Pages

Sunday, April 1, 2012

Petua : Haluskan Tapak Tangan


Bagi orang perempuan terutamanya para isteri, hari-hari kemas rumah, basuh baju, masak & macam-macam lagi boleh buat tangan kita jadi kasar kan?

Pernah jugak Amir dengar orang tua kata, mak mentua kalau nak cari menantu tengok tangan bakal menantu tu kasar ke tak. Kalau lembut je sah-sah lah tak pandai buat kerja rumah. heee...
Zaman sekarang apa kisah, banyak produk untuk lembutkan kulit.

Petua hari ni mungkin boleh membantu, tak keluar modal besar pun. Tak rugi kalau cuba. ;)

Petuanya ialah menggunakan serbuk kopi. 
Selepas bancuh kopi, serbuknya jangan dibuang. 
Gunakan untuk menggosok tapak tangan. 
Biarkan kering selama lima minit kemudian basuh bersih dengan air paip.
InsyaAllah, pasti dapat rasa kelembutan kat tapak tangan. 
Diamalkan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

Selamat mencuba ye!

Sekian.

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam?

Kahwin Cara Melayu Atau Kahwin Cara Islam? – Apa yang bakal aku kongsi adalah sebuah artikel yang aku dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

kahwin cara melayu atau kahwin cara islam

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Gambar Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Berhijrah…

Asslamualaikum..Amir nak tanya korang dulu,Korang sihat ke tak??Mesti lah sihat kan kalau tak sihat macam mana korang boleh buka blog Amir nie...Berbalik kepada topik kita ...Syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. Di harap penghijrahan tersebut dapat buka hati lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk lebih taat pada ajaran Islam.

Siapakah artis-artis lelaki yang telah berhijrah tersebut?



Mereka adalah;

1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer
2. Ustaz akhil hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ‘D Riyadh’
3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB
4. Azmeer Mustafa – bekas pelakon filem ‘ali setan’
5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’
6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut
7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E
8. Sham kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’
9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings’



P/s: Kita ni hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ni.

Friday, March 30, 2012

Pembangunan Mekah Dan Kedatangan Dajjal

Pembangunan Mekah

Mekah adalah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam yang kini sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah.

Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi pusat membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.


Kubu Ajyad sedang dimusnahkan

Pembangunan di tapak Kubu Ajyad

Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik beliau sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.

Keakraban yang menjadi tanda tanya

Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi. Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati.

Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar di dunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia. Binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah.

Kemewahan di dalam Abraij Al Bait

Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.

Sebelum ini umat Islam di warwarkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel. Rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv. Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swigseorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.

Benjamin Swig

Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian nescaya aku akan melindungi kamu. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kamu tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” 
(HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata: Sanadnya shahih)

Syiling Baru Malaysia - Malaysia Dijajah

Duit Syiling Malaysia yang akan dikeluarkan

Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:


Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Pengaruh Israel

Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?

Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.


Telah Lama Dijajah

Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:



Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.


Anubis

Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.

Cuba kita berfikir sejenak.

Trak Terbalik, Syling Bernilai Can$5 Juta Bertaburan


Berjuta-juta syiling mata wang Kanada bertaburan di lebuh raya negara ini semalam, apabila sebuah trak keselamatan terbabas lalu melanggar batu granit di bahu jalan sebelum terbalik mengakibatkan dua orang cedera parah.

Kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang waktu tempatan berhampiran Ramore, dekat Ontario, iaitu 635 kilometer barat laut Ottawa apabila sebuah kenderaan milik syarikat, Brinks terbabas sebelum berlanggar dengan dua buah trak lain dan sebuah van.

Polis Wilayah Selatan Porcupine Ontario, Konstabel Marc Depatie berkata, dua lelaki yang berada dalam trak Brinks dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan, namun tiada kecederaan lain dilaporkan.
sumber

Pemegang Kunci Kaabah


Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya‘.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.