Pages

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Dah Tukar Domain,Good Bye Blogspot

Salam Blogger Semua, Bagi yang dah mengikuti blog Amir selama ini, korang pasti perasan yang Amir dah bertukar domain dari .blogspot.com ke .com kan?Amir dah tukar petang kemarin,Hari ini hari pertama Amir menggunakan .com.Amir beli Di NETKL Hehe, nak tau sebab apa Amir tukar????

 Ini Menunjukkan Amir dah serius berbloging.Dah setahun lebih Amir berblogging tapi sekarang nie Amir dah mula serius.

Selain tu,Hah,bende ni la buat Amir geram dan sakit hati tau... Sebab apa???? disebabkan berdomainkan .blogspot.com traffik Amir dah menurun semakin mendadak! .. Ya betol tu sampai takder 'unic visitor' langsung..... hermm,.... Tambahan lagi pagerank baru jer meningkat ke 1/10 ..

Di atas tu merupakan sebab utama Amir tukar ke .com..Ada lagi sebab sebab lain antaranya ialah:

1) Tambah bilangan trafik blog


-tak percaya??sebenanya bila korang tuka domain nih lebih kurang macam ko punye blog tu dah well published lah paham tak?aku bagi contoh lah korang nak bace paper online pagi-pagi kan ade ke paper online tu guna blogspot?www.utusan.blogspot.com kan ke macam tak best jek tu?kat sini lah korang mula bermain dengan keyword dan gunanya SEO ngan SERP secara tak langsung korang akan dapat tambah bilangan pembaca kat blog korang :)Satu lagi,ini akan memudahkan orang nak buka blog kita.tak ada lah lagi dalam kepala orang(malas lah aku buka blog nie,panjang gila url dia)..

2)Kukuhkan kedudukan

-Masih untuk SEO dan SERP bila korang tuka domain jangan lah pakai nama yang susah orang nak ingat yang panjang-panjang sangat tuh cth : www.inisayapunyeblogsayapunyesukahatilah.com kan ke susah tu? cube macam aku ne www.budakladang.com haaa kan ke comel tu senang dan simple jew.Tak lah mengada-ngada sangat. :P

3)Nuffnang akan Menjadi Makin Maju

-Yelah,bila traffic mencacak,mesti nuffnang makin cepat masuk..Nuffnang pun orang yang ada domain sendiri..Baru Nuffnang nampak kita nie serius nak Berblogging..Bukan main-main..Amir harap lepas nie nuffnang amir akan cepat masuk..Thanks Nuffnang..

Walaubagaimanapun!!!!!

Bila kita tukar domain mesti ada Akibatnya dan effect yang kurang menyenangkan..Antaranya ialah:


1. Ranking alexa akan merosot dan bermula semula dari awal selepas tukar domain.


Ya,bila kita tukar domain..Ranking alexa kita akan bermula dari awal.."Alamak,,gila lah kalau macam tu."
Tak jugak,walaupun ranking alexa kita start dari awal,sebentar jew ranking kita akan jadi baik semula.Kita kan pakai .com



Ini dia yang akan belaku selepas tukar domain.
Diambil selepas sehari bertukar domain
Ianya akan bermula semula seperti newborn. Kembali ke permulaan hinggakan no data, dan tiada ranking dalam negara. Standard la fenomena ni. Kira baguslah domain ni. Sebab pakai-pakai je domain, bila check alexa, terus ada link in dari website luar negara. laughing

2. SERP google dan pagerank selepas tukar domain.




Pagerank – Pagerank ni aku tak kisah sangat sebab masih pagerank 1 sebelum tukar domain. Dah tentu ianya akan turun menjadi telur lepas aku tukar domain.
SERP – Bagi entri yang berada di SERP google. Terdapat sedikit perubahan. Ada sesetengah entri yang menurun sedikit reputasinya. Ada juga yang drastik penurunannya. Dan ada juga yang kekal baik di SERP. Bermakna memberi impak lah, tapi sedikit sahaja.


3. Pembaca blog akan kehilangan arah cari blog kita. Seterusnya trafik akan jatuh.


Dalam hal ini tiada masalah akan berlaku jika kita dah set up redirect kan. Cuba try buka domain http://tajdidislam.blogspot.com  pada new tab. Demikian juga trafik yang didatangkan dari search engine. Dont worry sangat, redirect dari webmaster je k.

Kesimpulan


1. Sekiranya ada niat nak tukar domain, adalah lebih terbaik tukar awal-awal. Agar tidak banyak kerugian  alexa dan pagerank. Apapun itu hanyalah bilangan angka yang masih boleh di capai balik (perlukan masa je). Hidup ku dengan pegangan try and eror k hee hee.

2. Jangan takut akan kejatuhan reputasi SERP google, follower hilang dan trafik hilang. Sebab pasti ada jalan setiap benda tu selagi kita nak dan usaha. Buat research dulu.







Saturday, May 5, 2012

Nuffnang:Apa kebaikannya??

Kalau korang blogger baru, aku boleh prefer korang nuffnang sebab aku guna jugak ads ni. Tapi kalau tak nak takpela sebab ada banyak lagi ads yang lain. Apa yang baik nuffnang ni. Ads ni, berdasarkan pengalaman aku setakat ni yang dah guna nuffnang, aku boleh cakap pada korang ads ni baik daripada advertlets.


 Aku pernah dengar orang yang guna advertlets  payah jugaklah nak dapat CTR (click through ratio) tuh. Lepas beberapa bulan, baru RM0.60. Oleh sebab aku dengar citer tu,, aku guna dan bertukar pada nuffnang dan kalau tak silap aku lah, aku dah guna 1 tahun

Aku malas nak bagitahu korang berapa pendapatan aku sekarang tapi, cukuplah aku nak bagitahu, aku harap nuffnang bagilah up sikit pendapatan aku. Barangkali aku boleh dapat. Doa-doakan lah sebab belum pernah merasa lagi cash dalam tangan hasil titik peluh ni.




*aku nak tanya yang boleh bagi pendapat kat aku macam mana nak tambah lebih banyak trafik masuk dalam blog aku ni*
how can I get more traffic into my blog


[kalau ada sponsor yang sudi sponsor blog aku ni, boleh tampil ke depan]
Right now I still searching for a sponsors who willing be my blog sponsor

Sunday, March 25, 2012

Sejarah Nuffnang dan Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang


Amir Rasa korang tipu kalau korang tak pernah dengan Pasal NUFFNANG ni...Kalau yang sudah lama dengan nuffnang tu,,mesti korang nak tahu pasal nuffnang nie..jadi amir sediakan Sejarah NUFFNANG dan orang-orang yang mendapat pendapatan yang lumayan dari nuffnang..Jom Baca

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger.

Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.


TIMOTHY merintis idea kewujudan Nuffnang bersama rakannya, Ming Shen sewaktu belajar di London.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air.

Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008.

Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.


KOMUNITI Nuffnang menjadi medium penting kepada blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan.


Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva….

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu proudduck….

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.


LAYARI laman web Nuffnang untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai platform menjana pendapatan itu.

"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

Sumber dari Kosmo!


Huh kalau Amir dapat 5000 orang visitor sehari kan sedap...Korang Kena lah Bantu Amir Kan