Pages

Saturday, May 4, 2013

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Doraemon


Kreko atau nama panjangnya Komik Remaja. 

Dalam Kreko tu ada satu artikel info tentang Doraemon ni, baru aku tahu Doraemon pun ada latar belakang yang unik, huhu.. Jom pakat-pakat baca perkara yang perlu anda tahu tentang Doraemon. Jom..

1. Apa maksud nama Doraemon?

- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2.Tarikh Lahir Doraemon?

- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3.Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?

- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?

- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?

- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6.Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?

- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7.Di mana butang On/Off Doraemon?

- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8.Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?

- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?

- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?

- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.

Friday, May 3, 2013

10 Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Yang Tidak Kita Sedari



Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah...

1. Tidak berdiri lurus. 

Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. 

Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. 

Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. 

Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Maksud hadis:

"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"

"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 

7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. 

Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.

 Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡkepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. 

Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat

Thursday, May 2, 2013

Siapakah Sebenarnya 'Penjaga' Baitulmaqdis?



Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam menandatangani satu perjanjian dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II bagi mengiktiraf peranan Jordan sebagai 'penjaga' Baitulmaqdis. Kedua-dua pihak menegaskan tentang 'matlamat bersama untuk mempertahankan Baitulmaqdis' dan kawasan sekitarnya terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan agama Yahudi, terutamanya di kawasan Masjid Al-Aqsa. "Dalam perjanjian bersejarah ini, Abbas menegaskan bahawa Raja Jordan merupakan penjaga Baitulmaqdis dan baginda berhak menggunakan tindakan undang-undang bagi memeliharanya (Baitulmaqdis) terutama Masjid Al-Aqsa.

"Ia juga menekankan tentang prinsip-prinsip bersejarah yang dipersetujui oleh Jordan dan Palestin bagi mengerahkan usaha sama untuk melindungi bandar dan kawasan suci itu daripada usaha menyebarkan fahaman Yahudi,'' kata Istana Jordan dalam satu kenyataan. Perjanjian itu mengesahkan peranan Jordan sejak era Raja Hussein, kata Abbas seperti yang dipetik dalam kenyataan tersebut. "Ia mengukuhkan lagi apa yang telah diwujudkan oleh kedua-dua belah pihak sejak berdekad-dekad lalu,'' kata kenyataan itu.

Kawasan sekitar Al-Aqsa yang dikenali masyarakat Islam sebagai Al-Haram Al-Sharif merupakan tanah suci ketiga Islam selepas Mekah dan Madinah di Arab Saudi, tempat yang turut menempatkan Masjid Al-Aqsa. Bagaimanapun, kawasan itu turut menjadi tempat untuk penduduk Yahudi beribadat dan turut dianggap sebagai kawasan suci mereka, sekali gus menjadi kawasan paling sensitif di Baitulmaqdis kerana pertempuran sering berlaku di situ antara penduduk Palestin dan tentera Israel. - AFP

Wednesday, May 1, 2013

7 Perang Paling Aneh Di Dunia


1.The Anglo-Zanzibar War: perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit

Perang unik antara Inggeris vs Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Pencetus perang adalah kematian pro Inggeris, Sultan Hamd bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash. Sesuai perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1886, pengganti Sultan harus persetujuan konsul Inggeris, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan Inggeris Khalid naik takhta. Inggeris berang, dan memberi ultimatum untuk turun takhta, namun Khalid tak mengendahkan. Sebaliknya, bertindak balas ultimatum Inggeris, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan membaricade istananya dari serangan Inggeris.

Inggeris marah! Sikap mencabar Khalid dijawab Inggeris dengan serangan di pagi hari tanggal 27 Ogos. Inggeris mengebom Istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yg menjaga istana. Sekurang-kurangnya ada 500 korban dari pihak Khalid, sementara hanya satu tentera angkatan laut Inggeris yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung 40 minit. Sultan Khalid pun kalah teruk! 

2.The Pig War: dipicu oleh bidikan dari babi

'Perang Babi' .. Ini bukan perang melawan Flu Babi atau Swine Flu, tapi Perang yang terjadi sebab tertembaknya seekor babi. Hahh!! Jangan terkejut, tapi itulah keunikan perang ini sehingga disebut Pig War. Terjadi tahun 1859 antara Amerika vs Inggeris. Sebenarnya inti dari perang ini adalah pertikaian perebutan Pulau San Juan, yang ada di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara. Perang Babi, begitu dipanggil kerana dipicu oleh tertembaknya seekor babi. Banyak sebutan untuk masa itu; antara lain; Episode Babi, Perang Babi dan Kentang, Perselisihan Batas San Juan atau Perselisihan Batas Barat laut. Babi adalah satu-satunya "korban" perang, membuat konflik ini tak berdarah bin tak ada korban jiwa manusia.

3. 335 Tahun 'Perang: berlangsung selama 335 tahun dengan tidak ada korban

Perang ini luar biasa lama, 335 tahun (1651-1986), antara Belanda vs Kepulauan Scilly (southwest coast of the United Kingdom). Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah beratus-ratus tahun, akhirnya perdamaian ditandatangani pada 1986. 

4.Moldovan-Transdniestrian War

Di mana kedua-dua belah pihak 'petugas akan minum bersama-sama pada malam dan berperang pada hari berikutnya.

Moldovan-Transdniestrian War: Setelah minum-minum pada malam-malam sebelumnya, para pegawai yang kemudian berbeza negara setelah Kesatuan Soviet runtuh, kemudian menjadi saling bermusuhan dan berperang berhari-hari. Sebagaimana diketahui, setelah runtuhnya Kesatuan Soviet, 2/3 Moldova ingin masuk Romania, jirannya di sebelah barat. Sementara bahagian Timur, sungai Dniestr, ingin dekat Ukraine dan Rusia.

Perang pun tercetus, dan timur retak dan membentuk Transdniestria, yang sampai sekarang tidak dikenali dunia. Lalu, Moldova dan Transdniestria terlibat perang. Perang ini disebut perang paling aneh di dunia. Tentera tempatan menyebutnya sebagai Perang Mabuk.

Bayangkan saja, bagaimana tidak disebut Perang Mabuk, para pegawai dua negara itu pagi sampai petang mereka berperang mati-matian, saling menembak-membunuh satu dan yang lain, namun malamnya mereka bertemu, bersenang-senang mabok bersama.

Maklum saja, mereka sebelum ini sudah saling mengenal, hanya kerana akhirnya negara berbeza kerana kejatuhan Kesatuan Soviet, membuat mereka bermusuhan. Demi negara yg mereka bela, mereka bermusuhan, tapi pertemanan tetap berjalan pada malam hari. Pelikkan!!!

5.Emu War: bagaimana Australia kehilangan perang terhadap unggas

Emu War, juga dikenali sebagai Great Emu War.Perang ini tak kalah peliknya, di mana operasi ketenteraan dilancarkan untuk melawan kawanan burung. Perang aneh ini berlaku tahun 1932 di Australia Barat. Pasukan Tentera Australia (masih di bawah Inggeris) dipimpin Mayor Meredith. Tercatat, para tentera menggunakan mesingan lewis dan menghabiskan 10.000 selongsongan peluru. Namun perang ini sia-sia kerana burung-burung yang ditembak ini berjaya melarikan diri. Dengan kelajuan sekitar 50 km / jam (30 mph), burung-burung ini sebahagian besar berjaya mengelakkan serangan peluru senapa mesin.

Namun begitu dijangkakan, ada sekitar 20.000 burung terbunuh. Mayor Meredith, sang ketua, tercengang dengan hasil yg tak diharapkan itu. Menteri Pertahanan Australia lalu memerintahkan pasukan berundur dan menghentikan serangan. Emu War pun berakhir dengan kekalahan pihak Australia.

6.Football the War: mulai dengan sebuah permainan bola sepak

Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Perang Sepak Bola kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pencetus konflik ini adalah masalah imigresen dari El Salvador ke Honduras.Puncaknya, El Savador menyerang Honduras. Lalu, AS berunding bagi keduanya gencatan senjata yang baru diwujudkan pada 20 Julai. El Salvador akhirnya ikut Piala Dunia tahun 1970, namun mereka gagal.

7.War of 1812: disebabkan oleh cacat ringkas komunikasi

disebut juga Madison's War. diberi namakan Perang Pemasangan Komunikasi. Dua hari sebelum perang itu kerajaan British menyatakan bahawa ia akan mencabut undang-undang yang merupakan alasan utama untuk perang. Jika sudah ada komunikasi dengan ringkas Eropah, perang juga mungkin telah dielakkan.

Tuesday, April 30, 2013

Cara Cuci Buah Pinggang Kos Kurang Dari RM2



Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan. Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.

Caranya:
  1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
  2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
  3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
  4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
  5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
  6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
  7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
  8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
  9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Awas! 6 Produk Kosmetik Yang Diharamkan


Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman, berkata enam produk diharamkan berkenaan adalah :

1- Temulawak Whitening Pearl Creamv Papaya
2 - Ratna Sari Whitening Night Cream
3- Atika Beuty Renewel Night Cream
4- Chantique Whitening Night Cream
5- Treatment No 1
6- Treatment No 2
gambar hiasan


Menurutnya, penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. “Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit.

“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit,” katanya dalam satu kenyataan di akhbar tempatan 23 Feb 2013 lalu.

Maka, hati-hatilah dengan produk kesihatan dan kecantikan yang berada dipasaran hari ini. Pastikan ianya lulus dari KKM dan selamat digunakan. Kita boleh semak sendiri kesahihan produk tersebut di http://portal.bpfk.gov.my/

Monday, April 29, 2013

Perkembangan Lahad Datu: Bukti Pengganas Kebal


DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Baju pengganas Kiram ini tiada kesan darah walaupun ditembusi puluhan peluru.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.