Pages

Tuesday, November 29, 2011

Jaminan Najib,BN tidak akan melaksanakan Hukum Hudud

BULETIN Utama di stesen TV propaganda TV3 Al-Musyrikin menyiarkan jaminan Najib bahawa BN tidak akan melaksanakan Hukum Hudud, walaupun beliau mengakui ia adalah hukum tuhan.

Sepatutnya kenyataan seperti ini keluar dari mulut-mulut Chua Soi Lek, atau Karpal Singh, atau Koh Tsu Koon. Tapi nampaknya ia keluar dari mulut Perdana Menteri.

Mengaku Hukum Hudud adalah undang-undang tuhan, tapi beliau memberi jaminan Barisan Nasional tidak akan melaksanakannya. Jadi untuk apa undang-undang tuhan diakui kalau tak mahu dilaksanakan?

Adakah undang-undang tuhan hanya sekadar catatan dalam Al-Quran dan bukan untuk diamalkan? Sama seperti mengaku tuhan suruh arahkan isteri menutup aurat, tetapi tidak mahu laksanakan.

Ini pendapat Ustaz Azhar(TERENGGANU) bagi orang yang menolak hukum hudud