Pages

Tuesday, November 20, 2012

Gambar-Gambar Adolf Hitler Yang Tidak Pernah Disiarkan



Adolf Hitler sering digambarkan sebagai manusia yang bengis dan kejam. Beliau turut dibawa kepada perspektif pandangan negatif. Namun disebalik gambaran tersebut, manusia ini turut pernah ketawa dan membawa keriangan kepada orang disekelilingnya. Berikut adalah antara foto-foto beliau yang tidak pernah disiarkan oleh media.



Monday, November 19, 2012

Fakta Mengenai Negara-Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi



Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .

» Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20

» Austria - Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

» Basutoland - Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

» Bengal - Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

» Burma - Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

» Catalonia - Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

» Ceylon - Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

» Champa - Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

» Corsica - Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

» Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

» Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

» Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh.

» Gran Colombia - Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

» Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

» New Granada - Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

» Yaman Utara & Yaman Selatan - Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

» Empayar Uthmaniyyah - Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

» Persia - Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

» Prussia - Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

» Rhodesia - Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

» Siam - Menjadi Thailand pada tahun 1939.

» Sikkim - Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

» Vietnam Selatan - Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

» Southwest Afrika - Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

» Taiwan - Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

» Tanganyika dan Zanzibar - 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

» Texas - Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

» Tibet - Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagaiXiZang

» Transjordan - Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

» USSR - Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

» Urjanchai Republic - Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

» Vermont - Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

» West Florida - Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

» Western Samoa - Menjadi Samoa pada 1998.

» Yugoslavia - Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

» Zaire - Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.


18 Ideologi Kamal Atartuk Laknatullah



1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.

2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.

4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.

5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.

6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.

7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menghilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu- tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang- terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan menghapuskan agama untuk kemajuan.

10. Agama Rasmi Turki juga sudah bukan Islam.

11. Islam diserang secara terbuka.

12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.

13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium dan ada masjid yang dijadikan gereja.

14. Bersembahyang berjemaah di masjid adalah dilarang sama sekali.

15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.

16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.

17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.

18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.

Sunday, November 18, 2012

Sebab Utama Israel Membunuh Kanak-Kanak Palestin



PERANG antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui. Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?

Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.

“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran.

Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.

Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.

Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.
sumber

‘Jambatan Nabi Musa’ Di Belanda



Pastinya anda masih ingat kisah Nabi Musa yang dianugerahkan wahyu oleh Allah SWT untuk membelah Laut Merah sekaligus menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya.

Menjadikan kejadian itu sebagai ilham serta pedoman kepada seluruh umat manusia, sebuah jambatan yang diberi nama ‘Jambatan Nabi Musa’ telah dibina di Belanda.

Pada masa yang sama, jambatan itu menjadi laluan pejalan kaki di Fort de Roovere yang direka oleh RO&AD Architects.


Jambatan itu dibina sedemikian kerana ingin memelihara pemandangan serta tidak mengubah landskap parit pertahanan yang dibina di kota tersebut. Kayu Akoya diguna sebagai bahan utama binaan tersebut kerana ia mampu bertahan lama apabila direndam di dalam air jika dibandingkan dengan kayu jenis lain. Kebanyakan mereka yang menggunakan jambatan itu adalah pengunjung ke kubu lama berkenaan.


Selain itu, pengunjung yang hadir juga ingin merasai keunikan melalui jambatan itu apabila mereka berpeluang untuk menyentuh air di kubu tersebut.


Namun, ramai yang mempersoalkan jika berlaku hujan lebat ataupun banjir di kawasan tersebut, adakah jambatan itu mampu bertahan. Apa kata anda berkenaan hasil binaan itu?


sumber

Perdana Menteri Israel Lari Kelam Kabut Selepas Kena Serang



Penakut rupanya! Itulah kata-kata yang boleh digambarkan kepada seorang Perdana Menteri Israel yang telah menindas orang Islam sehingga ramai menjadi korban.

Sepertimana yang kita tahu di Gaza sedang bergolak dan dihujani dengan roket-roket yang menyebabkan pertumpahan darah di daerah tersebut.

Foto yang dikirimkan seorang sahabat di Mesir memperlihatkan Benjamin Netanyahu, PM israel sedang melarikan diri ketakutan apabila pejabatnya juga telah menjadi sasaran roket al Qassam.

Situasinya berbeza di kalangan pemimpin kanan Palestin dan juga pejuang mereka yang bercita-cita untuk syahid di jalan Allah.

Friday, November 16, 2012

7 Air Terjun Tertinggi Di Dunia


Semua orang tahu keindahan air tejun. Tapi tahu kah anda bahawa ada 7 air terjun yang tertinggi di dunia dan paling bahaya di dunia ini?

Berikut ini adalah 7 Air Terjun Tertinggi dan Paling Extreme di Dunia ,

7.Yosemite Falls, USA

 
Dengan ketinggian 739 meter (2.425 kaki), Yosemite Falls yang terkenal didunia adalah air terjun tertinggi yang di ukur di Amerika Utara dan salah satu harta dari Yosemite National Park.

6.Mutarazi Falls, Zimbabwe

 
Terletak di lembah honde Zimbabwe dengan ketinggian 762 meter (2,499 kaki)

5.Gocta Cataracts, Peru


Terletak di provinsi di wilayah Chachapoyas Amazona, Peru dengan ketinggian 771 meter (2,532 kaki)

4.Mongefossen,Norway


 Dengan total tinggi 773 meter (2,535 kaki) terletak di utara rauma railway

3.Ramnefjellsfossen, Norway


Dengan ketinggian 818 meter (2,685 kaki), air terjun ini menghiasi danau Lovatnet yang indah

2.Tugela Falls, Africa Selatan


Air terjun tertinggi kedua di dunia dengan ketinggian 948 meter (3,110 kaki), menurun dari tebing curam di Drakensberg (Dragon's Mountains) di dalam Royal Natal National Park 

1.Angel Falls, Venezuela


Air terjun tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter (3.212 kaki), terletak di Canaima National Park
sumber

Thursday, November 15, 2012

Feris Wheel Pertama Di Dunia



Pada masa dahulu, Ferris Wheel boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui, namun pada masa kini, dengan bilangan peminat Ferris Wheel yang semakin meningkat, ia mudah di dapati di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai contohnya seperti taman tema dan fun fair berdekatan korang. Walaubagaimana pun, korang tahu tak bila Ferris Wheel ni wujud?

Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World’s Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World’s Fair mereka.

George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.

Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.

Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.





Bangunan Paling ‘Hodoh’ Didunia Dibuka Tahun Depan



PYONGYANG: Hotel berbentuk piramid setinggi 105 tingkat yang dibina di ibu negara Korea Utara ini sejak lebih 20 tahun lalu, akhirnya akan dibuka.


Sebahagian Hotel Ryugyong diharap dapat dibuka pertengahan tahun depan, 26 tahun selepas pembinaannya bermula.

Ia adalah bangunan ke-47 paling tinggi di dunia dengan ketinggan 335 meter dan mempunyai jumlah aras kelima paling banyak.

Reto Wittwer, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kempinski AG, syarikat pengendali hotel antarabangsa berkata, hanya 150 bilik di tingkat paling atas akan digunakan untuk hotel berbanding 3,000 yang dicadangkan sebelum ini.


Baki ruang bangunan berkenaan akan digunakan untuk kedai, pejabat, dewan majlis dan restoran. Struktur bangunan yang amat besar itu yang digelar ‘Hotel Kiamat’ sebelum ini menjadi sumber tarikan dan cemuhan di seluruh dunia serta memalukan pihak berkuasa negara itu yang diketuai Parti Pekerja Korea.

Korea Utara mula membina Ryugyong pada 1980-an tetapi menghentikannya apabila negara itu dilanda krisis ekonomi dan kehabisan pembiayaan pada 1990-an.


Ia diundi sebagai ‘Bangunan Terburuk dalam Sejarah Peradaban Manusia’ oleh majalah Esquire pada 2008 yang menyifatkan Ryugyong sebagai ‘sangat hodoh walaupun pada standard komunis.’ Pembinaan luaran bagaimanapun disambung semula pada 2009 apabila syarikat Mesir, Orascom Telecom, mengambil alih. Beberapa laporan baru-baru ini berkata, hotel itu akhirnya sudah siap untuk dibuka.


Orascom Telecom melancarkan rangkaian telefon bimbit di negara itu pada 2008 dan dilapor membelanjakan RM660 juta untuk menyiapkan permukaan bangunan berkenaan. Pada September lalu, sebuah agensi pelancongan yang berpejabat di Beijing dibenar melihat bahagian dalam bangunan itu dan menyiarkan gambar lobi yang masih berlantai dan berdinding konkrit. - DM

Wednesday, November 14, 2012

Kereta Yang Boleh Bejalan Di Darat Dan Di Air



Kereta Ini dinamakan Phibian yang dihasilkan oleh syarikat Gibbs Technologies Speed. Tidak hairanlah kenderaan anfibia ini yang boleh menampung berat sehingga 1500kg dan kapasiti muatan 15 dan boleh bergerak di lebuhraya dan di air dengan kelajuan 30mph. Mari kita saksikan gambarnya.

Situasi Di Syria Pada Hari Ini(50 Gambar)


Pimpinan Mujahidin Syria di Dimasyq telah mengeluarkan arahan kepada seluruh duta-duta asing, Arab, duta-duta diplomatik, badan-badan organisasi Antarabangsa termasuk mana-mana organisasi yang menjalinkan hubungan dengan rejim Ba
 syar agar meninggalkan Dimasyq dalam tempoh 72 jam bermula sekarang.

Mujahidin akan menggempur habis-habisan wilayah Dimasyq dan membebaskan wilayah ini daripada cengkaman kezaliman rejim Basyar.

Cuaca sejuk yang menandakan masuknya musim sejuk tidak menghalang mujahidin untuk terus beraksi di medan jihad menentang keangkuhan rejim Basyar dan pakatannya. Doakan mereka.
Kekejaman yang sedang berlaku di Syria adalah sangat teruk sekali, bersama-samalah kita berdoa untuk kemenangan orang Islam..


Di bawah 50 gambar peristiwa yang sedang berlaku di Syria: