Pages

Sunday, December 2, 2012

Kesesatan Syi'ah di Hari Asyura Kesesatan Syi'ah di Hari Asyura




Di antara kelakuan sesat Rafidhah (baca: Syi’ah) adalah memukul dada, menampar pipi, memukul bahu, mengiris-ngiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi kerana kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mati terbunuh.

Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat?

Kerana setiap perkara muhdats yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana dalam Islam tidak boleh melakukan semacam itu baik kerana kematian seorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahawa di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (paman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Tholib, ‘Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau melakukan seperti yang dilakukan oleh Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya.

Cuba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya’qub ‘alaihis salam ditimpa musibah dengan hilangnya Yusuf ‘alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dada? Apakah Nabi Ya’qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya sendiri dengan mengores-ngores badan? Apakah sampai dijadikan ‘ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan Rafidhah? Amalan yang dilakukan Rafidhah tidak lain hanyalah warisan dari Jahiliyah, masa suram sebelum Islam. Islam dengan sangat jelas telah melarangnya.

Hadits yang Membicarakan Tentang Berduka yang Terlarang

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة

“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103).

Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah di hari ‘Asyura. Yang mereka lakukan jelas bukan ajaran Islam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu ‘anhu.
sumber

Gambar Pemisah Siang dan Malam


Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:


Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.

“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Kerana) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)

sumber

Pemain Yang Terima Gaji Lebih Dari Ronaldo Dan Messi


Apabila menyentuh tentang kemampuan menggelecek, menjaringkan gol dan prestasi dalam kelab, Cristiano Ronaldo (CR7) dan Lionel Messi adalah dua bintang bola sepak yang terunggul di dunia. Namun dari segi gaji yang diterima pada satu musim, kedua-duanya bukanlah yang utama.

Bagi satu musim, gaji Ronaldo yang bermain untuk Real Madrid hanyalah separuh daripada jumlah yang diterima oleh Samuel Eto'o yang kini bermain dengan kelab Rusia, Anzhi.

Menyusul selepas Eto'o ialah Zlatan Ibrahimovich, bekas pemain AC Milan yang ketika ini menyertai Paris Saint-Germain (PSG). Ibra menerima kesan suntikan dana daripada Syeikh Nasser al-Khelafi iaitu hartawan dari Qatar yang juga pemilik PSG. Ketika ini, pemain asal Sweden itu menerima gaji sebanyak 14.5 juta euro untuk satu musim.

Menurut senarai Marca, CR7 berada di kedudukan tercorot dalam senarai 10 pemain yang menerima gaji terbesar. Hal ini boleh saja dijadikan ukuran untuk membolehkan penyerang yang berasal dari Portugal itu menuntut kenaikan gaji.




Samuel eto,o

Berikut senarai lengkap pemain dan gaji yang diterima:


1. Samuel Eto'o , dari kelab Anzhi.
Gaji untuk satu musim: 20 juta euro.
Kelab disertai dan perkembangan karier:

a. Mallorca:
Juara Copa del Rey (2003)

b. Barcelona:
Juara La Liga: (2004/05, 2005/06, 2008/09)
Juara Copa del Rey (2009)
Juara Supercopa Sepanyol (2005 & 2006)
Juara Liga Juara-Juara (2005/06, 2008/09)

c. Internazionale:
Juara Serie A (2009/10)
Juara Coppa Itali (2010, 2011)
Juara Supercoppa Italiana (2010)
Juara Liga Juara-Juara (2009/10)
Juara Piala Dunia Kelab FIFA (2010)

d. Negara (Cameroon):
Juara Piala Afrika (2000 & 2002)
Juara LG Cup (2011)
Pingat emas Sukan Olimpik (2000).

Saturday, December 1, 2012

Kenapa Mereka Mahukan Tanah Palestin dan Masjid Al Aqsa?


Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan.

Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia 'amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa.

Dunia ditipu sekian lama!

Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi.

Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada "utusan", "penyelamat", "messiah", "saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya "utusan" yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad saw. Walaupun para ulama', ahli kitab dan 'ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka.

Namun hanya kerana Nabi Muhammad saw bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah saw (As-Shaff: 6).

Jadi siapa "messiah" yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?

Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman, atau "kuil Sulaiman"; atau "Istana Nabi Sulaiman". Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan.

Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah "Messiah" yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada "haykal Sulaiman' ini bila dia diturunkan nanti.

Dan mereka percaya "Messiah" ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia. Sebab itu slogan mereka sekarang ialah "Israel 4 All", "New Order", "One World" dan lain-lain.

Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana "messiah", "penyelamat" mereka akan turun. Kerana mereka percaya tapak pemerintahan"messiah" mereka letaknya di Masjid Al Aqsa.

Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya "Kubah As Sakhrah" adalah Masjid Al Aqsa. Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis.

Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.

Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit.

Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan "messiah", "penyelamat" mereka. Tapak pemerintahan "haykal Sulaiman" mesti disiapkan.

Umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa adalah satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan biadap merampas Masjidil Aqsa.

Pembebasan Masjid Al Aqsa janganlah dibebankan hanya kepada umat Falastin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu Muslim.

27 Rejab, hari dimana Rasulullah saw melalui peristiwa Isro' wal Mi'raj, dimana Rasulullah saw diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al Quran surah Al Isra': 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al Aqsa oleh Sultan Salahuddin.

Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH swt; sebagaimana yakinnya Rasullah saw kepada ALLAH.

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap umat Islam marilah berdoa agar Allah SWT menurunkan azab dan bencana kepada mereka yang zalim dan engkar ini. Amin.
Allah Maha Berkuasa!!!

Dipetik dan di share dari FB Suara Anak Muda

sumber

10 Kesilapan Ketika Membeli Telefon Pintar


Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.

1. Keperluan atau kehendak

Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.

2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon

Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon.
Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan 'shutter' yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang 'blur'nya.
Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.

3. Terikut-ikut orang atau trend

Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), 'Orang mahu radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...' kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.

Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.
Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.

4. Pilih pasca bayar yang mahal

Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup.
Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa

Kadang-kadang, kita tidak rasa 'cool' berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal.
Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang.

Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.

6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan

Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik.
Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.

7. Membeli secara bayaran ansuran

Kesilapan yang sering kita lakukan adalah 'biar papa asal bergaya'. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya.

Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai.
Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

8. Tak pentingkan aksesori

Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon.

Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu.

Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.

9. Pilih storan yang tidak mencukupi

Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.
Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

10. Beli saiz besar

Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket.

Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik.

Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.

Keadaan Palestin Sebelum Dijajah Israel (Gambar)

Beginilah keadaan Palestin pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel. Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll. Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu dimusnahkan Zionis dan sekutunya.
Add caption
Peta Palestin Sekarang.

5 Auta Yang Kita Sangka Fakta


Banyak fakta di luar sana yang dilihat logik namun setiap fakta mesti ada kecacatan dan tidak semuanya tepat. Walaupun sekarang kita menggangapnya tepat namun 10 atau 20 tahun lagi mungkin ia hanyalah sebagai sangkaan semata-mata kerana akan timbul banyak lagi kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang bakal memberi penjelesan setepat-tepatnya. Beralih kepada topik hari ini, MyDecrescendo ingin menukar fakta yang diketahui umum dengan fakta sebenar agar kita tidak terkeliru dan mendapat maklumat yang salah.

1.Gunung Everest adalah Gunung Tertinggi Dunia

 Gunung tertinggi sebenarnya ialah Gunung Mauna dengan ketinggian 10,200 meter berbanding Gunung Everest yang mempunyai ketinggian cuma 8,848 meter. Mauna Kea nampak rendah kerana separuh dirinya di dalam air.

2.Tembok China binaan manusia yang tunggal boleh dilihat daripada angkasa

Daripada angkasa, binaan manusia yang lain seperti lebuhraya, lapangan terbang, empangan dan struktur lain juga dapat dilihat dari angkasa.

3.Lidah merasa sesuatu mengikut zon rasanya sahaja

 Manis, masam, pahit, masin dan tawar boleh dirasa di kesemua bahagian lidah. Tidak semestinya belakang lidah merasa pahit semata-mata.

4.Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran 

Sesumpah berubah warna mengikut psikologi dan emosi. Ia juga berubah warna sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan yang lain dan berinteraksi semasa ingin berlaga.

5.Deria manusia ada lima 

Manusia mempunyai deria yang lebih selain untuk merasa, melihat, menghidu, mendengar dan menyentuh. Seorang manusia juga mampu mengimbangi badan dan apabila luka merasa sakit yang membuktikan manusia mempunyai deria-deria lain.
sumber

p/s: Terserah kepada individu masing-masing nak percaya atau tidak, sebab admin bukan pengkaji nak kaji lebih mendalam tentang fakta-fakta ni :)