Pages

Thursday, April 12, 2012

Kawasan paling tercemar di dunia



Disenaraikan 11 tempat yang harus dielak daripada melancong. Jika benar-benar perlu pergi, pastikan bawa topeng gas untuk perlindungan pernafasan dan kelengkapan keselamatan agar tubuh anda bebas pencemaran. Tempat paling tercemar dan paling tidak mesra alam, merosakkan bumi !

1. Karachay, Rusia
Sejak 1951, tasik Karachay yang dahulunya indah bertukar menjadi tapak utama pembuangan sisa radiasi tinggi dari industri pemprosesan dan simpanan radioaktif yang berdekatan. Lawatan yang lebih daripada sejam boleh membawa kepada maut, kerana tahap radiasi yang amat tinggi.


2. Linfen, China
Linfen adalah salah satu daripada bandar yang paling tercemar di Bumi. Jika anda sidai pakaian yang baru basuh di Linfen, nasib anda malang kerana pakaian itu akan bertukar kepada warna hitam sebelum sempat kering, Linfen terletak di tengah-tengah daerah arang batu China dan lepak-lepak sehari di bandar ini adalah bersamaan dengan merokok tiga pek rokok. Lebih tiga juta orang terjejas setiap hari oleh pencemaran.

3. Los Angeles, Amerika Syarikat
Menurut American Lung Association, LA adalah bandar yang paling tercemar ozonnya di Amerika Syarikat, stratosfera mempunyai jumlah ozon semulajadi yang besar, tetapi sebabkan permukaan bumi, ia menjadi pencemaran udara. Tahap ozon yang tinggi di udara akan merosakkan paru-paru anda secara ketara dan Lembaga Sumber Udara California meramalkan bahawa lebih daripada 18,000 penduduk LA mengalami kematian pramatang setiap tahun akibat pencemaran udara ini.

4. Delta Niger, Nigeria
Kira-kira antara 1.2 hingga 1.7 juta tan minyak telah tumpah ke delta ini sejak 50 tahun yang lalu. Kebocoran minyak ini adalah hasil daripada penyelenggaraan buruk paip serta sabotaj. Delta Niger adalah tanah lembap yang ketiga terbesar di dunia dan tumpahan minyak telah menyebabkan kerosakan besar kepada kawasan hutan paya laut dan hidupan liar.

5. London, United Kingdom
Lalu lintas trafik, industri dan agrikultur adalah sumber utama pencemaran London dan kawasan berhampiran. United Kingdom mengeluarkan nitrogen oksida yang paling besar di dunia, secara langsung menjejaskan 1.5 juta orang. Pakar-pakar berkata bahawa penduduk London telah mengurangkan jangka hayat mereka dengan 9 tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Setiap tahun 50,000 orang mati lebih awal disebabkan pencemaran bandar ini.

6. Dzerzhinsk, Rusia
Antara 1930 dan 1998 lebih daripada 300,000 tan bahan kimia telah dibuang di sini. Beratus-ratus ribu orang telah dikesan menghidap penyakit berbahaya  contohnya saraf gas Sarin dan VX. Bahan kimia yang ditinggalkan semasa Perang Dingin apabila Dzerzhinsk berfungsi sebagai tapak pengeluaran utama bagi senjata kimia. Pada tahun 2003, 260% lebih ramai orang meninggal dunia di Dzerzhinsk daripada orang yang dilahirkan.

7. Phoenix-Mesa-Scottsdale, Amerika Syarikat
Dipanggil sebagai tempat paling teruk 2010 di Amerika Syarikat, rantau ini telah dicemari oleh enjin diesel, loji janakuasa dan tapak pembinaan, pencemaran zarah halus, campuran habuk, jelaga dan aerosol.


8.  Sungai Citarum, Indonesia
Sungai yang paling tercemar di dunia melalui Jawa barat di Indonesia. 5 juta orang tinggal di sepanjang persisiran sungai. Bank Pembangunan Asia telah menyumbang sebanyak $500 juta untuk membersihkan sungai ini.

9. La Oroya, Peru
Pada tahun 2007, La Oroya telah dicatatkan oleh Institut Blacksmith sebagai tempat yang paling tercemar di dunia. Sejak tahun 1992, perlombongan dan loji peleburan di kawasan tersebut telah menyebabkan pencemaran teruk plumbum, zink, tembaga dan pencemaran sulfur dioksida. Menurut majalah Time, 99% daripada kanak-kanak di La Oroya mempunyai tahap darah yang melebihi had yang boleh diterima.

10. Chernobyl, Ukraine
Pada 26 Ogos 1986, loji janakuasa nuklear di Chernobyl meletup dan musnah, membawa kepada pembebasan 100 kali radiasi lebih ke atmosfera berbanding radiasi ketika pengeboman nuklear  Hiroshima dan Nagasaki. Lebih kurang 19 batu radius sekitar kawasan ini tidak selamat untuk didiami hingga sekarang.