Pages

Saturday, August 18, 2012

Keajaiban Pergerakan Arah Lawan Jam

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:
Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.
Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.
Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.
Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel “Rahsia Kaabah”, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam.
Sumber

Cuit Kanan Cuit Kiri Jom Rapatkan Saf

Rapatkan Saf Anda


Fenomena paling 'common' skali kat Malaysia. SAF punya la susah nak rapat. Kadang-kadang dah cuit tiga empat kali pun still renggang jugak. Aduhai, susahnya nak betulkan pemikiran masyarakat kita sekarang.

Aku betul-betul tak faham kenapa orang nak jarak-jarak bila buat saf. Selesa? Nak khusyuk solat? Sorry bro... itu tak boleh dijadikan alasan sebab Nabi sendiri suruh kita rapatkan saf sampai ke tahap BAHU menyentuh BAHU.

Nabi saw. bersabda,
"Luruskanlah oleh kamu Saf-Saf dan sejajarkanlah Bahu-Bahu kamu, Tutupi Celah-Celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Sesiapa menghubungkan saf maka Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya dan sesiapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskan dia daripada rahmat dan pertolonganNya". 
(HR Abu Daud)


Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: 

"Pada waktu solat setiap kami meratakan Bahunya dengan Bahu saudaranya dan Telapak Kakinya (Buku Lali) dengan Telapak Kaki (Buku Lali) saudaranya". 
(HR Bukhari).
 






Dalam hadis yang lain, daripada al-Nu'man bin Bashir telah berkata yang bermaksud: 
"Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: 
"Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu." 
(H.R. Muslim, Abu Daud & al-Tarmidzi)

Imam al-Qurthubi berkata, "Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan". 
(Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm: 443)

Pendapat ini juga dipersetujui oleh Imam al-Nawawi. Beliau berkata, "Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika bersaf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati".

muka satu


Sementara Qadi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan, "Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka)". 

Hal itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (iktidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah keldai.

Imam al-Kirmani menyimpulkan, "Akibat dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya".

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. 

Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian
dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajipan. Juga lafaz 'amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. 


Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jemaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khattab r.a. pernah memukul Abu Uthman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. 
(Ibn Hajar al-Asqalaniy, Fathu a-Bari fi Syarhi sohih al-Bukhari, jld: 2, hlm:447).

Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian". 
(H.R. al-Bukhari)

muka dua


Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas bahawa kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf dalam solat. Solat yang ditunaikan tanpa meneliti kepada kelurusan saf serta tautannya dengan saf-saf yang lain akan menyebabkan hilangnya fadilat solat berjemaah.

Yang paling malang ialah Allah SWT memalingkan wajahnya daripada golongan yang tidak mempedulikan kesempurnaan saf. Sedangkan solat itu ditunaikan untuk menghadap Allah SWT, komunikasi seorang hamba kepada penciptanya secara langsung, tapi malangnya Allah memalingkan Rahmat dan Kasih sayang-Nya.

Sekiranya saf yang dibentuk terputus dari imam tanpa sebarang punca atau alasan syarie, maka solat jemaahnya tidak sah. Lebih-lebih lagi masih ada ruang yang diisi di dalam dewan solat atau yang boleh menggabungkan antara saf-saf dalam masjid atau surau.

Adapun solat mesti dilaksanakan di tempat yang bersih, kerana salah satu syarat sah solat ialah mendirikan solat di tempat yang bersih dari najis.  

Masalahnya sekarang orang datang solat seperti melepaskan batuk di tangga, datang
lewat, duduk tepi kereta atau longkang, bila iqamat mereka solat di mana dia
suka dan senang untuk dia keluar. 


Mereka yang datang betul-betul untuk solat tidak akan buat begitu.

So, jom kawan-kawan.
Kita Cuit Kanan, Cuit Kiri, Ajak Orang Sebelah untuk Rapatkan Saf  :-D

SUMBER

Haram Memakai Emas Bagi Lelaki

http://speakerpecah.blogspot.com

Hadith:
Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”.

Dalam riwayat lain, ditambah perkara yang disuruh mengerjakannya iaitu: menanyakan barang yang hilang dan belum dijumpai.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Huraian Hadith:
1. Melepaskan sumpah orang yang bersumpah bermaksud, melaksanakan apa yang diminta secara bersunggguh-sungguh engkau melakukannya sehingga menyebabkan dia bersumpah, seperti katanya: “Demi Allah, engkau mesti melakukan sekian dan sekian.

2. Lapan perkara yang disuruh oleh nabi SAW iaitu:

  • Memberi salam apabila bertemu.
  • Memenuhi undangan.
  • Memberi nasihat jika diminta.
  • Mendoakan dengan ucapan “يرحمك الله” setelah orang bersin menyebut “الحمد لله”.
  • Menziarahi orang yang sakit.
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  • Menoling orang yang dizalimi.
  • Menanyakan barang yang hilang (menghebahkan)

3. Perkara-perkara yang dilarang oleh nabi melakukannya:

  • Memakai cincin emas bagi lelaki dan bukan bagi perempuan.
  • Minum dengan menggunakan bekas emas dan perak bagi lelaki maupun perempuan.
  • Menggunakan lapik duduk yang diperbuat daripada sutera yang diisi degan kapas atau sebagainya bagi lelaki.
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera dan campuran dengan yang lain, sutera yang dipanggil ‘Istibrak’ dan sutera tebal yang dipanggil ‘Dibaj’ (semuanya bagi lelaki).




Sumber: Jakim

10 Adengan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan


1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas…. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda… Seorang lelaki bekerja di pejabatnya… Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar… Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat… Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang… (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem….
sumber

Kesan Jika Keyboard Tidak Dibersihkan (10 Gambar)

Kali terakhir anda bersihkan keyboard komputer bila ? Gambar di bawah adalah sebagai contoh kesan jika keyboard tidak dibersihkan selama 17 hari. Mungkin ia dapat menyedarkan anda keyboard juga perlu dijaga kebersihannya, kalau tidak berlumutttt!
Letakkan sedikit tanah dan benih + air sebagai bahan ujian.

Friday, August 17, 2012

7 Mitos Sains Yang Tidak Tepat



1. Tidak ada graviti di luar angkasa
Sebenarnya terdapat daya graviti di luar angkasa. Sebab mengapa angkasawan terapung di luar angkasa adalah kerana mereka sedang mengorbit bumi. Mereka jatuh ke Bumi tetapi bergerak ke sisi untuk menghindarinya. Oleh itu, secara teknikalnya mereka selalu jatuh tetapi tak pernah mendarat. Graviti terdapat di seluruh luar angkasa secara virtual (tak dapat dirasakan). Ketika sebuah pesawat ulang alik mencapai ketinggian orbit (Sekitar 250 batu di atas permukaan Bumi), graviti hanya berkurang10%. 

2. Petir tidak menyambar tempat yang sama dua kali
Petir boleh menyambar tempat yang sama lebih dari sekali. Petir lebih memilih tempat-tempat tertentu seperti pokok yang tinggi atau bangunan. Di kawasan lapang yang luas, objek yang paling tinggi mempunyai kemungkinan besar disambar beberapa kali sehingga petir berpindah jauh untuk mencari sasaran baru. Empire State Building disambar petir lebih 25 kali setahun. 


3. Meteor menjadi panas kerana geseran dengan udara di atmosfera
Ketika sebuah meteoroid memasuki atmosfera bumi (menjadi meteor), sebenarnya kelajuan yang memadatkan udara di depan objek yang menyebabkan objek tersebut menjadi panas sehingga kelihatan bersinar jika dilihat dari bumi. Mitos tentang meteor panas ketika tiba di permukaan bumi menjadi meteorit juga adalah salah. Meteorit biasanya sejuk ketika tiba di daratan - dan faktanya sering ditemui dilapisi ais. Hal ini kerana batu tersebut sangat sejuk dari perjalanannya melintasi ruang angkasa sehingga suhu panas ketika memasuki atmosfera bumi belum cukup untuk membakar lapisan terluarnya.

4. Syiling yang dijatuhkan dari tempat yang tinggi mampu membunuh manusia di bawah
Mitos ini sangat umum sehingga menjadi adegan di beberapa filem. Mitosnya adalah apabila anda menjatuhkan syiling dari puncak bangunan tinggi (seperti Empire State Building), syiling ini akan memperolehi kelajuan yang boleh membunuh seseorang jika terkena manusia di darat. Tapi faktanya adalah, aerodinamik sebuah syiling tidak cukup untuk membuatnya berbahaya. Apa yang akan terjadi adalah orang yang terkena syiling tersebut hanya merasa seperti diketuk kepalanya - tentunya mereka selamat dari kejadian tersebut. 

5. Terdapat sisi yang sentiasa gelap di bulan
Sebenarnya, setiap bahagian bulan disinari oleh cahaya matahari pada masa tertentu. Salah faham ini muncul kerana 'sisi tergelap' bulan tidak pernah kelihatan dari bumi. Ini disebabkan oleh penguncian gelombang (locking wave); tarikan graviti bumi terhadap bulan sangat kuat sehingga bulan hanya menampakkan satu sisi sahaja kearah bumi.

6. Makanan yang jatuh ke lantai masih bersih untuk dimakan dalam masa lima saat
Fakta ini tidak masuk akal. Jika terdapat kuman dilantai dan makanan mendarat di atasnya, maka bakteria akan hinggap di makanan tersebut. Memakan kuman dan kotoran tidak semestinya membawa padah kerana mereka membantu kita membina sistem kekebalan tubuh yang kuat.

7. Badan manusia berkecai jika diletakkan di ruang angkasa
Mitos ini adalah hasil dari filem-filem sains fiksyen. Faktanya, manusia dapat bertahan 15 - 30 saat di luar angkasa jika mereka menghembuskan nafas sebelum terpapar tanpa udara (ini mencegah paru-paru meletup dan menghantar udara ke pembuluh darah). Setelah 15 ke 30 saat, kekurangan oksigen menyebabkan pengsan yang membawa kepada kematian kerana kehabisan nafas.

Syiling Paling Mahal Di Dunia


Bukan ini syiling paling mahal di dunia

Sebut cerita syiling-syiling ni teringat zaman raya kecik-kecik dulu. Pada masa tu kalau dapat duit syiling 10 sen ke, 20 sen suka sangat dah. 50 sen tu payah nak dapat apatah lagi 1 ringgit. kalau raya dulu pusing betul satu kampung beraya dengan geng-geng satu kampung. Memang meriah, tapi budak zaman ni tak serupa dulu dah, dok terperok kat rumah je dah. Tak jalan-jalan beraya dah…

Berbalik pada cerita syiling paling mahal di dunia dikatakan dicetak pada tahun 1873 di Carson City, Nevada, Amerika Syarikat.

Berjaya dijual dengan harga USD1.8 bilion dalam lelongan di di Pennsylvania Convention Center di Philadelphia. Ia telah dipunyai kini oleh seorang pembeli yang hanya diketahui identitinya sebagai “No Arrows”.

Inilah rupa syiling paling mahal di dunia tu

Kisah syiling tersebut bermula ketika ianya dihantar ke Philadelphia untuk diuji dan dileburkan bersama syiling lain tapi telah diambil oleh seseorang untuk dijadikan cenderamata. Kini syiling tersebut muncul kembali dengan harga berbilion dan kini dalam koleksi peribadi “No Arrow”.
sumber