Pages

Tuesday, July 3, 2012

Sotong Cuba Menghamilkan Wanita Korea 63 tahun

Sotong adalah salah satu makanan kegemaran warga Korea. Tetapi buat wanita Korea yang berusia 63 tahun ini, dia mungkin tidak mahu makan sotong lagi kerana pengalaman ngeri yang dihadapinya.

Semasa wanita itu menikmati hidangan sotong separuh masak itu, dia mula merasakan tusukan dari benda asing yang mencucuk-cucuk dalam mulutnya ketika sedang menguyah.

Dia meludah sotong itu, tetapi mulutnya masih terasa berbeza, seolah-olah terdapat makhluk-makhluk kecil yang bergerak pada bahagian dalam mulutnya seperti dalam pipi, gusi, dan lidah.

Dia segera dikejarkan ke hospital dan dibuat pemeriksaan dalam mulutnya. Memang benar, doktor mendapati 12 pepijat putih kecil, seperti organisma sperma dalam mulutnya.

Laporan berkata, dia seolah-olah telah menggigit beg sperma sotong yang dimakannya, yang membawa kepada kebebasan makhluk kecil itu.

Si kecil begitu ghairah sehingga mereka cuba untuk menghamilkan mulutnya!

Pengajaran daripada ini pastikan hidangan sotong anda dimasak dengan baik!
sumber