LONDON
 - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, 
Gospel St. Cuthbert akan kekal di Britain selepas Perpustakaan British 
mengumpul dana £9 juta (RM44 juta) untuk membeli kitab berkenaan.
Separuh
 daripada RM44 juta yang diperlukan bagi membeli buku agama Kristian 
dari kurun ke-7 berkenaan datang dari Dana Memorial Warisan Kebangsaan 
dengan bakinya dibayar oleh beberapa yayasan amal, tabung amanah dan 
sumbangan orang awam.
"Kesemua
 muka surat, ikatan benang buku ini masih sempurna, sekali gus 
menghubungkan kita dengan nenek moyang kita 1,300 tahun dahulu," kata 
Ketua Eksekutif, Perpustakaan British, Lynne Brindley.
![]()  | 
| Buku Gospel St. Cuthbert yang cuma sebesar tapak tangan | 
Ia ditanam bersama mayat seorang pemimpin awal Kristian di Lindisfarne, timur laut England sekitar tahun 687.
Buku
 berkenaan ditemui semula di Gereja Durham pada 1104 apabila keranda 
tersebut terpaksa dipindahkan ekoran serangan bangsa Viking.
Buku
 yang dipinjamkan kepada perpustakaan itu sejak tahun 1979, dijual oleh 
sebuah persatuan Kristian untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan 
dan pemuliharaan gereja. - AFP

