Pages

Thursday, May 24, 2012

Harga Sony Playstation Vita (PS Vita) Diumumkan

Konsol permainan mudah alih terbaru Sony, Playstation Vita (PS Vita) akan dipasarkan di Malaysia mulai 9 Mei. Gadget ini telah pun dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun pada penghujung tahun lepas.



Playstation Vita (PS Vita) datang dalam dua spesifikasi - WiFi dan WiFi + 3G - Namun begitu, hanya versi WiFi akan dijual di sini pada harga RM1099

Sony juga dijangka akan mengumumkan pelepasan pelbagai tajuk permainan bersempena dengan majlis pelancaran itu. Ia juga akan menjual Pek Aksesori lengkap untuk Playstation Vita (PS Vita) yang mengandungi bekas perlindungan, pelindung skrin, kain pembersih, bekas penyimpan kad permainan serta tali pergelangan tangan pada harga RM149

Sony akan mengadakan "roadshow" di Pavilion, Kuala Lumpur dari 10 hingga 13 Mei untuk mempromosikan Playstation Vita (PS Vita) dan bagi membolehkan peminat serta pemain mencuba permainan konsol mudah alih tersebut.

Sumber [Link]