Pages

Friday, March 9, 2012

Antara Cara Halus Yahudi Menyesatkan Umat Islam

Mungkin ada dikalangan kita mengatakan ini semua satu kebetulan,sedangkan hakikatnya inilah perancangan teliti Yahudi,tanyalah diri sendiri samada kita pernah ditewaskan atau tidak dengan senjata-senjata ini :
Cara Halus Yahudi Menyesatkan Orang Islam
SEX
SEX
Lagi satu kegilaaan remaja atau orang tua.Sex ada dimana-mana,di kaca tv ,dalam filem,dalam iklan.Babak sex memang lumrah.Malah ada penerbit filem yang sudah berani memaparkan adegan berbikini di kolam renang.Ada pula yang lebih berani merakamkan adegan seks diri sendiri kononya untuk tatapan peribadi dan berkongsi dengan kawan menyaksikannya. Lagi sekali Yahudi Laknatullah berjaya.
SMOKE
Rokok
Rokok menjadi kegilaan para remaja dan sekarang ini remaja perempuan semakin berani menghisap rokok di khalayak ramai.Kononya merekalah yang ‘up to date’.Dulu perempun yang merokok ini adalah golongan pelacur atupun penari kabaret
SPORTS
Sport
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Mereka sama -sama berlumba untuk mencari nama hinggakan bola sepak wanita turut di adakan.Bila bersukan tutup aurat jauh sekali. Sembahyang pun selalu ‘miss’. Bukan sahaja pemain,malahan yang menonton.
FUN
FUN
Hiburan dimana -mana.Kita dapati makin banyak pusat hiburan yang melalaikan di buka. Malahan makin ramai di panggil artis-artis luar negara untuk menghiburkan. Ada juga hiburan yang mengenakan syarat membeli minuman keras untuk melihat konsert seseorang artis
FASHION
Fashion
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam,sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka tidak menutup aurat. Pakai tudung tapi berbaju ketat yang kadang -kadang menampakkan pusat.Yahudi ketawa lagi …umat Islam dah hampir sama macam dia..
FOOD
FOOD
Banyak makanan yang diragukan status halalnya dijual dipasaran kita.Kita berbangga dengan makan barat seperti fast food dan buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina.Bila makan benda haram ,macamana iman nak mantap,maka lahirlah generasi umat Islam yang berfikiran macam Yahudi.
Walaupun nampak remeh tapi inilah cara-cara halus Yahudi merosakkan hati generasi umat Islam.

4 Tumbuhan Mengubati Darah Tinggi

Setiap tumbuhan yang dijadikan oleh-Nya tentu mempunyai khasiat tersendiri. Cuma mungkin kita saja yang kurang tahu mengenainya. Justeru, saya kongsikan beberapa jenis tumbuhan yang dikatakan berupaya mengurangkan atau mengubati tekanan darah tinggi anda.





1. Pegaga
Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda. Selain itu, amalan meminum jus pegaga membantu anda kelihatan awet muda.

2. Pucuk Betik
Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.

3. Daun Sambung Nyawa
Satu lagi tumbuhan yang boleh anda jadikan sebagai ulam-ulaman ialah daun sambung nyawa. Andai memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan macam nak muntah.

Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.



4. Daun Tenggek Burung
Anda yang menghidapi darah tinggi boleh buat daun tenggek burung ni sebagai ulam. Lawan pula dengan sambal belacan. Mmmm... memang sedap.

Di samping darah tinggi, ia membantu melancarkan perjalanan darah anda juga.

Orang Melayu yang menghina Allah SWT

Korang jangan terkejut. Ini orang melayu beb. Orang neh dipercayai dilahirkan sebagai islam. Dan diberitakan bahawa emak dia bertudung litup [info rakan fb. Betul ke tak betul aku taktahu]. Lihat gambar di bawah neh :

Baca lah komen2 yang menyakitkan hati di bawah neh pula
Alquran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Almaklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa2 suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Alquran dia koyakrabakkan dan sebar di twitter.


Misi melepaskan kemarahan lah tue. Tah hapa2. Allah swt soal ko balik di akhirat sana nanti weh. Di dunia memang lah ko bangga2 kutuk2 Allah swt, Alquran dan Nabi saw.
Lihat bawah neh pula

Ko nak murtad [andaian sahaja] ka apa ka, tak boleh ka jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko neh. Lihat kat bawah lagi

Mengaku bangsa melayu pula tue. Dia yang rosak, dia kata kita pula rosak. Ada ramai orang murtad di malaysia. Tapi tak semua mereka menghina islam. Mereka murtad tapi mereka diam2. Yang budak neh, dah lah dipercayai murtad, bising2 pula segala bagai..
Ejek2 orang dengan aksi ****h dan upload di internet. Konon nya nak perli orang yang beragama lah tue. Maybe gak dia nak menghina orang yang bertudung, etc. Dan makian terhadap Allah swt dah jadi macam kewajipan dia pula. Tak habis2. Macam marahkan sesuatu. Hairan aku.
Kalau yang neh aku tengok memang ada ciri2 hajjah sitt lah dari segi gaya bahasa dan segala bagai. Perangai pun semacam dan kaki mencarut2 no 1. Sejibik macam hajjah sitt. Tapi dia neh orang singapore. Bukan orang malaysia. Hobi dia memang maki Allah swt. Dan dengan citer persatuan orang islam singapore sedang memerhatikan dia.

Nota : Nama dia macam nama orang islam. Sebab itu aku gunakan perkataan murtad. Andai salah sila betulkan. Dan lagi satu gambar2 dia tue original. Bukan di edit. Gambar2 tue dipetik dari fb + twitter dia dan digabungkan dengan komen2 dia yang menghina islam….

Perbandingan harga Carrefour vs supermarket biasa

Ini research yang ku buat sendiri, bandingkan harga barang pampers Huggies dan susu Dutch Lady di hypermarket Carrefour dan di supermarket Darussalam, presint 9, Putrajaya.
Harga hypermarket ‘cut price’ Carrefour (berubah-ubah mengikut promosi ‘Harga Rendah’)
Susu Dutch Lady: RM5.00 – RM6.00
Lampin Huggies (M/L/XL): RM35.00 – RM47.00
Harga supermarket Darussalam presint 9, Putrajaya
Susu Dutch Lady: RM4.45
Lampin Huggies (M/L/XL): RM29.50

Gambar diambil di supermarket Darussalam, Presint 9.
Korang boleh tengok sendiri harga 2 barang nih di mana-mana Carrefour.
Just my research on these 2 items. Jadilah pengguna bijak, jangan kena tipu dengan promosi ‘Sale’ atau ‘Harga Terendah’ :)

Kelebihan Hamba yang Banyak Berdoa


DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

4 Pertanyaan Di Padang Mahsyar


Setiap Muslim wajib mengenai Hari Akhir atau Hari Kiamat. Bahkan hal itu merupakan rukun iman yang kelima. Di dalam hadis-hadis shahih diterangkan bahwa setelah dunia ini hancur, manusia yang di dalam kubur dibangkitkan dan semua akan dikumpulkan oleh Allah di Padang Mashyar. Siapkah kita menghadapi peristiwa tersebut? Apa saja yang akan terjadi pada saat itu?

Pada saat itu manusia akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah Ta’ala tentang segala macam yang telah dilakukan selama hidup di dunia ini. Pada hari itu tidak berguna harta, anak, tidak bermanfaat apa yang dibanggakan selama di dunia ini. Pada hari itu hanya ada penguasa tunggal, iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan berbagai macam nikmat kepada manusia, kemudian Dia menyuruh menggunakan nikmat tersebut sebaik-baiknya dalam rangka mengabdi kepada-Nya.

Kerana Allah telah menganugerahkan nikmat-nikmat itu kepada manusia, maka sangat wajar apabila Dia menanyakan kepada manusia untuk apa nikmat-nikmat itu digunakan.
Dalam sebuah hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

”Tidaklah bergeser kedua kaki seorang hamba (menuju batas shiratul mustaqim) sehingga ia ditanya tentang umurnya, untuk apa ia habiskan, ilmunya untuk apa ia amalkan, hartanya darimana ia peroleh dan kemana ia habiskan, dan badannya untuk apa ia gunakan.” (HR Tirmidzi dan Ad-Darimi).

1 Umur

Umur adalah sesuatu yang tidak pernah lepas dari manusia. Bila kita berbincang-bincang tentang umur, maka berarti kita berbicara tentang waktu. Allah dalam Al-Qur’an telah bersumpah dengan waktu: ”Demi masa”, maksudnya agar manusia lebih memperhatikan waktu. Waktu yang diberikan Allah adalah 24 jam dalam sehari-semalam. Untuk apa kitagunakan waktu itu? Apakah waktu itu untuk beribadah atau untuk yang lain, yang sia-sia?

Keadaan umat Islam saat ini sangat memprihatinkan. Ada di antara mereka yang tidak mengerti ajaran agamanya dan ada yang tidak mengerti ilmu pengetahuan umum. Bahkan ada di antara mereka yang buta huruf baca tulis Al-Qur’an. Bila kita mau meningkatkan iman dan amal, maka seharusnyalah kita bertanya kepada diri masing-masing. Sudah berapa umur kita hari ini dan apa yang sudah kita ketahui tentang Islam, apa pula yang sudah kita amalkan dari ajaran Islam ini? Janganlah kita termasuk orang-orang yang rugi.

2. Ilmu

Yang membedakan antara Muslim dan kafir adalah ilmu dan amal. Orang Muslim berbeza amalannya dengan orang kafir dalam segala hal, dari mulai kebersihan, berpakaian, berumah tangga, bermuamalah dan lain-lain. Seorang Muslim diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya agar menuntut ilmu. Allah berfirman:

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (QS Az-Zumar [39] : 9)

Ayat ini kendatipun berbetuk pertanyaan tetapi mengandung perintah untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu agama hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim, misalnya tentang membersihkan najis, berwudhu yang benar, cara shalat yang benar dan hal-hal yang dilaksanakan setiap hari. Karena bila ia tidak tahu, maka amalannya akan tertolak, dan Allah akan bertanya kenapa ia mengikuti apa yang tidak ia ketahui, seperti dalam firman-Nya:

”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (QS Al-Isra [17] : 36)

Ilmu yang sudah dipelajari oleh umat Islam harus digunakan untuk kepentingan Islam. Ilmu yang sudah dituntut dan dipelajari wajib diamalkan menurut syariat Islam. Ilmu tidak akan berarti apa-apa dalam hidup dan kehidupan manusia kecuali bila manusia mengamalkannya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

”Beramallah kamu (dengan ilmu yang ada) kerana tiap-tiap orang dimudahkan menurut apa-apa yang Allah ciptakan atasnya.” (HR Muslim)

3. Harta

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
”Bagi tiap-tiap umat itu fitnah dan sesungguhnya fitnah umatku adalah harta.” (HR At-Tirmidzi dan Hakim)

Harta pada hakikatnya adalah milik Allah. Harta adalah amanat Allah yag dilimpahkan kepada umat manusia agar dia mencari harta itu dengan halal, menggunakan harta itu pada tempat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Bila kita amati keadaan umat Islam saat ini, banyak kita dapati di anara mereka yang tidak peduli lagi dengan cara mengumpulkan hartanya, apakah dari jalan yang halal atau jalan yang haram. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah meramalkan hal ini dengan sabdanya:

”Nanti akan datang suatu masa, di masa itu manusia tidak perduli dari mana harta itu ia peroleh, apakah dari yang halal atau dari yang haram.” (HR Al-Bukhari)

Setiap Muslim harus hati-hati dalam mencari mata pencarian hidupnya kerana banyak manusia yang terdesak masalah ekonomi lalu ia hingga tidak perduli lagi dari mana harta itu ia peroleh.

Ada yang memperoleh harta dari usaha-usaha yang batil, misalnya hutang tidak dibayar, rasuah, riba, merompak, berjudi dan lain sebagainya. Orang yang mencari usaha dari yang haram akan mendapat siksa dari Allah, seperti disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

”Barangsiapa yang dagingnya tumbuh dari barang yang haram, maka Neraka itu lebih patut baginya (sebagai tempat).” (HR Al-Hakim).
Harta yang kita dapat dengan cara yang halal harus pula kita infaqkan pada jalan yang benar pula. Bila tadi disebutkan bahwa harta itu milik Allah, maka wajib pula kita gunakan harta itu untuk dalam rangka menegakkan kalimat Allah di muka bumi ini.

4. Badan

Manusia merupakan mahluk yang paling sempurna yang diciptakan Allah di muka bumi ini. Dengan kesempurnaan susunan tubuh serta akal fikiran yang diberikan Allah, manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi, manusia dibebani taklif agar dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Jasmani manusia ini dituntut bekerja untuk melaksanakan fungsi khalifah dalam rangka mengabdi kepada Allah.

 Letihnya manusia dalam melaksanakan ibadah kepada Allah mendapat ganjaran pahala. Tetapi bila letihnya dalam rangka bermain-main, mengerjakan maksiat, perbuatan sia-sia, beribadah dengan yang tidak dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, maka sia-sia letihnya itu, bahkan ada yang akan dibalas dengan api Neraka, kerana mereka termasuk orang-orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam:

”Tiap-tiap amal (pekerjaan) ada masa-masa semangat dan tiap-tiap masa semangat ada masa lelahnya, maka barangsiapa lelah letihnya karena melaksanakan sunnahku, maka ia telah mendapatkan petunjuk, dan barangsiapa yang letihnya bukan kerana melaksanakan sunnahku, maka dia termasuk orang yang binasa.” (HRAl-Hakim dan Al-Baihaqi).

Demikianlah, pada hari mashyar masing-masing manusia akan diminta pertanggungjawabkan atas segala perbuatan yang telah dikerjakannya selama hidupnya di dunia. Sudah siapkan kita menjawab pertanyaan-pertanyaan itu? Kalau belum, bila lagi kita mempersiapkan diri kalau tidak sekarang?

Tidak Akan Masuk Syurga Orang bersifat Sombong

 

TAWADUK bererti, merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata'ala. Dia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Dia akan sentiasa mengasihi sesame makhluk maka dia pula akan dikasihi.

Orang yang mempunyai sifat tawaduk adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Dia dalam apa keadaan pun, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya.

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat takbur iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka". 

Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombpng dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : 

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi". 

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan suka menunjuk-menunjuk atau meng'highlight' amal ibadat atau amal kebaikan dan kebajikan yang dikerjakannya. Hatinya sentiasa ikhlas melakukan sesuatu dan melakukan sesuatu itu bukan kerana riak atau dengan niat untuk mendapatkan sebarang imbalan atau ganjaran seperti mendapatkan keuntungan wang ringgit, untuk mendapatkan pujian,mencari pangkat dan kedudukan, mencari nama, pengaruh dan seumpamanya. 

Orang yang bersifat tawaduk akan merasa bahawa segala kelebihan, segala kenikmatan yang dimilikinya seperti kekayaan harta benda dan wang ringgit, ilmu pengetahuan, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu adalah nikmat kurnia daripada Allah Subahanahu Wata'ala hasil daripada ikhtiar dan usahanya sendiri namun dia tidak akan memuji dirinya sendiri atau merasai dirinya lebih daripada orang lain, dia tidak akan memandang dirinya sahaja yang hebat, dirinya sahaja yang benar. 

Malah orang yang bersifat tawaduk akan sentiasa muhasabah diri, akan sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan diri, sentiasa ingin belajar, menerima teguran orang, bertanya ataupun mengambil faedah daripada orang lain walaupun orang itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri. 

Begitulah mulianya orang yang mempunyai sifat tawaduk. Bersederhana di dalam kehidupan termasuklah dari segi penampilan diri dan sifat peribadi. Mulia di sisi agama, mulia disisi sesama manusia. Namun ramai dari kita tidak mengetahui tentang kewajipan bersifat tawaduk ini. Malah, sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih bersifat menunjuk-nunjuk, membesar-besarkan diri, bersifat takbur, riyak dan ujub walaupun sifat-sifat yang sedemikian itu amat dibenci oleh Allah Subahanahu Wata'ala. 

Menurut Rasulullah Sallallahun Alaihi Wasallam, Allah Subhananu Wata'ala akan mengurniakan empat perkara kepada orang yang dikasihi-Nya sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabarani dan Al-Hakim daripada Anas, yang bermaksud : 

"Empat perkara yang tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya iaitu (orang yang) diam (yang menunjukkan) bahawa itu adalah permulaan ibadat, bertawakal kepada Allah, merendahkan diri dan zuhud di dunia (meninggalkan kepentingan dunia)" . 

Orang yang tawaduk akan mendapat rahmat daripada Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Asfahani daripada Anas, yang bermaksud : 

"Merendah diri itu tidak menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka hendaklah kamu merendah diri supaya dicurahi rahmat oleh Allah".