Pages

Wednesday, July 18, 2012

Kemarau terburuk di AS












WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 56 tahun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) kelmarin.
Menurut agensi itu, kira-kira 55 peratus wilayah di AS mengalami kemarau pada bulan lalu.


Pada tahun 1956, kemarau melanda 58 peratus daripada wilayah AS.Cuaca panas dan kering akan berterusan dalam tempoh dua minggu lagi.Ia akan menyebabkan tanaman jagung dan kacang soya di tengah AS terjejas.

Seorang ahli meteorologi untuk agensi cuaca MDA EarthSat, Don Keeney berkata, cuaca kering akan berterusan di Illinois, Iowa, Kansas, Nebraska, Minnesota, Dakota dan selatan Wisconsin. – Agensi