Pages

Thursday, March 8, 2012

(COOL) Tips Harian Yang Sangat Berguna Yang Kurang Kita Diketahui

Tips Berguna Yang Kurang Diketahui

1. Mengatasi Masalah Semut

Semut kurang menyukai timun. Hanya perlu letakkan kulit timun di sarang semut atau di tempat laluan semut masuk kedalam rumah anda. Semut akan menjauhkan diri dari kulit timun tersebut.


2. Cara membuat ais yang bersih dan jernih
Senang jer, masak air tersebut sebelum dibekukan.


3. Membersihkan cermin sehingga berkilau
Bersihkan cermin menggunakan alkohol.


4. Membersihkan gula getah (chewing gum) daripada pakaian
Letak pakaian itu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam.


5. Memutihkan baju putih
Rendam dalam air panas (jangan panas sangat) dengan separut limau selama10 minit.


6. Mendapatkan jus limau yang maksimum
Rendamkan limau dalam air panas selama 1 jam, kemudian perahkan jusnya.


7. Mengelak mata berair semasa memotong bawang
Potong bawang sambil mengunyah gula-gula getah.


8. Merebus kentang dengan cepat
Hiris separuh kulit kentang tersebut dalam satu sisi sahaja.


9. Menghilangkan kesan dakwat pada pakaian
Letakkan ubat gigi pada kesan dakwat. Tunggu sehingga ia betul-betul kering, kemudian basuh.


10. Menghalau tikus
Tabur lada hitam di tempat yang ada tikus. Tikus akan lari.

Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning

Tips Mengatasi Masalah Gigi Kuning

Mempunyai gigi yang sihat adalah impian setiap orang. Kalu gigi sakit, maka mood kita untuk melakukan apa-apa aktiviti berkurangan. Tidak kurang juga yang mahu gigi putih kerana kelihatan lebih cantik. Disini ada beberapa tips untuk mengelakkan gigi menjadi kuning.
  • Elakkan meminum kopi dan jus anggur merah secara kerap. Biasanya kedua-dua minuman ini meninggalkan kesan warnanya secara kekal di gigi kita.
  • Makan banyak sayur kerana sayur boleh membersihkan gigi secara semulajadi.
  • Tukar berus gigi anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Minum jus atau makan buah strawberi kerana buah ini mengandungi zat yang memutihkan gigi kerana buah tersebut mengandungi kadar vitamin C yang tinggi.
  • Berus gigi sekurang-kurangnya sekali dalam 12 jam.
  • Menggosokkan kulit buah limau (xpasti jenis apa) pada gigi juga dapat memutihkan gigi anda. Lakukan dengan teratur agar hasilnya dapat bertahan lama.
  • Hindari merokok. Merokok adalah cara tercepat untuk mengubah warna gigi menjadi kuning.

  • Manfaatkan benang gigi untuk membersihkan celah gigi anda.
  • Gunakan ubat gigi yang mempunyai formula yang diiktiraf untuk memutihkan gigi.
  • Dapatkan nasihat doktor gigi dan pemeriksaan berkala.
Gigi putih tidak semestinya sihat tetapi dapat mengurangkan risiko penyakit gigi. Jadi, jagalah gigi anda dengan baik..

Bangunan Yang Terluas di Dunia (Top 10)

Bangunan Terluas di Dunia (Top 10)

1. Dubai International Airport, Dubai

Dubai International Airport adalah lapangan terbang terbesar di dunia, terdapat 97 eskalator, 157 buah lift, 180 check-in kaunter, dan kawasan parking yang berkapasiti 2600 kreta membuat lapangan terbang ini terpilih sebagai bangunan terluas di dunia dengan luas total bangunan mencapai 1,500,000 meter persegi.


2. Aalsmeer Flower Auction, Belanda

Aalsmeer Flower Auction adalah sebuah pusat pasar bunga dunia, dimana harinya jutaan bunga datang untuk dipasarkan ke seluruh Belanda dan juga Eropah, luas pasar bunga terbesar di dunia ini mencapai 990,000 meter persegi.


3. Beijing Capital International Airport, China

Beijing capital international Airport adalah antara airport terpenting di China. Airport ini berada di kedudukan kelapan tersibuk di dunia serta kedua terluas di dunia, luasnya mencapai 986,000 meter persegi.


4. The Venetian, Macau, China

Sebagai tempat perlancongan dan pusat perjudian terkenal dunia, Macau mempunyai sebuah kompleks yang di dalamnya ada kasino, hotel, mall dan sebaginya. The Venetian mempunyai semua fasiliti terbut. Luas The Venetian mencapai 980,000 meter persegi.


5. Berjaya Times Square, Malaysia

Berjaya Times Square yang terletak di Kuala Lumpur merupakan sebuah pusat membelih-belah dan hiburan antara yang terbesar di Malaysia. Di dalamnya terdapat dua hotel bintang lima, pusat membelih-belah, pejabat, taman, dan fasiliti mewah yang lain. Luas bangunan ini adalah 700,000 meter persegi.


6. The Palazzo, USA

Bangunan ini merupakan sebuah hotel dan kasino mewah yang berada di USA. Luas bangunan ini mencapai 645,581 meter persegi.


7. Pentagon, USA

Pentagon adalah pusat ketenteraan dan pertahanan USA, tidak hairan Pentagon mempunyai luas yang sangat besar, ini kerana terdapat banyak senjata dan berbagai jenis teknologi ketenteraan milik USA di Pentagon, luas seluruh bangunan ini mencapai 610,000 meter persegi.


8. K-25, USA

K-25, USA adalah sebuah pusat pengeluaran dan penyekidikan uranium milik USA yang berada di daerah Tennesee. Bangunan ini dibina pada tahun 1945 dan menelan kos sehingga 512 juta US dollar. Seluruh kawasan bangunan ini berkeluasan 609,000 meter persegi.


9. Hong kong International Airport, Hong Kong

Ke-9 terluas, Hong kong International Airport merupakan salah satu airport paling sibuk di dunia, bangunan ini berkeluasan 570,000 meter persegi.


10. Suvarnabhumi Airport, Thailand

Boleh dikatakan bahawa Suvarnabhumi Airport adalah antara airport yang terbesar di Asia Tenggara, dengan balai menunggu yang luas serta pentadbiran dan pengoperasian yang tidak kurang luasnya, jumlah keluasan keseluruhan bangunan ini adalah 563,000 meter persegi (tidak termasuk landasan kapal terbang)

Keajaiban Dunia Yang Kurang Dikenali

Keajaiban Dunia Yang Kurang Dikenali

Banaue Rice Terraces di Filipina
Merupakan sawah kuno yang berusia lebih 2000 tahun, terletak di gunung Ifugao 
Sawah ini berada 1500 meter di atas permukaan laut dan mengelilingi lereng gunung seluas 10360 kilometer persegi.

Sigiriya di Sri Lanka
Merupakan sisa peninggalan istana kuno yang terletak di atas sebuah bukit batu. Sigiriya atau Batu Singa, terletak di daerah Matale, Sri Lanka, dikelilingi hutan, takungan dan juga kebun.
Tower of Hercules di Sepanyol
Menara Hercules adalah mercu tanda kuno peninggalan Romawi. Berketinggian 55 meter menghadap pantai Atlantik Utara, Sepanyol. Dianggarkan, menara ini sudah berusia lebih 1900 tahun.
Toru, Kota Kuno di Poland Utara
Kota kuno ini wujud sejak tahun 1100 sebelum masihi, dan masih lagi wujud pada hari ini.

Ajanta Caves di India
Gua ini banyak terdapat lukisan juga patung-patung Buddha bernilai seni tinggi. Dianggarkan, monumen-monumen yang ada dalam gua ini wujud sejak abad ke 2 BC. 
Lembah Bunga di Himalaya
Lembah Bunga adalah lembah yang berada di banjaran Himalaya. Para pendaki dan juga ahli botani menggambarkan lembah ini sangat indah. Wujud sejak lebih dari seabad lalu.

7. Metéora, Bangunan di Puncak Gun
ung Batu Athos, Yunani
Lihat saja gambar ni, sangat menanakjubkab. Istana yang ada enam biara ini sudah wujud sejak ratusan tahun dulu.

Grand Canyon, USA
q1 7 Keajaiban Dunia Terbaru 2010 (Versi CNN) q2 7 Keajaiban Dunia Terbaru 2010 (Versi CNN)
Grand Canyon adalah sebuah tebing berjurang dalam, terbentuk oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini yang merupakan salah satu keajaiban dunia sebagian besarnya terletak di Taman Negara Grand Canyon. Panjang jurang ini adalah kira-kira 446 km, dan lebarnya antara 6 - 29 km.
Great Barrier Reef
q3 7 Keajaiban Dunia Terbaru 2010 (Versi CNN) q4 7 Keajaiban Dunia Terbaru 2010 (Versi CNN)
Great Barrier Reef adalah terumbu karang terbesar dunia yang terdiri daripada lebih kurang 3000 karang dan 900 buah pulau, yang membentang sepanjang 2600 km. Karang ini berlokasi di Corals Sea, Queensland di timur laut Australia.
Northern Lights
q9 7 Keajaiban Dunia Terbaru 2010 (Versi CNN)
Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis merupakan cahaya berwarna-warni yang terbentuk akibat interaksi medan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.

10 Fakta Tentang Nyamuk

10 Fakta Tentang Nyamuk


  1. Mempunyai 100 mata di kepalanya.
  2. Mempunyai 48 gigi.
  3. Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
  4. Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
  5. 3 pasang sayap.
  6. Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
  7. Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
  8. Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
  9. Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
  10. Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Al-Quran Merungkai Cara Mengesan Penipuan

Kesan ujikaji ke atas otak

Sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya katakan selepas mengetahui perkara ini. Siapa sangka pada waktu seribu empat ratus tahun yang lalu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum dipaparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI.

Keadah FMRI digunakan untuk mengetahui aktiviti otak

Ujikaji Ke Atas Ubun-Ubun Otak Manusia

Fakta mengesahkan, di dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Sekarang saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan penemuan yang baru dijumpai ini.

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
(Al-Alaq ayat 15-16)

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

Richard Patterson, Jutawan Amerika peluk Islam

Richard Patterson
Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya.

(al-Baqarah: 272)
Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz.
Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi.
Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas.
Abdulaziz menjejakkan kaki di Arab Saudi atas urusan menandatangani kontrak perjanjian dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Arab Saudi untuk melatih para pelajarnya menyediakan bantuan kecemasan ketika di udara.
Semasa tinggal di negara itu, Abdulaziz keluar makan malam atas pelawaan tiga orang dari Kementerian Hal Ehwal Islam yang juga merupakan ahli kepada projek yang dikenali Guide Me to Islam. Ketiga-tiganya bercerita dengan Abdulaziz mengenai Islam dan intipati tentang kebenarannya.
"Tujuan saya datang ke Arab Saudi semata-mata berkaitan urusan perniagaan. Tetapi saya gembira dengan keputusan bijak dalam kehidupan saya ini iaitu bergelar Muslim," kata Abdulaziz dalam satu majlis meraikan pengislaman itu.

Abdulaziz memuji etika berpakaian orang Arab dan mengakui ia cukup selesa dan begitu cantik.

Pakaian tradisional orang Arab turut menarik minat Abdulaziz 
Ketika berada di negara asal kelahirannya, Abdulaziz selalu mendengar cerita-cerita negatif tentang Islam menerusi saluran-saluran media yang boleh dikatakan memburukkan imej Islam.
"Membaca tentang Islam semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengenali dan memahami Islam yang sebenar.
"Lantaran itu peluang bertemu dan berkenalan dengan umat Islam lebih membuatkan saya mengenali roh Islam dengan lebih jelas," katanya.
Abdulaziz menganggap dirinya bertuah kerana mengenali Islam menerusi teman-teman Muslim yang bersama-samanya sepanjang berada di bumi Arab itu. Malah beliau turut mengakui Islam adalah agama yang benar dan penuh toleransi.
"Masyarakat Islam dan warga Arab Saudi sangat baik hati, merendah diri dan bersikap terbuka kepada orang luar," kata Abdulaziz.
Beliau turut merasa mereka seperti keluarganya sendiri, kerana tidak pernag mengalami perasaan terasing atau dilayan dengan buruk sepanjang berada di Arab Saudi.
Bagi Abdulaziz, apa yang paling menarik mengenai masyarakat Arab adalah mereka sangat beragama dan menjadikan agama Islam sebahagian daripada kehidupan.
Dia memang berharap untuk membawa rakan-rakannya ke Arab Saudi untuk mengalami sendiri apa yang telah dilaluinya, sekali gus mengubah persepsi mereka tentang Islam. Abdulaziz juga menyeru pengusaha Muslim untuk bekerja keras dan menarik pengusaha asing memeluk agama Islam. Ini kerana ada di antara usahawan Muslim tidak begitu serius dalam melakukan dakwah kepada rakan kongsi yang bukan beragama Islam. Beliau berpendapat, sikap begitu sebenarnya satu kerugian besar buat agama Islam itu sendiri.
"Kita boleh menyediakan buku-buku tentang Islam kepada delegasi semasa pertemuan urus niaga dijalankan.
"Dengan cara ini ia dapat membantu menjernihkan imej Islam yang selama ini telah diburukkan oleh pihak-pihak tertentu," tegas beliau.
Seorang guru yang menjadi jurubahasa kepada Abdulaziz, Issam Abdul Razzaq berkata, golongan yang sudah berjaya terutama para usahawan adalah kunci utama dalam memainkan peranan mempamerkan imej-imej tertentu tentang Islam.
"Mereka yang sudah berjaya mempunyai kredibiliti dalam kalangan ahli komuniti mereka kerana mereka telah dianggap penting.
"Oleh itu, apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, pasti ia menimbulkan rasa ingin tahu orang lain yang mana pada masa sama mereka mahu mengetahui dengan lebih mendalam akan agama baru mereka itu," kata Issam.