Pages

Saturday, April 14, 2012

Lelaki Ini Makan Bedak Dan Sabun Selama 17 Tahun


KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.


Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.
sumber

Lukisan Yang Menjulingkan Mata, 3D Street Arts!

Mari julingkan mata anda.

This is Fookin' Cool!. Apa itu 3D Street Arts? Ia adalah seni lukisan yang dilukis dalam keadaan 2D dimension di atas jalan yang mendatar. Dari segi pandangan sisi korang , atau biler you all view in certain perspective, lukisan yang dilukis dalam keadaan 2D itu akan kelihatan seperti 3D. Walaupun lukisan yang diorang hasilkan nie sangat rumit, teliti serta memakan masa yang panjang, namun hasilnya..MIND BLOWING! 
















This Is COOL

Share jika Cool

Hasil Dari Gulungan Kertas

 Lihat dengan hanya gulungkan kertas, seni yang terhasil tersangatlah cool. Mari tengok seni - seni yang terhasil. LIKE kalau COOL...TRY THIS AT HOME








Rainbow Eucalyptus - Pokok Berwarna Pelangi

This is real!


Pohon ini dinamakan Pokok Pelangi atau nama saintifiknya Rainbow Eucalyptus dan ia juga umumnya dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta, Gum Mindanao, atau Gum Rainbow. Pokok ini boleh dijumpai tumbuh meliar di New Britain, New Guinea, Ceram, Sulawesi dan Mindanao. Rainbow Eucalyptus, adalah sejenis pohon kayu putih yang boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 70 meter. Pokok ini sedang ditanam secara meluas di seluruh dunia, terutamanya untuk digunakan dalam industri pembuatan kertas dan permbuatan produk kayu.
Rahsia Pokok Pelangi Rainbow Eucalyptus ini yang kelihatan berwarna warni ini sebenarnya cukup mudah. Ia terjadi kerana melalui proses penggantian kulit pokok. Kulit pokok ini setiap tahun akan menjalani proses penggantian kulit yang baru setiap masa, tetapi proses penggantian itu tidak terjadi secara total sebaliknya secara berperingkat mengikut area - area tertentu.
Sebagai contohnya penggantian kulit yang pertama akan menghasilkan warna kehijauan, lalu penggantian kulit kedua yang berwarna hijau akan berubah menjadi kebiruan kemudian oren, ungu dan merah. Proses yang terjadi secara berperingkat pada bahagian - bahagian tertentu batang pokok inilah yang telah menciptakan efek pelangi yang membuatkan pohon-pohon ini kelihatan berwarna warni seperti pelangi sehingga ia dinamakan Pohon Pelangi di dalam Bahasa Melayunya.


Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat, Kaabah dan Hari Kiamat

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?
Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.
2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?
3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya…
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.
Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.
Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.
Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.
Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)
Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.
Semoga bermanfaat..
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..
Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.
Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab.

Ditindih Ketika Tidur: Sleep Paralysis

Anda sedang tidur, kemudian anda terjaga. Apabila anda ingin bangun dari tidur, tiba - tiba badan anda tidak dapat bergerak, otak anda menghantar isyarat untuk bergerak tetapi kaki dan tangan tidak bergerak walau seinci. Semakin anda meronta, semakin susah anda bergerak. Anda ingin menjerit, tetapi suara anda tidak dapat dikeluarkan. Terasa seperti anda sedang ditindih sesuatu. 

Inilah situasi berlakunya Sleep Paralysis.Suatu fenomena yang sukar dibuktikan oleh akal manusia. Setiap manusia dikatakan 80% mengalami fenomena Sleep Paralysis ini. Di Newfoundland, ianya dikenali sebagai 'Old Fag', di Hong Kong ianya dipanggil 'Penindasan Hantu', di Jepun, ianya diberi nama sebagai 'kanashibari' dan Mexican mengelarkannya sebagai 'a dead body climbed on top of me'

























Kini penyelidik sains cuba membuktikan fenomena ini menggunakan logik sains dan akal. Mengikut artikel 'The Psychologist' yang aku baca, Sleep Paralysis akan berlaku ketika itu minda manusia tersangat letih, tabiat tidur yang tidak teratur, kurang tidur serta peralihan kerja sebelum tidur.
Apabila minda manusia berada pada situasi tadi, dikatakan manusia berada dalam stage 'Rapid Eye - Movement (REM)' dimana sebenarnya kita dalam keadaan sedar semasa sleep paralysis berlaku. Ketika kita tidur, minda berada dalam keadaan relaks dan otot - otot badan juga dalam keadaan yang tenang. Namun apabila kita terjaga dari tidur secara tiba - tiba, ianya mengganggu process kitaran tidur menyebabkan otak memprocess dalam keadaan koma dan impluse saraf tidak sampai ke otot - otot badan untuk bergerak.






















Menurut David McCarty, seorang pengkaji fenomena tidur di Louisiana State University Health Sciences Center's Sleep Medicine Program, menerangkan, ketika manusia tidur, mereka cenderung untuk memikirkan tentang pelbagai perkara (berangan) dalam bentuk berperingkat dan disusun seperti plot dalam penceritaan. Jadi apabila mereka dalam keadaan tidak sedar, setiap motor sensory dalam badan akan berinteraksi dari tindak balas angan - angan tadi sehingga satu tahap dimana terlalu banyak signal dihantar ke otak menyebabkan badan mereka menjadi lumpuh sementara (dikenali sebagai atonia)
Pelbagai andaian dan kajian dibuat bagi menyelidik fenomena sleep paralysis ini. Namun bagi umat Islam, kita mempercayai setiap kejadian yang Allah tetapkan adalah bersebab. Aku ada bertanya kepada seorang ustad bagaimana untuk mengelakkan diri dari dihimpit atau ditindih ketika tidur, simple saja jawapan beliau, ambillah air sembahyang dan bacalah "Ayat Al -Kursi" sebelum tidur.