Pages

Friday, December 14, 2012

Subhanallah!! Lelaki dengan wajah bercahaya dirakamkan di dalam Masjid Nabawi


Subhanallah. Saya terbaca satu entri dari blog otai kegemaran saya iaitu Encik Tao Tau Ajer. Di mana entri itu ada satu video di mana satu susuk lelaki yang bercahaya terakam ketika siaran langsung solat jumaat. Ketika itu khutbah sedang dibacakan. Siapakah lelaki yang bercahaya itu? Jom kita tengok videonya sama-sama.


Apa pendapat korang semua? Adakah lelaki itu kelihatan bercahaya kerana pantulan cahaya matahari? Atau apakah lelaki itu adalah malaikat yang menjelmakan diri menjadi manusia, kerana malaikat dicipta oleh Allah daripada cahaya dan mampu menjelma menjadi manusia. Wallahualam.

Bola Gergasi Bahtera ‘Kiamat’

BOLA GERGASI...Liu membina ‘Bahtera Noh’ dilengkapi pelbagai keperluan.
BEIJING: Berdasarkan kalendar Mayan, kiamat akan berlaku 10 hari lagi.

Berikutan itu, sesetengah pihak yang percaya kepada ramalan itu cuba mencari jalan untuk menghadapi bencana berkenaan. Seorang petani di China percaya, dia mampu menghadapi sebarang malapetaka selepas membina tujuh ‘bola gergasi’ yang mampu menyelamatkannya dalam keadaan darurat. Liu Qiyuan menyiapkan alat itu yang digelar ‘Bahtera Noh’ menggunakan gentian kaca selepas mendapat ilham daripada filem Hollywood, 2012.

Kata Liu, dia membina Bahtera Noh itu di halaman rumahnya di Qiantun, Hebei menggunakan rangka besi.

“Alat ini boleh dijadikan tempat berlindung ketika berlaku bencana alam seperti tsunami atau taufan,” katanya.

Liu mencipta Kapal Noh itu supaya boleh terapung di atas air serta dilengkapi pendayung. Turut dipasang, pelbagai bentuk tangki oksigen, tali keledar serta ruang yang mencukupi untuk 14 orang.

Kata Liu, Kapal Noh itu dibina dengan teliti supaya kedudukannya stabil ketika terapung di atas air. “Saya harap ciptaan ini dipelajari pihak yang berkenaan, termasuk jabatan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa supaya boleh digunakan ketika sesuatu tempat dilanda tsunami atau gempa bumi,” katanya. Walaupun boleh terapung, ciptaan Liu itu agak berat dan empat lelaki dewasa diperlukan untuk menggerakkannya.

Awal tahun ini, seorang ahli perniagaan China, Yang Zongfu mendedahkan alat keselamatannya bagi menghadapi bencana alam bernilai hampir RM740,000.

Menurut Yang, alat bulat berwarna oren itu mempunyai ‘simpanan dan penyambung hidup’ mencukupi untuk satu keluarga tiga orang selama 10 bulan. - DM
sumber

Sunday, December 9, 2012

Menarik! ! 10 Tempat Aneh Dan Ajaib


Di beberapa bahagian di atas dunia ini kedapatan tempat-tempat yang unik dan aneh yang jarang ditemui di mana-mana di atas dunia - hanya di situ. Ia menjadikan kita seperti berada di planet lain.

Ia adalah tanda-tanda kebesaran Ilahi yang tidak dapat ditandingi oleh makhlukNya. Ia mengajak kita untuk merenung nikmat Allah yang banyak dan entah bila kita akan dapat menyaksikannya dengan mata kepala sendiri, namun alam siber memungkinkan kita untuk melawatinya secara maya. Inipun sudah merupakan satu nikmat yang tak terhingga dari Dia.

1. Dry Valleys - Antartika


Lembah Kering di Antartika ini memiliki lantai berupa kerikil, dan dikatakan bahawa pemandangan yang anda dapat saksikan di tempat ini tidak jauh jadi pemandangan di Marikh. Pemandangan yang luar biasa ini akan anda temukan di Antartika, dan sama sekali tidak mendapat salji, sekaligus merupakan satu-satunya tempat tanpa ais di Antartika. Kdang-kala di dasar lembah ini terdapat danau ais yang tebalnya mencapai beberapa meter. Dan dibawah danau ini, terdapat air yang sangat masin, dan yang lebih ajaib lagi, ternyata di dalam air tersebut ada makhluk hidup yang boleh hidup!

2. Socotra Island - Lautan Hindi

Jika anda berkesempatan mengunjungi pulau ini, anda boleh dengan mudah berbohong bahwa anda baru saja diculik Alien, pemandangan Pulau Socotra yang sudah terpisah dari benua terdekat, benua Afrika selama 6 atau 7 Juta tahun ini, sangat unik. Apalagi di pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia.

Tapi jangan berharap boleh tinggal, iklim dipulau ini sangat keras, panas, dan kering banget. Pantai di pulau ini banyak sekali terdapat gua, bahkan salah satu gua mencapai panjang 7 km, dan gunung di pulau ini mencapai tinggi 1525 meter, dan bahkan beberapa tanaman usianya mencapai 20 juta tahun.

3.Rio Tinto - Sepanyol

Lombong terbuka Rio Tinto ini menampilkan pemandangan yang luar biasa indah plus aneh, sehingga pemandangan yang ada semakin mirip dengan bulan. Pertumbuhan dari lombong ini tidak hanya memakan gunung dan lembah yang ada, bahkan sampai semua penduduk desa di dekat tambang tersebut harus dipindahkan ke kota terdekat. Air merah di sungai Rio Tinto ini sangat masam dan tinggi kandungan logam beratnya.

4. Klikuk, the Spotted Lake - Kanada

Pada saat musim panas, air di danau ini, berwap dan meninggalkan mineral yang ada mengkristal, dan membentuk berbagai kolam kecil dengan berbagai warna, yang pada umumnya adalah biru dan hijau. Kandungan mineral yang ada dalam air dan lumpur sangat membantu mengurangi rasa sakit, sehingga suku Indian setempat sering menggunakan tempat ini sebagai tempat untuk merawat anggota mereka yang terluka.

5. Salar de Uyuni - Bolivia

Adalah tempat yang mungkin paling indah (sekaligus aneh) di dunia. Daerah dengan padang garam terbesar di dunia, termasuk juga gunung berapi yang aktif, dan dataran geyser, dengan berbagai fatamorgana unik yang membuat anda merasa tinggal di planet lain.

6. Vale da Lua - Brazil

Terjemahan dari nama tempat ini adalah Lembah Bulan, yang merupakan lembah batu yang terkikis air, dan meninggalkan banyak 'kolam renang alami'. Batuan yang ada di lembah ini adalah batuan tertua di dunia, yang dibentuk dari quartz dengan pinggiran berupa kristal.

7. Blood Pond Hot Spring - Jepun


Mata Air Panas Kolam Darah, adalah salah satu 'neraka' di Beppu, Jepun. Sembilan mata air panas alami yang muncul ditempat ini sangat indah, tapi mungkin tidak untuk mandi. 'Neraka kolam darah' ini memiliki air dengan warna merah akibat kandungan besi di dalamnya. Serasa di Mars ya?

8. The Stone Forest - China

Hutan Batu yang dalam bahasa aslinya dibaca Shilin, adalah batuan alami yang dibentuk dari air yang terus menerus menggelegak menerpa permukaan dan mengikis bebatuan yang ada dan meninggalkan bentuk berupa tiang-tiang alami. Daerah ini ternyata dikenal semenjak dinasi Ming dan dianggap sebagai 'Keajaiban Dunia Pertama'

9. The Richat Structure - Mauritania

Permukaan tanah yang luar biasa ini berada di bahagian Barat Daya gurun Sahara, dan disebut sebagai Richat Structure, dan begitu besar (diameternya mencapai 50km) sampai dapat dilihat dari luar angkasa. Bentuk lingkaran yang ada juga masih belum dapat dijelaskan oleh para ilmuwan

10. Eisriesenwelt Ice Caves - Austria


Gua Ais ini berbeza sekali dengan gua biasa. Sekali anda masuk, panahan cahaya yang ada akan membuat anda merasa tidak sedang berada dalam planet ini, tapi sedang menjelajah ke planet lain. Gua Eisriesenwelt ini adalah gua terbesar yang ada dan dapat mencapai panjang 40km.

Friday, December 7, 2012

Gambar-Gambar Israel Ketakutan Diserang Roket Pejuang Islam

Ketakutan kian melanda wilayah wilayah isreal apabila penduduk haram israel zionis kini mula tidur di dalam terowong terowong dan lari ke tengah negara haram israel, ini rentetan berlakunya serangan balas dari hamas yang menembak jatuh sebuah jet pejuang takut mati tentera israel.


Saksikan beberapa gambar yang sempat di rakam.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.






Thursday, December 6, 2012

Bukti Kebenaran Al Quran Di Puncak Everest


Berdasarkan kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .

Lebih 60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .

Satu fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi , menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .

Allah berfirman dalam surah al – An ‘am : 88

” Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya , padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan . “
Ternyata , apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !


Bukan itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua serta lautan yang ada pada hari ini .

Rakaman satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5 juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu membentuk Laut Merah .

Didapati juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika . Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 6 sentimeter / tahun .

Bukankah penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar , sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400 tahun Rasulullah mengungkapkannya ?
sumber

Wednesday, December 5, 2012

Jom kenali Tokoh Ulama' Kelantan - Tok Kenali


Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dan lain-lain. Guru pondok yang sangat dihormati bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan sebutan ramai.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1870M ini ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani.

Menuntut di Makkah selama 22 tahun. Sangat alim dalam ilmu tatabahasa arab (nahu/soraf), malah beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya penulisan yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis yang berwibawa, bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan.

Antara murid-murid jempolannya termasuklah:
Haji Mat Jebeng, Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot.

Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato' Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato' Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Pattani).

Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri iaitu Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd Saleh Kenali (menetap di Makkah) juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar.

Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai negeri Serambi
Mekah itu sangat berkait rapat dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.

Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi hari Ahad, 2 Syaaban 1352H bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

Tuesday, December 4, 2012

Malaysia Negara Ke-8 Paling Bahagia


Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

"Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagian masyarakat," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan PDRM ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di sini, hari ini.

Justeru katanya, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia.— BERNAMA