Pages

Saturday, March 24, 2012

10 perkara Yang menyebabkan Hati Mati

Salam semua.Amir Nak Share artikel nie kat korang semua sebab Amir Rase Artikel nie amat berguna untuk kita semua..Jadi jom Kita Baca..*Dont forget to leave a Comment

SEBAB HATI MATI

Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya,

"Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...'2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Dan cara untuk menghidupkan semula hati yang sudah mati 
atau cara untuk mengelakkan hati daripada mati ialah dengan 
perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikirullah atau solat dan ikhlas di dalam setiap amal 

wallahhualam 

inshaallah ...

Malaysia Negara Ke-3 Aktif Homoseksual





Salam Semua,Hari ini Amir Nak share Isu semasa yang cukup terkejut bagi kita semua Rakyat Malaysia.Semasa Amir sibuk melayari Internet,tiba-Tiba Amir Terjumpa Satu Artikel Yang korang semua perlu tahu.Jadi Amir Nak share lah kat korang semua..Jom Kita sama Sama membaca



MALAYSIA YANG KE 3 DI ASIA AKTIF SEKS SONGSANG
 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.


Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

Malaysia Yang Ke 3 Di Asia Aktif Seks Songsang

Cara Untuk Mendapat Buffered Earning Dari Nuffnang

BUFFERED EARNINGS (BE) NUFFNANG


Assalamualaikum bloggers semua.Hari ini Amir Nak share tip yang cukup menarik bagi sesiapa yang mempunyai akaun nuffnang..Hah,bagi yang sudah menjadi ahli nuffnang,perkataan Buffered Earning memang dah tak Asing Bagi korang semua.Semua Ahli nuffnang mahukan Buffered Earning.Jadi Amir nak share kat korang tip untuk dapat Buffered Earning.

Buffered Earnings, Metered Earnings, etc sebenarnya hanyalah istilah yang digunakan untuk kempen CPM. Untuk mendapat ruang Buffered Earning pada EARNINGS anda.

Pertama sekali anda haruslah dipilih oleh pihak pengiklan (Advertisers) Nuffnang untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka.

Pihak pengiklan memilih blog yang mereka ingin iklankan untuk kempen CPM adalah berdasarkan faktor2 seperti berikut:




  • Sentiasa update SURVEY NUFFNANG anda


Disebabkan pihak pengiklan (Advertiser) sentiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.

Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang survey yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, survey tersebut berfungsi untuk Advertisers Nuffnang mengenali isi kandungan blog bloggers Nuffie dengan lebih baik.

Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang survey selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers Nuffnang kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut.

Oleh itu, anda digalakkan untuk mengemaskini laman survey anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh pihak Advertisers Nuffnang.

  • PENEMPATAN IKLAN NUFFNANG


Penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pihak pengiklan telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya.

Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.

Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami.

Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

  • STATUS GLITTERATI


Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana pihak pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah Nuffnang untuk Bloggers Nuffnang yang paling setia dengan mereka. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada pihak pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul dan lain-lain.

Jika nasib menyebelahi anda dan pihak pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Friday, March 23, 2012

Tip mudah Untuk tingkatkan Visitor blog anda



Assalamualaikum 

Alhamdulillah Amir dapat tulis entri lagi untuk malam nie

Amir tak adalah pandai sangat pasal tips2 ini . Yang Amir pernah buat , tips untuk Nuffnang . Boleh tahan lah tips tu . Dapat sambutan lah juga daripada blogger lain . Apa yang amir tulis pun berdasarkan pengetahuan dan pengalaman amir kan . Senang cerita . 


Jadi Hari ini Amir nak share kot korang semua tip untuk tingkatkan visitor.Pasti korang semua dah tahu Visitor yang ramai akan membuatkan blog anda ceria dan tidak sunyi.
 
Jadi Jom kita mulakan::

  • Kurangkan pengunaan background music
Pada pandangan otai blogger . Jarang yang suka autoplay music ni . Kalau boleh stop tak apa . Ada yang background music tu . Tak boleh stop langsung kan , kalau masa tu azam tengah berkumandang ? Jawablah sendiri ok ? 

  • Kurangkan pengunaan bahasa rojak . 
Perkara ini amat penting sekali , bukan sahaja memberi impak kepada sesuatu faktor. Malahan banyak mempengaruhi kepada faktor lain , contohnya . Kurang faham ketika dibaca , penting untuk SEO , auto translate function (Untuk pelawat luar daripada Malaysia) dan yang paling penting . Tidak merosakkan bahasa . 

  • Blogwalking secara meluas . 
Perkara mudah , agak ringkas , dan senang . Tetapi , adakah anda sudah blogwalking secara meluas ? Maksudnya ? Ok , secara ringkas Amir boleh terangkan kepada anda .

- Ping  entri/post di group facebook
- Post di Innit (Nuffnang
- Pandai mengguna peluang depan mata . Cari link di group fb . 
- Ping entri di busuk.org 

  • Gunakan keyword (Tajuk entri) yang gempak . 
Contohnya ada depan mata , cuba scroll atas sikit . Baca tajuk entri tu apa ? Kan gempak tu . Tak ke macam tu ? 

  • Pandai bermain SEO . 
Gunakan meta tag , supaya search engine lebih mesra dengan blog anda . Pastikan description dan keyword dalam blog anda kena dengan isinya . 

  • Menulis entri yang up-to-date . 
Paling senang , cari isu semasa . Gossip artis , atau apa2 entri yang berkenaan . Tetapi , ingat ! Bila menulis , biar ada sumbernya . Takut nanti kena saman . 

  • Pancing blogger menggunakan otak . 
Faham tak yang ini ? Pelik sikit kan ? Ok , Amir terangkan . Contoh , Amir masuk blog anda . Amir tanya , 'Dah makan' ? Mesti dia akan jawab balik kan ? Jadi , itu kelebihan kepada kedua-dua blogger . Sebab akan tinggalkan jejak di shoutbox setiap kali dia masuk . (Pancing blogger dengan pertanyaan ) . 

  • Jangan abaikan entri yang lama . 
Pastikan share/ping entri sekurang-kurangnya 3 entri setiap hari . Baru nampak macam blog selalu diupdate kan ? Dengan cara ini juga , anda telah menarik visitors untuk membaca entri yang berkaitan dan entri yang lama tidak diabaikan . 

  • Besabar dan menunggu dan terus menunggu . 
Hal baisa kan ? Mestilah , tak akan benda itu datang secara tiba2 . Semuanya memerlukan usaha . Dan , besabar dengan usaha anda . Pasti akan terbalas akhirnya nanti . Dan , jangan terlalu berharap supaya tidak kecewa nanti . 

  • Dengan cara facebook chatting
Promote-kan blog anda dengan perkataan yang manis kepada kawan facebook anda . Contohnya , 'Cuba buka blog nie , ada error tak ? Aku buka tak boleh lah' :( 

P/s :- Akhirnya , Amir tak tahu apa yang Amir merepek . Entah betul ke tak lah yang amir tulis ini . Main tulis jea kan ? Huih ! Kalau tak suka entri ini , tak apa . Buat penat saja amir tulis kan ? Harap sangat2 ada sambutan .

Tolong tinggalkan Komen anda

Tip untuk dapat 1000 Visitor



Assalamualaikum wbt kepada semua blogger sekalian . Apa khabar?Harap harap korang semua sihat lah.



Cer-click-cer-click . Bagi besar sikit . Baru nampak kan ? Tak sia2 Amir usaha selama nie.Blog Amir dah semakin Maju ke hadapan.Amir ingat lagi masa mula mula Amir start blogging.,setiap hari hanya 10 orang Visitor yang datang melawat.Tetapi cuba korang lihat blog Amir Sekarang nie..Dah ada peningkatan dah.10 Visitor sudah jadi 700 visitor setiap hari. Amir Bukan nak menunjuk-nunjuk..

Nak tips tak ?

Sepanjang Amir Berblogging nie amir cuma letak post terbaru amir di laman web tersebut (PING)

1.ohbelog.com
2.guablog.com
3.apesal.com
4.busuk.org

Korang kena daftar dulu baru boleh Ping post korang.Amir Bagi Jaminan Visitor yang datang ke blog anda akan bertambah banyak.Tapi pastikan post anda itu seronok dibaca.First time amir ping kat ohbelog,amir dah dapat 500 visitor..sebab post amir sedap dibaca lah amir dapat banyak visitor..jadi korang mulakan langkah baru untuk blog korang..





Tip Ringkas Untuk Ringankan Blog Anda


Assalamualaikum wbt kepada semua warga blogger sekalian . Hari ini Amir rasa macam baik hati sikit . Dan , Amir rasa macam nak kongsikan tips dengan anda semua . Kalau semua sudah tengok gambar dekat atas , mestilah sudah tahu kan ? Jadi , Amir tak nak cakap banyak sangat , nanti tak ada yang nak baca . 

Tips : Ringankan Blog Anda


  • Jangan gunakan terlalu banyak gadget/widget .
  • Kurangkan pengunaan js . (Javascript) 
  • Gunakan widget/gadget yang mempunyai fungsi tersendiri . 
  • Menyusun kedudukan gadget/widget dengan betul . (Atas ringan , bawah berat)
  • Meminimumkan entri di muka hadapan . 
  • Tidak menggunakan autoplay music / video . 
  • Gambar dientri tidak terlalu besar . 
  • Buang WhiteSpace . (HTML Optimizer)
  • Kurangkan pengunaan (.swf) Shock Wave Flash
  • Gunakan JQuery Lazy Load
  • Delete semua script dalam templates ---> <b:include name='quickedit'/>
  • Cari code <b:skin> ---> Paste code quickedit{display:none;} sebelumnya . 
P/s :- Selepas sudah ikut semua tips diatas . Insyallah , blog anda semua akan ringan . Anda boleh timbang berat blog anda disini dan disini . Sekadar berkongsi tips dengan anda semua . Harap2 anda semua suka ok ? Assalamualaikum . (*Komen jika sudI)

Memulakan Langkah Baru Untuk Blog Aku



Assalamualaikum kepada blogger sekalian.Hari ini Amir Tak ada tajuk nak tulis jadi Amir terpaksa lah tulis tajuk nie.Jadi Amir Nak mengambil kesempatan yang ada untuk menceritakan sedikit sebanyak pasal blog nie.

Untuk pengetahuan blogger semua,Blog Nie adalah blog yang baru dibina oleh Amir..Baru jew 1 Bulan.Pelik kan Amir,dah masuk 1 bulan baru nok terangkan kat korang semua pasal wujudnya blog nie.Jadi Ada kena mengena ke dengan korang semua??Mestilah ada sebab kita kan sesama blogger..

Jadi Amir nak mulakan Langkah baru Amir dengan perlahan-lahan.Jadi,dari langkah ke langkah kita mulakannya.Jujurlah ya,mesti anda baca entri nie kan.Jadi sebelum Amir Mulakan(dah mula pon) Amir nak tanya korang dulu,Macam mana blog Amir sekarang nie???Macam mana keadaannya??  *Sila tinggalkan komen diruang yang disediakan.

Kalau boleh Amir nak blog Amir nie sentiasa dipenuh oleh komen-komen dari korang semua.Jadi korang semua bantulah sesama Blogger..Apa salahnya kan kita saling bantu membantu.Dengan Kerjasama korang semua,tak lah sunyi sangat blog amir nie..

Perjuangan kita adalah sama.Anda seorang blogger saya pun seorang blogger.Jadi tak salah kita bantu membantu sesama kita..tak rugilah kalau tolong orang..

Jadi ini saja yang AMir boleh tulis untuk entri kali ini.Cukup untuk Amir kenalkan Blog Amir kepada korang semua...Thanks