Pages

Tuesday, November 13, 2012

20 Gambar Kucing Ditangkap Tepat Pada Masanya



Kucing ninja style. Comel tak kucing ni? Semua nya admin punya kalau nak beli boleh contact admin ye. Hehe. Jom kita tengok lagi gambar kucing-kucing dengan pelbagai aksi yang menarik dengan macam-macam gaya terbangnya yang di bawah kemampuan manusia biasa. Hehe.




















Sumber gambar dari Blog Zaim

Aogashima - Pulau Kecil Di Jepun


Terletak di Laut Filipina dan 358 km selatan Tokyo, Aogashima mempunyai sebuah kampung yang didiami kira-kira 200 penduduk. Gunung berapi di pulau ini pernah meletus dan meragut nyawa beberapa orang penduduk, namun masih terdapat penduduk yang tetap tinggal di sini. Menangkap ikan dan berkebun adalah aktiviti utama di pulau ini.





sumbersumber

Kambing 'Dajal' (Bermata Satu) Gemparkan Penduduk Kampung



SEEKOR kambing yang baru dilahirkan telah menggemparkan penduduk perkampungan Perundurai, Erode, India kerana kecacatan pada bahagian mukanya. Anak kambing tersebut dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata. Tuannya, Kandasamy, berkata sepanjang 10 tahun membela kambing ini adalah pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti ini.

sumber

Sunday, October 28, 2012

Video Gol Pertama Nazmi Faiz Di Beira Mar Juniores Musim 2012-2013

Nazmi Faiz Memakai Jersi No.8


Nazmi Faiz Mansor berjaya mendapatkan sentuhan gol pertamanya sejak main dengan team Beira Mar Juniores (SC Beira Mar U19). Jaringan gol pertama Nazmi Faiz berjaya diperolehi pada minit ke 35 ketika
perlawanan Beira Mar Juniores vs AC Viseu awal pagi tadi. Beira Mar Juniores berjaya menewaskan AC Viseu dengan jaringan 2-0. Jaringan gol kedua juga adalah hasil assist daripada Nazmi pada minit ke 49 dan gol dijaringkan oleh Ricardo Tavares. SC beira Mar U19 terus mengungguli takhta Liga Remaja Divisyen 2 Portugal dengan kemenangan ini dengan 19 mata hasil daripada 6 kemenangan dan 1 seri sepanjang 7 perlawanan liga. JOM tengok VIDEO GOL PERTAMA JARINGAN NAZMI FAIZ DI BEIRA MAR JUNIORES UNTUK MUSIM 2012/2013.


KLIK SINI UNTUK KETAHUI DETAILS KEDUDUKAN BEIRA MAR JUNIORES DALAM LIGA

Saturday, October 27, 2012

Benarkah Pencipta USB Flash Drive Seorang Rakyat Malaysia?



Pada hari ini USB Flash Drive merupakan antara benda yang paling penting dan dianggap sebagai satu keperluan terutamanya pelajar dan pekerja. Jika anda masih ingat lagi pada ketika itu USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?


Penciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.


Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.

sumber

Friday, October 26, 2012

Kalimah Syahadah Terukir Di Cincin Barack Obama



Seorang Pakar Islamologi yang berasal dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang tersebar luas di internet sejak belakangan ini.

Menurut kajian beliau ukiran pada cincin yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.

“Saya membuat kesimpulan bahawa ukiran yang terdapat pada cincin Obama itu adalah kalimah pertama syahadah,” kata Gabriel.

Gabriel menjelaskan bahawa kaligrafi kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbahagi dalam dua bahagian. Pada bahagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif, Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.

Pada bahagian bawahnya pula terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang bermakna ‘Selain Allah’. Lafaz ‘Allah’ ditulis secara separa di atas kata ‘kecuali’.

Jika kedua-dua bahagian cincin obama tersebut dibaca secara sambung, maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.

“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar pas dengan ruang yang ada, “ujar Gabriel.

Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun.

Wallahu ‘alam

Sumber: 

Thursday, October 25, 2012

Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.