Tips Menjadikan Bilik Air Kecil Kelihatan Lebih Besar
-> Penggunaan skema warna lembut memberi ilusi ruang lebih luas. Elakkan penggunaan warna garang dan terang.
![]() |
Skema warna cerah |
-> Pilih aksesori bilik air daripada tona warna cerah supaya ia dapat menjadikan ruang lebih selesa dan lega serta mengurangkan impak berserabut.
![]() |
Aksesori ringkas |
![]() |
Pilih aksesori cerah bagi kamar mandi |
-> Pencahayaan menyeluruh serta serata menjadikan ruang lebih terang. Cahaya suram akan menjadikan ruang tampil gelap serta kelihatan sempit.
![]() |
Pilih pencahayaan yang bijak |
-> Penggunaan lampu dinding tambahan juga digalakkan, tetapi pastikan hanya satu lampu dengan rekaan ringkas sahaja yang menjadi pilihan. Jika tidak keadaan akan tampil lebih sesak.
-> Kurangkan pengunaan rak bergantung yang terbuka bagi meletakkan perkakas di bilik mandi. Seeloknya susun barang tersebut dalam tempat tertutup supaya susunannya yang padat tidak kelihatan.
![]() |
Pilih menggunakan rak bertutup yang praktikal |
-> Bina tingkap cermin lebih luas dan labuh supaya dapat memberi impak penyerapan bahagian luar. Ini supaya ruang kelihatan lebih lega serta tidak terkepung dengan dinding.
![]() |
Binaan tingkap besar |