Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar
Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek.
Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)
Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th,
Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul
Mukmin 7th & Rasydan 6th.
Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif
melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis
iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab
fotografi
www.digitalmukmin.com
Facebook Fanpage:
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
Sepintas lalu
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik
sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa
persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil
keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya
suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara
berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu
malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu
bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk
merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala
Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun
1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai
mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama
secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau
yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar
agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5
tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat
ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa
kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini,
timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Perubahan
Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar
bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bersama lagi dengan Tuan
Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf,
Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan
Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan
Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof,
fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah,
hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.
Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar
Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun
1999. Kemudian website
www.ustazazhar.com
menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih
berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang
mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya
dengan baik.
Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz
sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta
fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah
kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar
bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa
itulah kita berehat.
Pok Mang disisi Ustaz
Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam
fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan.
Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di
laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan
kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok
Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang
untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok
Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas
kepada Ustaz sampai ke hari ini.
p/s:Alhamdulillah,admin blog nie beruntung sebab duduk kat K.Terengganu dan Admin blog nie belajar di Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin Ladang,dekat dengan Kampung Ustaz dan Surau miliknya..