Pages

Wednesday, May 30, 2012

KELUCUAN BOLASEPAK MALAYSIA


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan jugak pengikut blog BudakLadang yang setia.Tadi Masa saya duk sibuk main internet,terbuka lah satu blog yang dikira otai jugak lah..Thanks to SpudinPunya. Saya dapat Artikel nie dari blog dia.Lepas nie boleh lah korang buka blog dia pula.

Balik pada topic kita,Saya ingin membuat satu highlights  hari ni, zaman bolasepak Malaysia daripada zaman peningkatan, hingga kejatuhan dan jugak zaman peningkatan semula (zaman ini). Jadi, saya bukan apa abang-abang akak-akak sekalian, bukan nak hina bukan nak memperkotak-katikkan Bolasepak Malaysia kerana, Saya adalah peminat fanatik Harimau Malaya. Cuma Saya ingin berkongsi cerita ini supaya dapat menjadi tauladan dan pengajaran kepada kita bahawa, bolasepak adalah sukan nombor satu negara dan dunia dan orang pandang tinggi beb bolasepak ni ! Jadi, kita renungkan bersama macam mana nak tingkatkan bolasepak Malaysia ni ke tahap lebih TOP!



Malaysia ni abang akak sekalian, ada ramai pemain hebat contoh Safee Sali yang mana, pemain termahal buat masa ini iaitu dengan gaji lebih RM2,000,000 setahun, Khairul Fahmi yang mana keeper terbaik EastAsia dan jugak Asia Pasifik, Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam yang mana telah menandatangani kontrak dengan pasukan Liga J (Japan) iaitu Ryukyu FC, Badrol Bakhtiar, seorang pemain muda Malaysia yang telah bermain di New Zealand (SP tak ingat nama beliau) dan ramai lagi pemain handalan lain yang berjaya membawa nama Malaysia selaku pasukan yang digeruni di AFF Suzuki dan jugak Sukan SEA. 


Malaysia adalah juara bertahan bagi kedua-dua acara itu dengan pemain handalan ini, tak mustahil bolasepak Malaysia akan terus gah ! Tapi, apa yang lucu ? Yang lucunya adalah, penyokong sendiri yang buat bolasepak Malaysia jadi lucu. APA tidaknya, kalau Malaysia menang, mula bersorak gembira siap doa, semayang hajat bagai tu apa kes ? Tapi, bila Malaysia kalah, korang dok kutuk-kutuk pasukan negara, booo sana, booo sini, laser sana, laser sini...OPPSSS! Terlepas sudah !!


Penyokong yang seharusnya memberi sinar harapan kepada pasukan negara bukan macam Malaysia vs China tahun 2006 kalau aku tak silap yang mana menyaksikan pasukan negara tumbang 5-0 di tangan China. Korang kutuk Malaysia punya team, apa jadah akak abang sekalian ? Takpela, ada lagi yang lucu, apabila Road Tour Manchester United, Chelsea dan Liverpool tahun 2010 kalau aku tak silap, yang mana, penyokong pakai baju team luar negara je, yang pakai baju Malaysia boleh bilang dengan jari ? Mana semangat penyokong Malaysia? Macam mana Malaysia nak menang kalau gitu penyokong buat kat pasukan negara.







Walaubagaimanapun, Malaysia tewas dalam semua perlawanan tersebut dengan Liverpool 6-3, Manchester United 3-2, dan Chelsea 1-0. Gol-gol cantik dihasilkal oleh pemain bintang negara iaitu Safee Sali dan jugak Safiq Rahim. 


jadi, silalah sokong pasukan negara lebih-lebih lagi kita dah nak dekat dengan AFF Suzuki 2012. . . Kalau tak silap aku, November ni. Jadi, support Malaysia dan doakan agar Harimau Malaya dapat bawak balik CUP AFF SUZUKI tu ke Malaysia dan menjadi juara bertahan.

Sumber

Tuesday, May 29, 2012

Iphone 4 meletup dan mencederakan orang

Dalam penerbangan dari Lismore ke Sydney Australia, penumpang di kejutkan dengan letupan kecil sebiji Iphone 4 milik penumpang tempatan. Agak memeranjatkan kerana jarang berlaku letupan pada produk keluaran Apple ini. Namum tiada sebarang penumpang yang tercedera dalam kejadian tersebut.
Pecah tu bro cover belakang Iphone


Berkemungkinan besar ianya berpunca dari bateri lithium ion yang di gunakan Iphone 4 tersebut terlalu panas menyebabkan ianya meletup. Bagaimana pun pihak penerbangan Regional Express masih melakukan siasatan rapi berkenaan kes ini dan tiada sebarang kenyataan rasmi di keluarkan setakat ini.
 

Rejim Bashar Sembelih 114 orang awam


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka ‘mengamuk’ Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban.
Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.
Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.

“Tentera Syria Bebas” berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.
Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.

Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar.
Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.
Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. Al-Fatihah
 p/s-Kejamnya..Kesian rakyat syria..Moga Moga Allah EMmbantu Orang Islam Di Syria.Amin....Share nie kat kawan kawan kita di Fb.Ramai lagi yang tak tahu pasal benda nie.... 

Gaji Nazmi Faiz sebulan RM300,000?

  JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak...

JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
\
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
-Sinarharian

Monday, May 28, 2012

Pemain bola sepak yang paling dibenci


Siapakah pemain bola yang paling dibenci didunia? Tidak sukar mencari jawapannya. Lihat saja di twitter.com iaitu, #FootballersIHate. Sehinggakan semalam, ianya menghasilkan nama-nama teratas sebagai pemain bola yang paling dibenci. Mereka adalah Luis Suarez, Sergio Busquets, Lee Hughes dan Marlon King.

Kenapa Luis Suarez? Inilah masalahnya bila kelab seperti Manchester United memiliki peminat yang ramai. Kebencian mereka terhadap Suarez bermula ketika dia melakukan tindakan rasisme terhadap Patrice Evra. 
Spontan, dia dijadikan 'public enemy'. Hukuman digantung 8 perlawanan ternyata tidak membuatkan kebencian mereka reda. Sebaliknya, bak api disimbah minyak, kebencian mereka memuncak ketika Suarez menolak bersalaman dengan Patrice Evra.

Kebencian memang subjektif. Namun, bagus juga ada kewujudan perasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, para pemain bola boleh menjaga tindak tanduknya dipadang atau selepas bermain bola. 
  

 P/s: saya memang dah lama benci tengok suarez,,Jangan marah peminat beliau..
sumber

Ayam disembelih tidak mati selama sembilan hari

ayam disembelih

ayam disembelih tak mati
keadaan leher ayam berkenaan selepas disembelih sembilan hari lalu.

Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.
“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.
“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.
“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.
“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.
“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.
“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.
“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.
“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya. – SINARHARIAN

 sumber

Ustaz Azhar Diharamkan Di PICC, Anak Muda Banjiri Masjid As-Salam Puchong

anak muda, gambar orang ramai kuliah ustaz azhar idrus, ramai anak muda ke kuliah ustaz azhar idrus, koleksi gambar kuliah ustaz azhar idrus, kuliah ustaz azhar idrus dibatalkan, anak muda banjiri    kuliah ustaz azhar idrus, kuliah ustaz azhar idrus diminati ramai / anak muda, kuliah ustaz azhar idrus best, kuliah ustaz azhar idrus tak bosan, kuliah ustaz azhar idrus sedap, kuliah ustaz azhar idrus vs himpunan sejuta belia, kuliah ustaz azhar idrus di puchong perdana, selangor, gambar, foto

Koleksi foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor. Walaupun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam.


Lihatlah dengan mata kepala sendiri. Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda..

Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan. - Harakah Daily

P/s:Caya lah Anak Muda ...
Sumber