Pages

Wednesday, April 25, 2012

15 Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..



Bagi penggemar kucing boleh la cuba tengok ada tak ciri-ciri ni kat kucing kesayangan korang…
images 6 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing yang matang memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing memiliki 26 buah gigi.
  • Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.

misai (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Misai pada kucing sangat sensitif dan dapat merasakan perubahan tekanan udarabahkan yang kecil sekalipun. Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai alternatif untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak boleh melihat.
  • Walaupun kucing mempunyai 5 jari di kaki depan, mereka hanya mempunyai 4 jari padakaki belakang. Namun pada beberapa kucing dapat lahir dengan jari banyak sampai 7bahkan dengan tulang tambahan.
  • Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia.
  • Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.
  • Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa, harimau, danseumpamanya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies.
  • Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurang-kurangnya sejak 3500tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan pengerat lain dari hasil tuai mereka.Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yangtermasuk laluan murni atau kucing bangsa. Selebihnya, adalah kucing hasil pencampurandari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu,kucing bangsa termasuk kucing yang paling sering anda cari dan mahal harganya.
gemok (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10kg, kecuali diberi makan berlebih.
  • Dalam penangkaran, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran keadaan moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
  • Kucing termasuk haiwan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka mempunyai daya pembersihan yang kuat, tapi dapat mencetuskan alahan pada manusia.
images 61 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Waktu tidurnya berubah-ubah di antara 12 - 16jam sehari, dengan angka rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.
  • Percaya atau tidak, di abad pertengahan kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat diEropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus yang membawa wabak pes.
  • Pada mata kucing ada lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6 kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing untuk dapat melihat di kegelapan.
  • Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata ”Meong”. Dalam bahasa Inggerisyang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan ”Meow”. Di negara Inggerissendiri, suara kucing ditulis ”Miaow”. Kalau bahasa Jepun sering ditulis dengan kata ”nya”.
images 13 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
images 22 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
images 32 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
Kucing langka
Berikut ini beberapa jenis kucing langka yang terancam di muka bumi, iaitu:
  • Kucing Civet - Hanya terdapat sekitar 250 ekor kucing mirip musang di Malabar, Asia yang berjuang dari kepunahan
download 11 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
  • Kucing Iriomote (Kucing Hutan)- Ditemui di kepulauan Jepun Iriomotejima, dengan jumlah kurang dari 100 ekor.
download1 (Gambar)Fakta Menganai Kucing Mesti Diketahui..Mari Baca..
::P/S: Adakah kucing anda tergolong dalam fakta di atas??