Pages

Monday, August 6, 2012

Basikal Graviti:Basikal Tanpa Pedal

Kebanyakkan basikal tidak banyak berubah semenjak ia mula-mula diperkenalkan pada abad ke-20 dahulu..Walaupun dilihat dari rupa reka bentuk yang berbeza, namun ciri-ciri penting seperti pedal, rantai dan gear masih lagi dikekalkan..Macam mana pun, terdapat sejenis basikal yang tidak memerlukan ciri-ciri penting basikal tu semua..Kalau nak tahu basikal apa tu, meh usha kat bawah ni..





Basikal yang diilhamkan oleh Jeff Tiedeken ini diberi nama sebagai "Gravity Bike" kerana ia tidak memerlukan sebarang pedal, rantai dan gear sepeti kebanyakkan basikal normal yang lain. Selain itu, basikal ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik.


Ia mempunyai bingkai seolah-olah seperti bonggol di tengah-tengah badan basikal berbanding bingkai bar lurus yang sering anda lihat. Pemegang dan kerusi penunggang juga telah disisipkan bersama rangka basikal bagi membolehkan penunggang berasa selesa ketika mencangkung pada kelajuan tinggi.


Basikal ini telah menjalani ujian kelajuan di mana ia mampu memecut sehingga 50 mph dan berpotensi untuk mencapai kelajuan tertinggi iaitu 70 mph. Seperti kebanyakkan jentera yang berkelajuan tinggi (motorsikal atau kereta), basikal ini menggunakan brek cakera hidraulik (hydraulic disc brakes) untuk menghentikannya. 


Walaubagaimana pun, disebabkan ia tidak mempunyai pedal seperti kebanyakkan basikal lain, ia hanya praktikal digunakan semasa menuruni jalan berbukit.




p/s: Agak-agak boleh lawan dengan basikal 'fixie' tak? =D
sumber