Pages

Thursday, April 12, 2012

Kenapa tangan kebas?


Selalu rasa kebas- kebas tangan? Risau kebas ini mengganggu kerja dan kesihatan anda? OK, kebas tangan biasanya disebabkan daripada kerosakan atau penyakit saraf di jari, tangan, pergelangan tangan, lengan atau di leher. Kerosakan kepada saraf di jari contohnya  mungkin akibat kemalangan atau trauma saraf di tangan. 

Apabila dibandingkan dengan RSI (kecederaan ketegangan berulang-ulang), kemalangan di tempat kerja  seperti pecah jari dan rosak saraf adalah lebih mudah untuk di diagnosis sebagai punca kebas tangan ini.
Kecederaan dan ketegangan yang berulang-ulang kepada jari anda yang boleh menyebabkan kerosakan saraf tindakan seperti menaip komputer, mengendalikan jentera yang bergetar  dan juga masalah nak taip SMS. Keradangan tendon, sarung tendon dan ligamen jari dan ibu jari boleh dirawat dengan rawatan sinar inframerah (infrared).
Penyakit yang menyebabkan kebas-kebas seperti ini ialah Carpal Tunnel Syndrome, White Finger Disease, Multiple Scleroisis, Diabetic Neuropathy, Peripheral Vascular Disease, Raynaud’s Disease dan Lupus.
Siapa yang selalu kebas jari?
Kebas jari adalah sangat biasa semasa mengandung. Ada wanita yang mengalami pengekalan cecair yang boleh menyebabkan bengkak pada sendi, lutut dan pergelangan tangan. Apabila pergelangan tangan mengembang, terdapat tekanan ke atas saraf median yang boleh mengurangkan peredaran darah ke jari.
Beratus-ratus ribu orang yang mengalami Carpal Tunnel Syndrome juga mengadu kebas di jari mereka.
Kira-kira 1 juta orang di Amerika Syarikat mengalami keadaan yang dipanggil Lupus. (Lupus adalah penyakit auto imun yang sukar untuk didiagnosis dan jari kebas sebagai hanya salah satu faktor).
Orang dengan Multiple Scleroisis sering mengadu tentang jari kebas. Sesetengah pelanggan telah berjaya kembalikan sensitiviti yang normal kepada jari dengan memakai sarung tangan terapi secara tetap.
Bagaimana mengurangkan kebas jari?
Perkara yang baik tentang inframerah!. Kajian telah menunjukkan bahawa sinar inframerah dari sarung tangan khas sebenarnya membantu untuk memulihkan kepekaan kembali kepada sel-sel tisu dan tidak aktif. Apa yang anda perlu lakukan adalah memakai sarung tangan secara tetap untuk mendapatkan manfaat tenaga penyembuhan semula jadi ke dalam jari dan hujung jari anda. Jumpa pakar dan tanya maklumat sarung tangan ini dengan lebih lanjut.