Pages

Thursday, June 21, 2012

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?


Banyakkan Minum Air
Mari kita bercerita soal kesihatan pula.
+Orang selalu cakap..kena minum air banyak². Persoalannya, berapa banyak yang perlu diminum dalam sehari?
-Kebanyakan fakta mengesyorkan kita minum 8 gelas sehari (lebih kurang 3-4 liter)
-Kawan Aby suruh minum 6 liter untuk mendapatkan badan yang slim.
**Tahukah anda, air putih sebenarnya membantu kita mengawal berat badan? Pendek kata untuk tujuan diet..kuruskan badan
Ada beberapa formula untuk menentukan berapa banyak air yg perlu kita ambil dalam sehari:
1. Berat badan (dalam kg) di bahagi kan dengan 30
(Contohnya, jika berat 60kg (60/30 = 2).
Bermakna, tubuh badan anda memerlukan sebanyak 2 liter air sehari)
2. Mengikut berat dan ketinggian seseorang
Berat badan normal – 3 liter sehari (8 gelas)
Lebihan berat badan – Setiap penambahan berat 10 kg, perlu minum 1.5 liter lebih air
Kurang berat badan – 3-4 liter sehari (8-11 gelas sehari)
Tak tahu anda dalam kategori mana? Kurang berat badan? Normal? Lebih berat badan? Obes? Sila rujuk graf di bawah sebagai rujukan.
Contoh:
Dengan ketinggian 160 cm, berat ideal antara 50kg – 63kg. (Kita ambil purata dalam 56.5 kg). Tetapi berat saya 78 kg. Bermakna terlebih 20kg. Mengikut note di atas, setiap pertambahan 10 kg kena tambah 1.5 liter. Ini bermakna:
3 liter + (1.5*2) = 6 liter!!
+Apa akan jadi kalau terlebih minum pula?
Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan:
Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll ataupun cara mudah masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup.