjasama korang semua,tak lah sunyi sangat blog amir nie..

Perjuangan kita adalah sama.Anda seorang blogger saya pun seorang blogger.Jadi tak salah kita bantu membantu sesama kita..tak rugilah kalau tolong orang..

Jadi ini saja yang AMir boleh tulis untuk entri kali ini.Cukup untuk Amir kenalkan Blog Amir kepada korang semua...Thanks

10 AMALAN YANG "TERBALIK" DALAM ISLAM YANG BIASA KITA LAKUKAN



10 AMALAN YANG TERBALIK DALAM ISLAM"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.   Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
                                                                           
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.   Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.   Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.   Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.   Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.   Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.   Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari       
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.   Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.   Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.        Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)