Pages

Thursday, April 26, 2012

Bayi dicampak dan dipijak setelah dituduh mencuri

Kejam Kejam Cukup kejam..Hah,tu lah perkataan pertama Amir bila baca benda nie..
Kejadian ini berlaku di Zhengzhou, Henan China apabila seorang wanita di tuduh mencuri .Dia dengan sengaja melempar bayi yang di dukungnya ketanah dan memijakknya.



 

Dia memijak bayi itu kerana marah dituduh mencuri.Saksi kejadian telah menyatakan wanita bersama rakannya telah mencuri talipon. Pihak polis telah di panggil untuk menyelesaikan kes itu. Kedua-dua wanita itu telah di bawa ke balai.


Anak kecil yang di tinggalkan seketika itu tidak mengalami luka. Inilah kadang-kadang cara orang yang bersalah untuk mengelakkan diri daripada di tuduh mencuri. Sehinggakan sanggup untuk menginayai anak sendiri.



ps: ntah tak tau la nak kategorikan rakyat China ni spesis apa.... semalam pun ada jumpa satu video dr negara sana jugak.... seorang lelaki tak tau la samada pengsan atau mati terbaring kat jalan yang agak sibuk.... bayangkan punya la lama terbaring...tak ada seorang manusia pun yang peduli... gila ke ntah dorang ni... dengan kereta bas lalu lalang tepi lelaki tuh ....serius takde perasaan langsung.

Wednesday, April 25, 2012

Tahniah Ustaz Azhar Idrus

Salam Blogger..Pertamanya Amir ank ucapkan Tahniah kepada ustaz azhar idrus..Kenapa Pula Ucap Tahniah tiba-tiba nie??
Yang sebenarnya Amir Ucap tahniah kepada ustaz azhar atas kejayaan ceramah beliau di Masjid Hijau Di bandar Bangi.Bukan ustaz menang kereta baru..
Cuba korang lihat gambar kat bawah tu,,ramainya orang yang pergi dengar ceramah beliau..Ini merupakan satu kejayaan yang sangat besar...
 
 
MASJID HASSANAH 


atau (MASJID HIJAU)

CEREMAH DI BANDAR BANGI




Ceremah Start pukul 7.20
 lepas solat magrib

USTAZ AZHAR IDRUS




ALHAMDULILLAH!!!! ORANG PENUH DI MASJID 





Malam Pukul 10.00 habis ceramah
Kereta Ustad Azhar Idrus......=)
 

Betul ker Proton banyak menciplak design kenderaan Mitsubishi?

Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. Syabas!!! Tajuk mesti mau kasi panas brader..

Tadi ada pulak member sorang ni ternampak Mitsubishi Super Touring kat parking, terus dia bertanya "Eh, Saga tu tiru Mitsubishi yang mana ha?"

Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..

Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore!


Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983

Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit perubahan termasuk sekali dengan lambangnya.

Takkan la nak pakai lambang Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu.

Kemudian pada tahun 1993, Proton Wira pula diperkenalkan menggunakan gabungan rekabentuk daripada Mitsubishi Lancer dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer Evo II 1994

Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria. Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback.

Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991

Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model Mitsubishi Galant Eterna.

Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986

Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sedikit eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma.

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995

Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada Mitsubishi TownBox.

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999

Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada Mitsubishi Lancer Evo X.

Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007

Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama, mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut.

Takkan orang lain dah keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012

Kia Forte 2008

Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak ke ape ke.

Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja.

Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.

Siapa Asif-dalam Kerajaan Nabi Sulaiman ??

Soalan:

Siapakah
Asif bin Barkhiya?



Jawapan:
Istana Saba' dari kejauhan

Asif
bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س). Beliau ialah
anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau sepupunya. Bertugas sebagai
penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman ASW sekaligus menteri. Juga sebagai
kawan rapat dan pengawal Nabi Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi
Sulaiman pergi dan beliau antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi
Sulaiman ASW.
Seorang
yang soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga
amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.

Beliaulah
yang memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin
dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini dirakamkan
dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:
قَالَ
يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
(٣٨)

قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ
أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ
أَمِينٌ (٣٩)
قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ
عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ
فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي
أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ
فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠)
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي
أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)
Ertinya:
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai
pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu
singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri
memeluk Islam?” ۝ berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya
kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku
amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah”. ۝ berkata pula seorang Yang mempunyai ilmu
pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip
mata!” setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisiNya,
berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah
Aku bersyukur atau Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya)
sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada
Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ۝ Nabi Sulaiman
berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu,
supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai pengetahuan Yang sebenar (untuk
mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat
mencapai pengetahuan Yang demikian”.۝
Mula-mula jin
ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri dengan
kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini menunjukkan bila
mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim, soleh dan berilmu maka ia
akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir
yang menjelaskan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah
Asif bin Barkhiya.

Tentang apakah
doanya itu, kata Mujahid r.h:
يا ذا الجلال والإكرام.
Manakala Zuhri
r.h berkata:
يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ،
إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.
Dari kisah ini juga dapat kita ambil pelajaran bahawa
kadang-kadang dalam berdakwah memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya ‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah
kerajaan kafir kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman ASW.

Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل) yang memerintah Yaman pada kurun
ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini
menyembah matahari, melalui risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu
burung hud-hud baginda Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan.
Sekarang masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan
jin dari zaman Balqis menetap disana.

Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar…Meriahnya…

TWIN ONE 450x350 (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar...Meriahnya...
 Siapa pun mungkin kesulitan mengenali anak-anak di Desa Kodinhi, Kerala, India. Sebab,
sekurang-kurangnya ada 100 pasang anak kembar lahir di desa tersebut. Dua puluhpasang
di antaranya mengenyam pendidikan di sekolah menengah yang sama, yakniSeethi Sahib Memorial,
 Daerah Malappuram...

small group 1400455i (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar...Meriahnya...
Tak hairan jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnyasatu
 per satu. Kedua-dua puluh pasang anak kembar itu berjenis kelamin sama dan merupakan
kembar. Para guru kerap salah apabila menyapa nama mereka. Apalagisetiap pasang anak
kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.
desakembar1 (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar...Meriahnya...
Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satupembeza mereka.
 Selebihnya mereka hampir sama.
xin 29207063009018903129733 (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak
 Kembar...Meriahnya...
Warga Desa Kodinhi yang majoriti muslim juga mengatakan, kewujudan anak kembar
 di desa itu bukan hal yang aneh. Mereka mengangapnya sebagai hal istimewa yangdianugerahkan Sang Pencipta.
1637 KODINHI Kerala (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar...Meriahnya...
Kebanyakan anak kembar juga lahir di rumah sakit yang sama. Menurut gynaecologistrumah sakit 
tempatan, selama 10 tahun dia bekerja tercatat ada 100 hingga 150 kembar.Lima atau enam di antaranya
 kembar tiga. Kenyataan itu melahirkan misteri yang menarik untuk diteliti lebih lanjut.
xin 29207063009017501742432 (Gambar)Kampung Di Penuhi Dengan Anak Kembar...Meriahnya...
::P/S: Alangkah meriahnya kalau peroleh anak sebegitu ramai..Ada orang kata anak kembar
 selalunya datangnya daripada keturunan.. Benar atau tidak terpulanglah…

15 Kebaikan Sujud Dalam Solat…Muhasabah Diri



images 13 (Agama)15 Kebaikan Sujud Dalam Solat...Muhasabah Diri
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
 
1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang

15 Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..



Bagi penggemar kucing boleh la cuba tengok ada tak ciri-ciri ni kat kucing kesayangan korang…
images 6 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing yang matang memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing memiliki 26 buah gigi.
  • Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.

misai (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udarabahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak boleh melihat.
  • Walaupun kucing mempunyai 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari padakaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat lahir dengan jari banyak sampai 7bahkan dengan tulang tambahan.
  • Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia.
  • Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.
  • Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, danseumpamanya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies.
  • Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3500tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan pengerat lain dari hasil tuai mereka.Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yangtermasuk laluan murni atau kucing bangsa. Selebihnya, adalah kucing hasil pencampurandari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu,kucing bangsa termasuk kucing yang paling sering anda cari dan mahal harganya.
gemok (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10kg, kecuali diberi makan berlebih.
  • Dalam penangkaran, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran keadaan moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
  • Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka mempunyai daya pembersihan yang kuat, tapi dapat mencetuskan alahan pada manusia.
images 61 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Waktu tidurnya berubah-ubah di antara 12 - 16jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
  • Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat diEropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes.
  • Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan.
  • Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata ”Meong”. Dalam bahasa Inggerisyang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan ”Meow”. Di negara Inggerissendiri, suara kucing ditulis ”Miaow”. Kalau bahasa Jepun sering ditulis dengan kata ”nya”.
images 13 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
images 22 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
images 32 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
Kucing langka
Berikut ini beberapa jenis kucing langka yang terancam di muka bumi, iaitu:
  • Kucing Civet - Hanya terdapat sekitar 250 ekor kucing mirip musang di Malabar, Asia yang berjuang dari kepunahan
download 11 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing Iriomote (Kucing Hutan)- Ditemui di kepulauan Jepun Iriomotejima, dengan jumlah kurang dari 100 ekor.
download1 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
::P/S: Adakah kucing anda tergolong dalam fakta di atas??