Pages

Thursday, August 30, 2012

Senarai 8 Produk Samsung Yang 'Diharamkan' Oleh Apple

Galaxy S 4G, antara 8 produk Samsung yang disenarai hitam.

Apple Inc hari ini telah menyerahkan senarai lapan produk 'panas' milik Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Menurut laporan, Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsungmembayar pampasan AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'menciplak' model iPhone dan iPad keluaran Apple. Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Antara produk telefon pintar yang disenaraikan Apple ialah:-
 
Galaxy S 4G
,
Galaxy S2 AT&T
 
Galaxy S2,
Galaxy S2 Epic 4G
Galaxy S2 T-Mobile

Galaxy S Showcase
Droid Charge
Galaxy Prevail
 

Pada 26 Jun lalu, hakim yang sama mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang sama sekali memasuki pasaran Amerika Syarikat selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'.