Dec 21, 2011 ~ Meniti Kehidupan Insan

Pages

Wednesday, December 21, 2011

(Soal Jawab)Hukum Melihat Aurat Lelaki

Soalan Apakah hukum melihat aurat sesama Lelaki terutama ketika perlawanan bola? Jawapan Haram lelaki melihat aurat lelaki kerana hadis Nabi Muhammad menyatakan yang bermaksud: "Dan Janganlah lelaki memandang aurat lelaki lain." ...

(Soal Jawab) Aurat Di Dalam Televisyen

Soalan Apakah hukum melihat aurat perempuan di dalam televisyen ?Memandangkan perkara ini tidak dapat delakkan lagi walaupun ketika menonton berita??? Jawapan Aurat seperti rambut pembaca berita televisyen menurut sebahagian sarjana Islam adalah makruh dilihat.Aurat seperti paha ataupun dada pula haram dilihat kerana yang pertama itu biasanya tidak membangkitkan syahwat sebagaimana aurat bahagian yang kedua. Sebahagian lagi sarjana Islam pula...

(Soal Jawab)Waktu Luput Solat Sunat Duha

SOALAN Bilakah luput waktu solat sunat duha??? Jawapan Waktu solat sunat duha bermula apabila tinggi sedikit matahari di kaki langit sehingga waktu zawal(matahari condong ke barat).Tinggi sedikit yang dimaksudkan itu ialah sekitar jam 8.30 pagi dan maksud zawal pula ialah waktu zuhur sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis yang sahid. Sekiranya menunaikan solat duha sebelum tinggi sedikit matahari ataupun selepas masuk waktu solat zohor ,maka...

(Soal Jawab)Bercakap ketika Khutbah

SOALAN Setiap kali sebelum khutbah Jumaat,bilal akan berkata,"Sesiapa yang berkata-kata semasa imam sedang berkhutbah,walau dengan perkataan diam sekalipun,maka sia-sia pahala Jumaatnya."Adakah benar orang yang bercakap tidak mendapat pahala Jumaat?? Jawapan Ini mungkin kesilapan memahami maksud hadis ini.Berdasarkan hadis ini,pahala solat Jumaat tidak hilang dengan menegur orang lain yang membuat bising di dalam masjid.Malah,kita digalakkan...

(Soal Jawab)Meninggalkan Doa Qunut

SOALAN Adakah doa qunut yang dibaca dalam solat subuh boleh ditinggalkan?? Jawapan Membaca qunut pada solat subuh hukumnya adalah sunat sahaja dalam mazhab Syafii.Oleh itu,sekiranya tidak dibaca,tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut.Sesiapa yang tertinggal membaca qunut,sunat melakukan sujud sahwi dua kali sebelum memberi salam.Sekiranya sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh,solatnya tetap sah dan tidak...