Sekadar berkongsi. Artikel beza dosa lelaki dan perempuan ni mengajar
kita tentang kelebihan masing-masing selain untuk muhasabah diri. Harap
bermanfaat sebagai perkongsian bersama :)
Gambar dari filem 7 Petala Cinta
LELAKI:
Lelaki berkahwin kena tanggung
- dosa diri sendiri,
- dosa isteri,
- dosa anak perempuan yang belum berkahwin
- dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
Beratkan?
Hukum juga menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala
dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin ini.
Banyak lagi beban lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami yang
perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian
nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian
laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan..
Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..
- Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya
3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah
syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan
turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada
wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi
seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah
istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu
menjadi pemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH
wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat
pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah
kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga
dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah
dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,
anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri ”
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Baik lelaki mahupun perempuan, setiap orang ada kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Tiada yang sempurna. Maka, bersederhanalah
dalam setiap perkara. Semoga bermanfaat!
Sumber