Pages

Sunday, March 25, 2012

Messi Inspirasi Barcelona


MESSI meledakkan lima gol untuk membantu Barcelona membelasah Leverkusen 7-1 semalam.

Salam.Entri Kali ini khas untuk sesiapa yang minat Barcelona..Walaupun perlawanan ini dah lama berlangsung,tapi apa salahnya kalau kita imbas kembali 5 gol yang dijaringkan oleh Messi..Amir harap korang semua suka

BARCELONA, Sepanyol - Lionel Messi menjadi inspirasi kepada kemenangan 7-1 Barcelona ke atas Bayer Leverkusen pada aksi kalah mati kedua Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pemain Terbaik Dunia itu melakar satu lagi sejarah dalam kempen Liga Juara-Juara apabila menjaringkan lima gol, sekali gus menjadi pemain pertama yang melaku- kannya.

Barcelona mara ke suku akhir selepas menang dengan agregat 10-2 hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama bulan lalu.

Pada perlawanan kalah mati kedua di Stadium Nou Camp itu, Messi menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama sebelum menambah tiga lagi gol dalam babak kedua.

Dua lagi gol kelab gergasi Sepanyol itu diperoleh menerusi pemain gantian, Cristian Tello.

"Saya tidak ingat bila kali terakhir saya menjaringkan lima gol. Saya sangat gembira kerana berjaya melakukannya," kata Messi yang telah menjaringkan 49 gol dalam kempen Liga Juara-Juara untuk mengikut jejak langkah penjaring terbanyak Piala Eropah, Alfredo di Stefano.

"Perkara yang lebih penting adalah mencatat kemenangan dan itu yang kami inginkan. Sekarang kami mara ke suku akhir dan kami melakukannya dengan penuh bergaya."

Messi, 24, telah menjaringkan 48 gol pada saingan musim ini dan dia memerlukan tujuh gol lagi untuk menyamai rekod jaringan sepanjang zaman kelab yang 'dipegang' Cesar Rod- riguez (235).

Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berkata, Messi merupakan pemain terbaik yang pernah ditemui dan kehadiran penyerang Argentina itu dianggap sebagai suatu kelebihan buat pasukan tersebut.

"Dia (Messi) adalah pemain yang sangat hebat. Sukar untuk mencari penggantinya. Suatu hari nanti dia (Messi) akan menjaringkan enam gol pula.

"Masa depan pasukan juga sangat cerah kerana kami memiliki Messi," kata Guardiola.

Messi antara empat pemain yang pernah menjaringkan lima gol dalam saingan Piala Eropah - kali pertama pada musim 1978-1980.

Sementara itu, jurulatih Leverkusen, Robin Dutt berkata, Messi berjaya memberi impak yang besar kepada Barcelona.

"Tahap permainan Messi sangat luar biasa. Tanpa Messi, Barcelona tetap sebuah pasukan yang hebat tetapi dengan kehadiran Messi, pasukan itu seperti berada pada satu tahap yang lain," kata Dut