Pages

Friday, May 25, 2012

Manfaat Bangun Awal Pagi

Kebiasaan untuk bangun awal pagi ternyata memberi kebaikan kepada tubuh badan kita..Bangun pagi ni jugak baik untuk kesihatan dalam mencerminkan  bahawa kita memiliki tubuh yang lebih sihat dan kuat..Selain itu dengan bangun pagi, kita akan lebih bersedia untuk menjalani aktiviti di pagi hari.. Okay, kenapa bangun pagi baik untuk kesihatan?

Dengan bangun pagi, kita masih boleh mendapatkan udara yang bersih, dan juga sinar matahari yang pertama yang sangat baik untuk kesihatan..Secara tidak langsung, otak kita akan kembali segar dan bersedia untuk menghadapi rutin harian dan pastinya dapat bersarapan pagi..



Macam yang pernah dikatakan oleh Benjamin Franklin, seorang pemimpin Revolusi Amerika,  
‘early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise‘ (tidur lebih awal dan bangun di awal pagi membuat seorang lelaki itu lebih sihat, kaya dan bijaksana), mungkin ada kebenarannya di situ..


Berikut merupakan beberapa manfaat dengan bangun di awal pagi, seperti yang petik daripada  
detikHealth, iaitu:



1. Membuat fikiran menjadi lebih segar



Bangun awal pagi hari pada pukul 5 atau 6 sebelum matahari terbit dapat membuat fikiran anda menjadi lebih segar dan boleh mengurangkan stress. Keadaan ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat, serta membuat penampilan diri lebih cantik dan menawan.



2. Tidak melewatkan waktu sarapan



Sebahagian orang melewatkan waktu sarapan kerana terlewat bangun di pagi hari. Melewatkan sarapan sama ertinya macam kita menyimpan banyak penyakit, seperti diabetes, obesiti dan penyakit jantung. Tidak bersarapan juga membuat anda tidak bertenaga dan bersemangat ketika menjalani rutin harian.



3. Dapat melakukan senaman pagi



Dengan bangun pagi, anda juga memiliki waktu yang lebih untuk melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga, latihan pernafasan, berenang, jogging dan senaman ringan yang lain.



Senaman pagi juga dapat membantu untuk mencapai dan menjaga kesihatan yang baik dan menjaga fikiran supaya tenang dan dapat mengurangkan rasa sakit dan stress. Fikiran yang sihat dan menyenangkan dapat membuat anda berfikiran positif yang pada secara tuntasnya boleh membuat hidup anda bahagia.



4. Tidak tergesa-gesa dan terburu-buru



Bangun di awal pagi bermakna membuat anda memiliki waktu yang lebih untuk anda bersedia mempersiapkan diri, termasuk urusan pekerjaan. Bangun lewat seringkali membuat anda tergesa-gesa dan terburu-buru, yang pada hakikatnya dapat membahayakan kesihatan jantung.

 
p/s: sebab tu Allah swt bagi waktu untuk kita solat Subuh, ada kebaikan untuk diri kita sebenarnya =D


Sumber 

Thursday, May 24, 2012

Kisah Rejim Basyar Tertembak Diri Sendiri

tentera syria tertembak diri sendiri, tentera syria zalim, tentera syria kejam, tentera syria salah tembak, kekejaman dan kezaliman tentera syria, tentera syria terima balasan, kisah tentera syria, tentera syria bodoh, tentera syria terima padah, tentera syria timpa balasan Allah

Satu kisah yang benar dan dahsyat berlaku di wilayah Damsyiq baru-baru ini.

Diceritakan oleh satu sumber, selepas tentera rejim Basyar melepaskan tembakan kepada orang awam untuk menyuraikan perhimpunan rakyat Syria di kawasan Al-Mazzah di Damsyiq.

Salah SEOrang tentera upahan rejim Basyar dapat menangkap SEOrang pemuda Syria dan tentera tersebut memukul pemuda tadi dengan begitu teruk sekali.

Setiap kali tentera rejim tersebut membelasah pemuda tadi, pemuda itu melaungkan “Allahu Akbar” menyebabkan tentera tadi marah dan berkata: “Aku lagi besar!”.

Pemuda tersebut tidak menghiraukan kata-kata tentera tadi dan terus melaungkan “Allahu Akbar”, tetapi tentera tadi tetap berdegil mencabar Allah lalu berkata “Aku lagi besar wahai binatang!!”

Kemudian tentera itu menangkap pemuda tersebut dan menghumbannya ke dalam bas tahanan. Kemudian tentera tadi berdiri di dalam bas tahanan tersebut dengan angkuh dan sombong sambil menongkatkan dagunya di muncung senapangnya.

Dengan tiba-tiba bas yang dinaikinya berhenti secara mengejut dan menyebabkan tentera tadi tertekan senapangnya dan menembak dirinya sendiri.

Peluru senapangnya menembusi dagu tentera Basyar yang angkuh tadi sehingga menembusi kepalanya dan menyebabkan dia mati serta merta.

Lihatlah, Allah akan membalas serta merta mereka yang angkuh dengan Allah. Insya-Allah, pertolongan Allah akan sentiasa bersama rakyat Syria.
sumber

Antara ciri-ciri lelaki idaman wanita zaman sekarang


     Selama ini banyak pendapat mengenai perkara yang manjadi tumpuan wanita dalam memilih pasangan. Berdasarkan fakta, ternyata bukan hanya wajah yang tampan atau kekayaan sahaja yang dapat memikat hati seorang wanita.
     Seiring perkembangan zaman, pandangan wanita terhadap pria lelaki telah sedikit berubah. Hal-hal yang dulunya dianggap kelemahan, kini menjadi daya penarik yang dimiliki para lelaki.

Antara ciri-ciri lelaki yang menjadi tarikan wanita sekarang adalah :
1. Rambut Beruban

Munculnya uban selalu membuat lelaki jadi down. Tapi di era sekarang , uban telahpun menjadi daya penarik terhadap wanita. Rambut beruban membuat lelaki nampak lebih mempesona, dewasa, ramah dan berpengalaman. Berdasarkan survey yang dilakukan laman web Match.com, sebanyak 72% wanita, menganggap lelaki beruban itu sangat seksi.
2. Lelaki Berpeluh
Tak ada yang lebih menggiurkan wanita selain daripada melihat lelaki tanpa mengenakan sebarang baju, dengan peluh yang membasahi wajah dan tubuhnya. Ya, lelaki berpeluh itu dianggap seksi oleh wanita, kenapa? Kerana hormon yang bernama androstadienone memegang peranan dalam hal ini. Menurut kajian yang dilakukan para saintis di University of California, androstadienone merupakan sejenis kimia pada peluh lelaki yang mampu meningkatkan hormon pada wanita, mendorong ghairah seksual mereka.
3. Bekas Luka
Bagi wanita, lelaki yang mempunyai bekas luka kecil di wajah atau tubuhnya terlihat seksi. Alasannya, bekas luka menunjukkan kejantanan dan keberanian lelaki tersebut. Wanita kerap ingin tahu sejarah di balik bekas luka yang dimilikinya. Bekas luka juga mencerminkan sifat misteri dan bahaya pada lelaki tersebut. 
4. Pecinta Tanaman

Percaya atau tidak, lelaki yang bertangan hijau ini dianggap menarik oleh wanita. Untuk menjaga tanaman agar tumbuh subur, kesabaran sangat diperlukan selain daripada kasih sayang. Di mata wanita,lelaki pecinta tanaman ini digambarkan sebagai seseorang yang memiliki naluri ‘kebapaan’. Para saintis mengatakan, jika seseorang berinteraksi dengan tanaman minimum 30 minit seminggu, ianya dapat meningkatkan kesihatan.
5. Berkaca Mata

Jika dulu lelaki berkacamata dianggap nerdy dan geek, kini stereotype itu mula berubah. Wanita kini lebih tertarik pada lelaki yang memakai kacamata, kerana memperlihatkan kepintaran lelaki tersebut. 

P/S: Tapi sekarang ni wanita sikit.tak boleh nak memilih dah.haha

Nazmi mampu menyinar – Ulisses Morais, Jurulatih S.C.Beira Mar

Jurulatih kelab Liga Premiera Portugal, S.C. Beira- Mar, Ulisses Morais percaya Muhamad Nazmi Faiz Mansor mampu mencipta nama di bumi Portugal selepas ini.


Nazmi yang beraksi bersama skuad Harimau Muda A dalam saingan Liga Singapura musim ini, mengikat kontrak yang tidak didedahkan selama tiga tahun sehingga Jun 2015. “Nazmi merupakan pemain muda yang cukup berkebolehan. Tapi, dia masih memerlukan banyak masa dan bimbingan teratur.
“Perjalanan karier Nazmi masih jauh, tetapi ini permulaan baik untuk dirinya,” katanya.

Nama Nazmi mula meniti di bibir peminat tempatan apabila dipanggil menyertai skuad Sukan Sea tahun lalu pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat yang cedera. Perjudian Ong Kim Swee memanggil pemain Harimau Muda B itu berbaloi apabila mempamerkan permainan cemerlang ketika diturunkan menentang Vietnam. Malah, paling diingati, percubaan jarak jauhnya berjaya menerjah jaring Bahrain pada pertemuan kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu hanya boleh membuat aksi sulung bersama Beira-Mar tahun depan kerana mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), pemain perlu berusia 18 tahun ke atas bagi meneruskan karier sebagai pemain profesional ..

P/s:Terbaik lah Nazmi..Nie baru permain Malaysia...Harap harap lepas nie ada yang dapat pergi dengan lebih jauh lagi..

Sumber

Hotel – Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling menyeramkan di dunia? meh baca ni..

Hotel – Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

1. Hotel Crescent

Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.


2. Hotel Queen Mary

Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary.


3. Lizzie Borden Bed and Breakfast

Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel.


4. The Old Spot Hotel

Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

Sumber

Cara Orang Melayu Dahulu Beraya



SEBELUM kedatangan sebarang agama ke Alam Melayu, penduduk di rantau ini seperti juga di lain-lain tempat di Asia Tenggara menganut kepercayaan alam roh, maknanya semua benda dipercayai ada roh, pokok, binatang dan lain-lain.

Maka roh paling utama ialah pada padi. Tanpa beras, orang Melayu akan mati.

Justeru perayaan paling besar tentunya ketika menyambut hari menuai padi. Seperti mana hari perayaan pribumi Sarawak, Sabah dan Orang Asli, maka begitu jugalah apa yang dilakukan oleh orang Melayu dan semua kaum di Nusantara.

Dipanggil sambutan ini sebagai Hari Raya kerana ia merujuk kepada kebesaran sesuatu perayaan. Ia merupakan hari meraikan atau merayakan kejayaan penanaman padi. Tetapi cara hidup orang Melayu kemudian berubah apabila mereka bukan saja menjadi masyarakat petani tetapi juga menjadi bangsa berdagang. Mereka mampu membina kapal-kapal besar untuk berlayar. Menjadi bangsa maritim bermula dengan keupayaan orang Melayu mewujudkan kerajaan di pesisiran pantai dan kuala sungai. Mereka membina pelabuhan bagi menarik kunjungan kapal-kapal dagang dari China, India, Parsi dan Arab.



Di sinilah munculnya kerajaan Sri Wijaya. Daripada kunjungan kapal-kapal ini, maka agama Hindu pun bertapak di alam Melayu. Sebagai bangsa maritim, orang Melayu sudah tidak lagi menyambut hari menuai sebagai hari kebesarannya yang utama. Dengan beragama Hindu, orang Melayu turut menyambut hari Perayaan Cahaya mengatasi Kegelapan. Dalam sambutan Diwali atau Deepavali, lampu-lampu dipasang di keliling rumah. Suatu amalan Hari Raya yang kini sudah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu.

Merantau

Orang Melayu kuat merantau. mereka berlayar di sekitar kepulauan Melayu. Walaupun terdiri daripada banyak kerajaan, tetapi Nusantara adalah Dunia Melayu.

Maka setiap Hari Raya, mereka akan balik ke kampung halaman seboleh mungkin untuk menemui ibu, bapa dan sanak saudara. Amalan balik kampung menjadi suatu kemestian semasa Hari Raya kini terus diamalkan oleh orang Melayu.

Tetapi menarik untuk mengetahui bagaimanakah orang Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika mula memeluk agama Islam.


Cuba bayangkan bagaimana orang Melayu zaman kesultanan Melaka menyambut Hari Raya. Lebih-lebih lagi pada tahun pertama mereka memeluk Islam. Tentu sukar bagi istana Melaka, apatah lagi rakyatnya berpuasa.

Bagaimanakah pihak istana membuat keputusan untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai Hari Raya bagi orang Melayu? Mengapa mereka memilih Hari Raya Puasa dan bukannya Hari Raya Haji?


Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.

Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di lain-lain tempat, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar, yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.

Tetapi bagi orang Melayu di Nusantara, nada takbir adalah berbentuk sayu dan sedih mengenangkan sanak saudara yang sudah tiada atau pergi tidak kembali. Ini kerana bagi masyarakat Melayu, balik kampung waktu Hari Raya adalah penting. Jika tidak dapat balik, maka si ibu atau bapa akan teringatkan anaknya terutama semasa takbir yang bernada sedih dan sayu.


P/S : Gambar sekadar hiasan sahaja..
Terima Kasih kerana Sudi Membaca Entry Ini.

Harga Sony Playstation Vita (PS Vita) Diumumkan

Konsol permainan mudah alih terbaru Sony, Playstation Vita (PS Vita) akan dipasarkan di Malaysia mulai 9 Mei. Gadget ini telah pun dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun pada penghujung tahun lepas.



Playstation Vita (PS Vita) datang dalam dua spesifikasi - WiFi dan WiFi + 3G - Namun begitu, hanya versi WiFi akan dijual di sini pada harga RM1099

Sony juga dijangka akan mengumumkan pelepasan pelbagai tajuk permainan bersempena dengan majlis pelancaran itu. Ia juga akan menjual Pek Aksesori lengkap untuk Playstation Vita (PS Vita) yang mengandungi bekas perlindungan, pelindung skrin, kain pembersih, bekas penyimpan kad permainan serta tali pergelangan tangan pada harga RM149

Sony akan mengadakan "roadshow" di Pavilion, Kuala Lumpur dari 10 hingga 13 Mei untuk mempromosikan Playstation Vita (PS Vita) dan bagi membolehkan peminat serta pemain mencuba permainan konsol mudah alih tersebut.

Sumber [Link]