Pages

Sunday, April 29, 2012

Wanita-Wanita Yang Haram Dikahwini


1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian :

i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.

2. Sebab-sebab haram dikahwini :

i. Haram dengan sebab keturunan. 
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )

3. Haram dengan sebab keturunan :

i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii. Anak dan cucu hingga kebawah.
iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas. 
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas. 
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah. 
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

4. Haram dengan sebab susuan :

i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 23 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.

Koleksi Gambar Senjata Api Saddam Hussein Yang Di Perbuat Dari Emas


Gambar - gambar senjata milik Saddam Hussein ini pertama kali tersebar melalui yahoo groups, tidak ada yang tahu siapa yang mengambil gambar senjata tersebut. Koleksi senjata yang diperbuat dari emas ini di temukan saat pencerobohan tentera Amerika dan Sekutunya ke Iraq pada tahun 2003 lalu.

Tidak tahu seperti apa kewujudan senjata - senjata tersebut ketika ini. Pada Jun 2007 beberapa dari senjata tersebut pernah dipamerkan di War Museum Canberra Australia.