Pages

Saturday, July 14, 2012

Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?

bruce lee


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.




Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.

sumber

Rozaimi setuju jalani ujian pemilihan di BEC Tero Sasana

Rozaimi,Ujian Pemilihan,BEC Tero Sasana
ROZAIMI mengesahkan akan menjalani ujian pemilihan dengan kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.















DILEMA penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman berakhir sudah. Semalam, peledak berbisa negara itu mengesahkan bakal menjalani ujian bersama kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.
Ternyata spekulasi mengenai kualiti permainan liga di Thailand yang lebih terarah kepada aktiviti menjual perlawanan sebelum ini tidak mengganggu keterujaan Rozaimi menimba ilmu di luar negara.


Nama anak kelahiran Bongawan, Sabah itu tiba-tiba meniti di bibir peminat bola sepak tempatan apabila berjaya meledak 10 gol pada kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rozaimi menafikan spekulasi yang mengatakan beliau ‘lupa daratan’ sebaik menyertai Gergasi Merah secara pinjaman.

“Saya sayangkan Sabah, namun peluang menimba ilmu bersama Selangor tidak harus saya lepaskan.
“Lagipun saya masih muda, jadi jika saya gagal menyertai Tero Sasana saya akan kembali semula bersama Sabah, bukannya Selangor,” katanya yang berharap dapat meledak gol bagi membantu Sang Badak muncul juara Sukma malam ini.

Dalam pada itu, jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim mengakui kehadiran Rozaimi menjadikan Sabah pasukan pilihan untuk muncul juara malam ini.
“Ini merupakan final pertama kami sejak muncul juara Sukma 2002 di Sabah, jadi saya harap kemarau emas Sabah selama sedekad lalu akan berakhir,” katanya.
Kosmo

Friday, July 13, 2012

Beza Kentang McD dan KFC Apabila Disimpan Selama 3 Tahun

makanan, beza, kentang, mcd,kfc, awet, bahaya, simpan, selama, tempoh, waktu, dalam, tahun, terurai, tubuh, uji, makanan, rapat, buka, hasil, utuh, olah, bersih, bakteria, kembang, busuk
Beredarnya spekulasi bahawa makanan siap saji terkenal McDonald's dianggap susah terurai dalam tubuh membuatkan rasa ingin tahu salah seorang yang tidak disebutkan namanya menguji 2 makanan tersebut pada tahun 2008 iaitu masing-masing disimpan di sebuah balang yang ditutup rapat dan tidak dibuka hingga 3 tahun dan baru-baru ini 2 balang tersebut dibuka dan hasilnya seperti dilihat pada gambar.

Disatu sisi hasil dari penemuan ini disimpulkan oleh sebahagian orang bahawa makanan dari McDonald mengandungi bahan pengawet hingga masih utuh dibandingkan kentang dari KFC, namun dilain pihak justru ada yang mengatakan hal ini boleh terjadi kerana pengolahan makanan di McDonalds dianggap lebih bersih sehingga nyaris tidak memungkinkan intervensi bakteria mikroba berkembang dan memicu pembusukan. 
sumber

Lautan Buih Serang Bandar Cape Town



Satu fenomena alam luar biasa yang jarang berlaku menyebabkan kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan dibanjiri oleh air buih ‘Cuppuccino’.
Buih-buih itu jelas kelihatan melimpah sehingga melebihi pesisir pantai dan masuk ke kawasan tempat awam.

Boleh lihat gambar di bawah.










Info Ringkas:
  • Kejadian ganjil ini dikenali sebagai “buih laut” atau bahkan “buih pantai” dan ia berlaku disebabkan tindak balas air laut dengan kekotoran bahan organik, seperti plankton, ikan mati, tumbuh-tumbuhan mati dan lain-lain elemen yang terapung di permukaan air.
  • Arus yang kuat menyebabkan air membentuk gelembung kecil yang mempunyai kecenderungan untuk “bergabung” dan menyebabkan fenomena ini berlaku.
  • Saintis telah mengatakan bahawa jika kelajuan angin adalah lebih daripada enam meter sesaat, maka tenaga yang dipindahkan daripada angin untuk air secara berkadaran lebih tinggi, dan kuasa yang dikenali sebagai ketegangan yang air luar biasa tidak cukup untuk memegang molekul di permukaan bersama-sama.
  • Justeru air terputus sehingga ke titisan kecil disebabkan oleh ketegangan permukaan yang menyebabkan mereka untuk muncul sebagai buih putih.


Subhanallah fenomena yang sangat unik dan menarik sekali. Mungkin kita di Malaysia tidak berpeluang untuk merasai fenomena sedemikian rupa. Walaupun ia jarang dilihat, fenomena yang pernah berlaku di kawasan persisiran pantai di Cape Town, Afrika Selatan menunjukkan betapa hebatnya kuasa Allah SWT.

Thursday, July 12, 2012

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal


Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang,
Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.

Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.


Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.





Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.
sumber

Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat

Pengakuan Tentara : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"


Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamilmenghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.


Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan....
sumber

Adab Minum Rasullulah SAW



Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk . Amalan ini bertujuan untuk kesihatan. Rasullulah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. 



Antara Khasiat Amalan-Amalan Ini : 



1- Menghilangkan Balqham ( kahak dan lendir ) 

2- Mencuci Perut . 

3- Membuang Sisa-Sisa Makanan Yang Tertinggal Didalam Perut yang Tidak Dicernakan Dengan Sempurna dan Menolaknya Ke Usus Besar . 

4- Menghapuskan Sukatan Dalam usus , Menghilangkan Senak Perut dan Sedu. 

5- Memperbaiki Fungsi Buah Pinggang, Limpa dan Hati. 



Rasullulah SAW suka minum air yang telah disimpan di dalam suatu bekas.



Minuman manis dan sejuk . 

 

Aisyah ra meriwayatkan bahawa :" Diantara banyak-banyak jenis minuman Rasullulah SAW suka minuman manis dan sejuk ". 


Hadis bermaksud :" baginda mengemari minuman manis dan sejuk campuran madu atau nabiz ( rendaman buah tamar ). 



Didalam suatu doa Rasullulah ada menyebut :" Ya Allah kurniakan aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak, dan cintaku kepada air sejuk ." 



Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman itu terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan yang menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan . Ini sekaligus berperanan sebagai bahan yang mencernkan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh tubuh badan. 



Ringkasan Adab Minum Rasullulah SAW : 



1- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan . 

2- Bacalah "Bismillah" . 

3- Minum dengan 3 nafas . 

4- Minum dengan keadaan duduk . 

5- Jangan bernafas di dalam air minuman. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain. 

6- Setiap kali berhenti minum ( pada setiap pernafasan ) bacalah "Alhamdulilah" . 

7- Jika tiada tempat duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri . 

8- Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat .