Pages

Saturday, June 2, 2012

Restoran OBAMA FRIED CHICKEN di China


Gambar yang kebiasaannya memaparkan orang tersenyum tempat Kolonel yang terkenal telah diambil alih oleh Obama dengan matanya ditutup diperkenalkan KFC di Beijing, China telah membayar penghormatan kepada presiden Amerika Syarikat untuk nama "Obama Fried Chicken".

Rupa-rupanya ini bukanlah kali pertama KFC China telah menggunakan imej presiden untuk menarik pelanggan terhadap makanan ringan itu. Iklan komersial di Hong Kong juga pernah menggunakan Obama untuk menggalakkan menu sandwich ayam.

Jom Saksikan Video Tersebut

p/s:Obama oh Obama,Ada ada je lah kau nie
Sumber:

Batu Permata Terbesar Di Dunia Dilelong



Batu permata zamrud yang dikatakan terbesar di dunia telah dijumpai di Brazil dan dipotong di India. Permata gergasi ini mempunyai berat 11.5 kilogram dan kira-kira 12 inci panjang. Batu permata ini dinamakan 'Teodora' dan dalam terjemahan kasar bermaksud 'Hadiah Tuhan'.

Batu permata zamrud 57,000-karat ini akan dijual pada 28 Januari 2011 di Western Star Auctions di British Columbia, Kanada. Batu permata zamrud ini dinilai dari USD 1.15 juta dan ia hanyalah batu potongan kasar dan nilainya dijangkakan akan meningkat semasa lelongan dan bergantung kepada kemahuan individu yang ingin mendapatkan batu permata zamrud terbesar di dunia.

Batu permata zamrud ini sedang menuju ke Kelowna, British Columbia dengan keselamatan bersenjata. Rumah lelong akan memastikan batu permata itu dikawal ketat sehingga lelongan akhir bulan ini.

Mahu mengetahui lebih banyak mengenai batu permata gergasi ini?
Tontoni video di bawah.

Misteri Awan Jatuh Dari Langit

kisah misteri, awan jatuh dari langit, video, foto gambar, arab saudi, rakam, pelik
Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yang diambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke U-Tube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAE dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapas besar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.

Orang yang tidak dikenali yang menangkap fenomena yang unik ini kemudiannya menyerahkan perakam video beliau kepada pekerja ladang di kawasan itu dan memintanya untuk terus merakam semasa dia menuju ke arah awan dan menyentuh awan dengan tangan.

Klip video itu turut dibawa di dalam beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain, menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.

"Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya," kata lelaki itu dalam bahasa Arab. "Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah."


MARI KITA SAMA SAMA SAKSIKAN VIDEO TERSEBUT 

Pandangan BudakLadang:

Buih jenis yang sama terbentuk apabila anda mencuci pinggan atau detergen yang digunakan oleh BOMBA semasa pembersihan (boleh tanya BOMBA bagi yang tak tahu) menghasilkan buih yang banyak yang ringan dan boleh diterbangkan. Buih seperti ini juga boleh terbentuk di laut berikutan ribut, dan dalam kolam rawatan pembetungan sebagai hasil bio-aktiviti yang berlaku di. Kelihatan hanya seperti buih kepada saya. Akan tetapi tidak menjadi mustahil bagi ALLAH Azza Wajalla.

Friday, June 1, 2012

KBS mohon maaf isu K-Pop

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya konsert K-Pop yang diadakan pada Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu menyinggung perasaan mana mana pihak.  Menurut Sinar, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  berjanji selepas ini, akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

KBS mohon maaf isu K-Pop

KBS mohon maaf konsert K-Pop singgung perasaan - Terbakor

Konsert K-Pop Himpunan Jutaan Belia dikritik

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.
Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.
Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan,” katanya.
Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.
Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.
“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.
“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.
Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.

Gunung Everest alami kesesakan, terlalu ramai mahu mendaki

KASHMIR: Satu gambar memaparkan barisan ratusan pendaki yang cuba mendaki Gunung Everest menunjukkan kesesakan teruk pada paras ketinggian 30,000 kaki.
Pakar daki gunung percaya laluan tirus yang sama di Hillary Step, tembok batu 40 kaki pada ketinggian 28,740 kaki, sekurang-kurangnya menjadi sebahagian punca terhadap kematian empat pendaki hujung minggu lalu.

Ha Wenyi, 55, dari China; warga Kanada, Shriya Shah-Klorfine, 32; warga Jerman, Eberhard Schaaf, 61, dan Song Won-bin yang berusia 40 tahun dari Korea Selatan, semuanya berhenti hampir tiga jam di altitud yang memeningkan itu – terpaksa membakar bekalan oksigen berharga milik mereka ketika menunggu sekumpulan 150 pendaki untuk meninggalkan tempat itu.

Foto yang diambil oleh Ralf Dujmovits untuk majalah Outside adalah gambar yang jelas menunjukkan betapa sesaknya puncak tertinggi di dunia itu dipenuhi dengan kebanyakannya pendaki amatur yang membayar sherpa bagi melakukan tugas berat untuk mereka.
Cuaca tidak menentu di gunung itu berkeadaan baik hanya sebentar, memberi peluang tipis untuk pendaki cuba ke puncak.
Kebanyakan lelaki dan wanita ini terdesak meraih pulangan daripada AS$75,000 (RM236,523) yang telah dibayar untuk mendaki Everest.
Ramai daripada 220 orang yang mati di Gunung Everest adalah pendaki amatur yang meneruskan pendakian melanggar nasihat sherpa atau pendaki lain.
Menurut Outside, seorang pendaki wanita, Shah-Klorfine adalah pendaki yang tidak menghiraukan kedua-duanya.

Apabila dua pendaki bertembung dengannya ketika turun dari puncak, mereka menyedari dia berkelakuan pelik. Mereka menggesanya supaya berpatah balik. Dia menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat untuk meneruskan pendakian.
Pemandu arah juga menggesanya berpatah balik.
“Tidak, saya perlu teruskan. Saya perlu teruskan,” katanya kepada mereka.
Dia berkeras untuk meneruskan pendakian dan hanya dengan sedikit oksigen yang tersisa, dia berjaya sampai ke puncak.

Dalam perjalanan turun ke bawah, dia kekurangan udara dan sherpa terpaksa mendukungnya hingga dia menemui ajal, lapor Outside. – DM
sumber: hmetro.com.my

Sistem Pendidikkan: Malaysia ikut Yahudi. Yahudi Ikut Islam

 
 Salam Para peminat BudakLadang.Hari ini saya nak kongsikan artikel yang menarik untuk korang semua baca.Jadi saya harap korang dapat baca artikel ini sampai habis..
 
Saya ambil sedikit petikan daripada akhbar online Israel bertajuk Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya dan memang kebanyakkannya berjaya.

Petikan akhbar ini sudah jelas bahawa Yahudi telah menggunakan sistem Islam.
“A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”

•    Lelaki akan terdorong untuk menunjukkan kehebatan atau kelebihan mereka kepada perempuan, jadi mereka kurang beri tumpuan dalam kelas.

•    Perempuan merupakan penghalang (distractions) tumpuan lelaki, begitu jugalah sebaliknya.

Memang betul lah apa yang dikatakan . Kalau ada perempuan dalam kelas, mesti lelaki asyik nak control macho je. Itu yang boleh hilang fokus nak belajar. Begitu jugalah sebaliknya, perempuan pun mesti ada yang macam tu juga bukan?

Sekolah Pondok

Korang tengok tak sekolah pondok lelaki dan wanita di asingkan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar sekolah pondok dicampurkan antara lelaki dan perempuan, sudah tentu susah nak hafal Quran. Sebab terlalu banyak dugaan penglihatan, macam mana hati nak terang. Jadi, para pelajar boleh menumpukan perhatian terhadap pengajian agama dan penghafalan Quran bila diorang diasingkan.

Antara agama dan sekularisme

Ramai rakyat Malaysia yang masih tak sedar, majoriti sekolah-sekolah di Malaysia adalah mengikut sistem sekular penjajah British. Jadi jangan tanyalah kenapa budak-budak, kecik-kecik sekolah rendah dah ada boyfriend, siap ada yang terlanjur, melahirkan anak luar nikah dan sebagainya. Ada juga orang melayu Islam sendiri mendakwa.

“Buat apa nak asing-asingkan pelajar, ekstrim sangat tu”

 Saya tahu di Negara kita memang dah biasa bercampur lelaki dan perempuan.Segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum tanpa pengasingan. Lebih teruk lagi, asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang.

Universiti-universiti dan Kolej-kolej tempatan kita banyak peristiwa buruk yang berlaku rentetan daripada percampuran tersebut.

Kerana pelajar-pelajar kita sudah menjadi kebiasaan membuat hubungan istimewa sesama mereka. Ini disebabkan terlalu kerap melihat dan bermesra dengan pelajar perempuan di dalam satu kelas dan satu kampus.

Ketahuilah bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.

Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)
 
Boleh sendiri penjelasan Ustaz Azhar Idrus sendiri di youtube ini.
 
p/s:Nasib baik saya di sekolah tak ada perempuan..Sekolah saya semua lelaki..Dah selamat dari perempuan..Fuhh,belajar pun senang.kalau kena denda tak malu lah bro.. 

Wednesday, May 30, 2012

Bagaimana Manusia Mula Merokok

http://imgcdn.nrelate.com/image_cache/www.lamankongsi.com/c66b0d7160270742e47fa490dedde607_thumb_rokok.jpeg 

Antara soalan yang sering saya terfikirkan adalah siapa agaknya yang mula mengajar manusia hisap rokok sehinggakan tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini. Kalau dilihat sejarah rokok jenis biasa yang kebanyakan orang hisap sekarang ini, ia bermula daripada negara Amerika.
  • Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalamai keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi mustajab.
  • Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.
  • Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.
  • Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.
  • Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.
  • Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.
  • Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.
  • Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
 
Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh tok-tok bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih sophistikated sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Kita masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.