Pages

Saturday, March 17, 2012

Guru Terlepas Tali Gantung

ABDUL Karim Mohammad ditemani isterinya, Fauziah Abdul Rahman gembira selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 15 Mac - Seorang guru bahasa Inggeris terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 347.6 gram pada April tahun lalu.Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membebaskan Abdul Karim Mohammad, 40, tanpa dipanggil membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd. Yazid menjelaskan, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah berkenaan adalah milik tertuduh selain gagal membuktikan bilik nombor empat tempat dadah berkenaan ditemui adalah dihuni oleh tertuduh. - utusan



::: Yang sebenarnya nie Cikgu saya yang mengajar Bahasa Inggeris