Pages

Friday, April 13, 2012

Daya Ingatan Perokok Lelaki Menurun

WASHINGTON - Lelaki yang menghisap rokok akan mengalami penurunan daya ingatan berbanding lelaki yang tidak merokok, menurut satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti Kolej London.

Namun, menurut kajian itu yang disiarkan di Amerika Syarikat kelmarin, wanita yang merokok tidak akan mengalami penurunan daya ingatan.

Kajian itu melibatkan lebih 5,000 lelaki dan 2,100 wanita dalam perkhidmatan awam Britain yang mula dijadikan bahan kajian semasa mereka berumur 56 tahun dan perkembangan otak mereka diikuti selama 25 tahun.
sumber