Pages

Thursday, June 21, 2012

Bahaya DudukTerlalu Lama?

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh American Journal of Epidemiology, duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian. Selain daripada itu, ia juga akan meningkatkan risiko sakit belakang. Mungkin disebabkan faktor ini kebanyakan tempat kerja, kilang khususnya lebih menggalakkan supaya pekerja mereka bekerja didalam keadaan berdiri. Antara kesan sampingan lain akibat duduk terlalu lama adalah..

(1) Arthritis - Penyakit athiritis atau lebih dikenali dengan penyakit gout, adalah merupakan penyakit pembengkakan pada bahagian sendi. Seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya akan kurang untuk menggerakkan bahagian sendi mereka dan akibat daripada faktor ini akan meningkatkan lagi peratus penyakit gout.

(2) Obesiti - Seseorang yang duduk terlalu lama boleh juga disimpulkan sebagai seorang yang kurang aktif.Ini bermakna tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan akan mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol didalam tubuh mereka.

(3) Posture badan yang rosak - Posture badan seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya akan membongkok sedikit. Ini disebabkan kerana tekanan yang dihadapi oleh tulang belakang untuk menampung berat seseorang ketika duduk.

(4) Tekanan darah yang rendah - Disebabkan seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya tidak aktif, ia akan melemahkan jantung mereka untuk mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Ini akan membuatkan seseorang akan berasa cepat letih, mudah pitam atau sebagainya.

(5) Penyakit jantung - Disebabkan tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan peningkatan terhadap tahap kolesterol, risiko untuk seseorang yang duduk terlalu lama untuk menghidap penyakit jantung juga akan meningkat



Sumber