
Memelihara dan menjaga anak angkat diharuskan dalam Islam. Bagaimanapun, Islam menghendaki supaya keturunan anak itu dijaga supaya keturunan tidak bercelaru. Islam melarang anak angkat dibinkan dengan ayah angkat. Allah berfirman yang bermaksud: “...Dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang itu hanyalah perkataan kamu di mulutmu sahaja. Dan Allah menerangkan yang benar dan Dialah yang memimpin...