Pages

Saturday, February 2, 2013

Kenapa Orang India Tak Makan Daging Lembu?



Ramai dari kita termasuk penganut agama Hindu mempercayai bahawa lembu tidak di makan oleh penganut agama Hindu kerana lembu adalah salah satu Tuhan bagi penganut agama hindu. Tetapi ini suatu tanggapan yang salah….

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu “Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Apabila seorang bayi lahir ke bumi ini, hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu , bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina di hormat sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan. Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan di hormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Monday, January 28, 2013

Ingin Tahu Bagaimana Rupa Pejabat Facebook? Mari Sini Singgah (11 Gambar)




Siapa yang tidak kenal dengan sosial media yang satu ini? Nampaknya hampir semua anak remaja di dunia sudah mengenali laman sosial media ini dan juga pasti pada setiap satunya mempunyai akaun facebook. Tapi pernahkah anda terbayangkan bagaimana suasana pekerja di pejabat Facebook? jika belum, berikut adalah liputannya yang saya kutip dari BlogZaim.com.


Suasana Pejabat Facebook dibuat sangat nyaman untuk membantu meningkatkan kreativiti para pekerjanya.



Bilik ini dibuka selama 24 jam. Pekerja dipersilakan untuk membuat minuman sendiri. Disini tersedia juga snack atau makanan ringan untuk kudapan.

Kantin selalu ramai ketika makan waktu siang. Para karyawan Facebook disediakan makan tiga kali sehari. 

Disediakan pula meja catur atau meja untuk bermain bola pingpong sebagai salah satu pilihan rekreasi. 

Guitar Hero dan Xbox 360 merupakan pilihan kegemaran untuk melepaskan kepenatan bekerja di ruang hiburan di pejabat Facebook.


Sejumlah pegawai Facebook berasal dari berbagai negara yang sengaja dipekerjakan di Facebook pusat di AS. Mereka membantu menterjemahkan laporan Facebook ke dalam 70 bahasa.



Sunday, January 27, 2013

Kenapa Islam Ada Banyak Mazhab ?



1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

2. Seperti yang diketahui ramai,
islam ada banyak mazhab dalam bab fiqh..tapi yg kekal hingga skrg ada 4 sahaja..yg lain tidak kekal kerana tiada anak murid yg menyambung mazhab mereka.. Tu pun ada juga pendapat2 mereka diguna hingga skrg... mazhab yg terkenal skrg ialah, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi.

3. Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam ada byk mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

4. Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

5. Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

6. Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.

7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

8. Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

9. Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua panas.

10. Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?

11. Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan? Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.

12. Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?

13. Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.

14. Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talfiq (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali:Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

15. Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

16. Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.

sumber

Saturday, January 26, 2013

Soalan Sukar – 98% Orang Di Dunia Tak Dapat Jawab?



Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??


Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

sumber

Baldwin Street, Jalan Paling Curam Di Dunia



Baldwin Street, terletak di bahagian pinggir bandar Dunedin di selatan New Zealand, merupakan pemegang rekod dunia Guinness sebagai jalan paling curam di dunia. 



Ia terletak di pinggir North East Valley, 3.5 kilometer di timur laut pusat bandar Dunedin. Pada tahap maksimum,kecerunan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) - iaitu, untuk setiap 2.86 meter perjalanan secara mendatar, ketinggian akan meningkat sebanyak 1 meter. 








Friday, January 25, 2013

Kisah Lelaki Tonton Video Lucah Gagal Masuk Ke Masjidil Haram


Salah satu kisah menarik yang cukup baik untuk kita mengambil ikhtibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidil Haram.

gambar hiasan


Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya , jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya. Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.

Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.

Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.

Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu
bersetuju.

Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan. Filem lucah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah.

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari.

Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubaati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.

p/s : ini kisah benar dari Dato Dr Harun Din…..

Tidur Tanpa Bantal Baik Untuk Kesihatan



Tahukah anda tidur tanpa mengunakan bantal sebenarnya sangat baik untuk kesihatan? Para pakar kesihatan dewasa ini sangat menggalakkan ibu bapa serta bayi untuk tidak memakai bantal ketika sedang tidur. Berikut beberapa kebaikan tidur tanpa menggunakan bantal:

1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah faktor utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.

2. Mencegah kerutan di wajah dan membuat awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalamai kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.

3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur dengan punggungnya memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.

4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Seperti halnya bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal yang mengganjal kepalanya. Sehingga membuat bantal tersingkir dengan sendirinya dari kepalanya dan akhirnya bayi lebih selesa tertidur tanpa bantal. Bayi pun memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualitas dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mulai biasakan tidur tanpa bantal.

sumber