Pages

Monday, July 16, 2012

Tips Bagaimana Mengenal Madu Tiruan

Madu keluaran Malaysia
Gambar Hiasan
Sering sahaja kita mendengar lambakan madu tiruan. Hal ini dapat menggusarkan kita kerana pengambilan madu tiruan akan membahayakan kesihatan dan menyebabkan diabetes. Oleh itu, anda sebagai penggemar madu iaitu makanan sunnah Rasulullah ini, perlulah tahu dan mengenalpasti cara-cara mengenali madu tiruan atau asli. Moga tips yang diberikan ini membantu anda untuk memilih madu dan seterusnya menjaga kesihatan anda!

1. Permukaan madu mempunyai
buih-buih halus.

2. Madu dalam botol yang terbalik akan
turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.

3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika
terbakar, ia madu asli.

4. Madu
tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.

5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan
membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.

6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung
semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.

7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.

sumber

Sunday, July 15, 2012

China tawar AS$160 tangkap ikan piranha

IKAN piranha memang terkenal dengan sifatnya yang ganas dan lahap.

BEIJING – Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.

Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang.

 Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily. – Reuters

100 rentung cuba cedok minyak tumpah

100 Orang Rentung,Orang Rentung,Minyak,Minyak Tumpah
ORANG ramai dan pasukan penyelamat melihat mayat-mayat mangsa yang rentung berikutan sebuah lori tangki yang membawa minyak terbakar dan meletup.

PELABUHAN HARCOURT, Nigeria – Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu disambar api.
Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu, pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja.


Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
“Lori tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah bertentangan,” jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.

Beberapa buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.

Kebocoran minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika orang ramai sibuk hendak mencuri minyak – AFP

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda.  Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya. -penawar.com-

Saturday, July 14, 2012

Keburukan Jika Guna Mouse dan Keyboard Dengan Cara Salah


hand wallpapers
Bagi anda yang selalu bekerja dengan menggunakan KOMPUTER, kesalahan dalam penggunaan MOUSE sehari-hari akan mengakibatkan carpal tunnel syndrome / karpal sindrom (istilah dalam perubatan untuk kelainan pada otot lengan).

Ini adalah gambar pembedahan tangan pesakit yang mengalami karpal sindrom.




Berikut adalah tatacara menggunakan mouse, keyboard dan komputer dengan betul..













Di bawah ini pula senaman bagi mencegah sindrom tersebut..




BERHATI-HATILAH!

Memang kita harus betul dalam menggunakan komputer, meskipun rawatan sekarang telah mencapai kemajuan pesat. Cukup banyak pesakit karpal sindrom yang dikurangkan dengan fisioterapi, beberapa kes karpal sindrom memang memerlukan tindakan pembedahan, namun kemajuan ortopedik sekarang amat pesat, beberapa pesakit hanya dibuka kulitnya 1 cm sampai 2 cm saja.

Namun bagaimanapun, MENCEGAH lebih baik daripada mengubati.

sumber

Keburukan Tidur Menghadap Kipas Angin

KIPAS ANGIN aksesoris JPG Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Sedang Hidup..Kenapa..??
Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. 
Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Nah, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. 
Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita melambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun
 Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat



Untuk renungan bersama

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التغليظ في المرور بين المصلي والدليل على أن الوقوف مدة طويلة انتظار سلام المصلي خير من المرور بين يدي المصلي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.