Pages

Saturday, December 1, 2012

Satria Neo R3 Bakal Dilancarkan Oleh Proton


Proton Satria Neo R3 terbaru merupakan model yang dinaik taraf daripada model Proton Satria Neo CPS yang kini hadir dengan kit badan dan aksesori eksklusif daripada R3. Nantikan pelancaran Satria Neo R3 terbaru pada hari Khamis nanti.

Proton satria neo ini telah siap dipasang dengan sport rim R3 yang sesuai dengan neo. Rim ini bersaiz 16 inci. megikut maklumat yang saya dapat, bahagian enjin tidak menerima sebarang perubahan, ianya masih menggunakan eijin cps.

Bahagian luaran amat garang dan sesuai bagi remaja. Kereta ini amat bersusuain bagi penuntun IPTA dan IPTS. 

Tengok Gambar di bawah:

Hamas Berjuang Untuk Mati Sementara Askar Israel Takut Mati. Inilah Yang Terjadi.


Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.

Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer.

Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.

Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "apa yang kamu buat di tempat perlindungan, sampai begitu terukkan keadaan kamu semua?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.
sumber

Cara Israel Ajar Kanak-Kanak Bencikan Islam Dan Palestin


Konflik Israel dan Palestin memang mengorbankan ramai mangsa. Penyebab konflik ini tidak selesai hanya dalam sehari semalam dan telah berlarutan selama bertahun-tahun. Sebenarnya, Israel melakukan banyak cara untuk mendidik generasi mudanya (khususnya kanak-kanak) agar kekal membenci orang arab dan golongan islam. Contohnya tv Israel Channel 1 mengadakan acara pendidikan anak-anak dimana anak-anak berusia 3-4 tahun diajak menyanyi dengan gembira. Salah satu lirik yang diajarkan adalah: “Makanan paling sedap adalah daging orang Arab, minuman paling sedap adalah darah orang Islam”.

Dan salah satu bahagian dari acara pendidikan tersebut adalah mengajarkan anak-anak Israel menulis "surat cinta" bagi sahabat mereka di Palestin di peluru/bom yang akan dijatuhkan di Palestin. Dan banyak hal lain yang tidak baik untuk diungkapkan. Sanggupkah kita? Perang memang sangat kejam. Apa salahnya kita hidup damai dan berbaik, bukankah kita ini sama-sama makhluk ciptaan Tuhan?

Pelik! Sungai Yang Ada Ombak Macam Laut


Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 10 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

Dalam waktu-waktu tertentu, ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke daratan dan (nyaris) menghanyutkan kereta, walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan. Unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.
sumber

17 Gambar Pelik Yang Hanya Berlaku Di Rusia

Terdapat pelbagai gambar-gambar pelik di dunia ini..Hari ini kita akan tumpu untuk satu negara sahaja di mana ia berlaku di negara Russia. Saksikan semua gambar-gambar ini. 

via BlogZaim.

sumber

Gambaran Keadaan Manusia Berdosa di Padang Mahsyar

padang masyar

Sekadar renungan bersama, semoga ianya menjadi peringatan bagi kita yang sering lalai dan lupa.

Gambaran manusia yang berdosa di Padang Mahsyar:

1. Suka menabur fitnah sesama manusia
Berwajah Kera

2. Suka memberi & menerima rasuah
Berwajah Khinzir

3. Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
Buta Kedua Belah Mata

4. Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain .
Pekak Dan Bisu

5. Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya .
Tubuh Yang Mengalir Nanah & Darah Yang Amat Busuk Serta Menikam Lidahnya Berkali-Kali

6. Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
Badannya Luka Seperti Dihiris

7. Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
Berjalan Terhuyung Hayang Seperti Cacat

8. Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
Berjalan Seperti Mabuk

9. Orang-orang pemakan riba
Rupa Badannya Seperti Khinzir

10. Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

Tidak Bertangan dan Tidak Berkaki

11. Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
Wajah dan Badan Seakan Khinzir

12. Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
Perut Dipenuhi Ular dan Kalajengking Yang Sering Menyengatnya

13. Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
Badannya Sangat Busuk Seperti Bau Bangkai

14. Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
Tidak Berlidah Dan Darah Yang Amat Busuk Mengalir Dari Mulut

15. Suka melakukan zina
Berjalan Kaki Keatas Dan Kepala Kebawah, Darah Dan Nanah Sentiasa Mengalir Dari Kemaluan

16. Suka makan harta anak yatim
Muka Hitam Dan Perutnya Dipenuhi Api

17. Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
Kulit Dipenuhi Penyakit Sopak Dan Kudis

18. Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain
Giginya Seperti Tanduk Lembu, Lidah Terjelir Hingga Keperut, Najis & Air Kencingnya Sentiasa Menagalir Keluar Dari Kemaluan

Wallahu a’lam

Tuesday, November 20, 2012

Gambar-Gambar Adolf Hitler Yang Tidak Pernah Disiarkan



Adolf Hitler sering digambarkan sebagai manusia yang bengis dan kejam. Beliau turut dibawa kepada perspektif pandangan negatif. Namun disebalik gambaran tersebut, manusia ini turut pernah ketawa dan membawa keriangan kepada orang disekelilingnya. Berikut adalah antara foto-foto beliau yang tidak pernah disiarkan oleh media.