Pages

Thursday, January 19, 2012

8 Protokol Yahudi

1.. Song....
Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa.....
berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...

3...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..

4...Sport..
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL......
Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh....
Masha Allah..

5...Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6...Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yahudi ketawa lagi....
Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....

8...Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .

Ini hanya baru sedikit yang di ambil dari protokol yahudi.. protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.. bersama kita cegah... membangun bersama islam!

Haram Gunakan Ayat Al-Quran Sebagai Nada Dering Telefon






Majlis Mufti Arab Saudi telah sebulat suara mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan ayat suci Al-Quran sebagai nada dering adalah haram. Ini kerana ayat Al-Quran tersebut menjadi tidak lengkap apabila kita menjawab telefon dan sudah semestinya maknanya juga berubah dan berbeza dari makna yang sebenar. Al-Quran adalah untuk hidayah dan bukan untuk nada dering.
“Sila Kongsikan Mesej Ini Kepada Semua Umat Islam Kenalan Korang”

Sumber: http://pelik.org/haram-gunakan-ayat-al-quran-sebagai-nada-dering-telefon/

Manusia Terakhir Yang Memasuki Syurga






Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”

Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau: “Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu’min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.

Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata: “Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”

Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata: “Aku Tuhanmu”. Maka dijawab kaum mukmin: “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula Rasulullah s.a.w “Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!”

Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan.” Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir: “Adakah kamu pernah melihat sa’dan?” Jawab mereka: “Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.”
Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada tuhan yang disembah kecuali Allah” dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.

Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.

Kemudian Allah berkata kepadanya: “Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?” Jawab orang itu: “Tidak!” dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.

Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya: “Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!” Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.

Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau.

“Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!” kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: “Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka.” Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”

Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah: “Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!” Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya: “Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh.

Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh.
Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?

Maka Abdullah bin Mas’ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Tuesday, January 17, 2012

Tasbih Nabi Yunus 3




لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) سورة الأنبياء

Ertinya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.۝

Dalam Hadith Sahih Nasai’:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ألا أخبركم أو أحدثكم بشيء إذا نزل برجل منكم كرب أو بلاء من الدنيا دعا به فرج عنه، فقيل له بلى، قال: دعاء ذي النون لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين.

Ertinya: Nabi SAW bersabda: Maukah aku beritahu kamu sesuatu, bilamana seseorang itu bersedih atau ditimpa kesusahan dan dia berdoa dengan ucapan ini nescaya terlepas ia dari masalah tersebut. Para Sahabat menjawab, “Mahu wahai Rasulullah”.
Nabi SAW menyambung, “Ucapkanlah doa Zinnun ‘Lailaha....”.

Dalam Hadith Sahih Tirmizi:

فإنها لم يدع بها رجل مسلم في شيء إلا استجاب له.

Ertinya: Nabi SAW bersabda: Doa Zinnun yang diucapkannya kepada Tuhan-Nya dalam munajatnya, sesungguhnya tiada seorang Muslim berdoa dengan doa ini melainkan Allah memakbulkannya.

Tasbih Nabi Yunus ini adalah antara Ismul A’zam. Doa yang dimunajatkan oleh Nabi Allah yang mulia bernama Yunus. Tasbih ini didengari oleh para malaikat walaupun ketika itu Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus. Maka perbanyakkanlah tasbih ini.

Kisah Beradabnya Para Ulama




Kisah lama, kisah beradabnya para ulama dulu-dulu tidak seperti hari ini. Suatu hari Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki al-Makki r.h (السيد علوي بن عباس المالكي المكي) - ayahanda Habibuna Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi r.h mengajar di Masjidil Haram. Ketika itu para ulama pelbagai mazhab dan fikrah masih bebas mengajar di serambi-serambi Masjidil Haram. Dalam masa yang sama di ujung serambi lain ada Syeikh Abdul Rahman bin Sa’di (الشيخ عبد الرحمن بن ناصر السعدي) sedang mengajar dihadapan murid-muridnya. Syeikh ini antara orang alim yang ada pada zaman tersebut. Pengarang kitab tafsir Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Manan [تيسير الكريم الرحمن في تفسير كلام المنان].
Di Masjidil Haram ketika itu umat Islam sedang sibuk bertawaf di Kaabah. Tiba-tiba langit mendung lalu turunlah hujan membasahi bumi Mekah. Bila begitu turunlah air dari pancuran emas Kaabah yang dikenali dengan nama Mizab (الميزاب). Maka orang disitu pun berebut-rebut mendapatkan air yang turun dari Mizab. Ada yang menadah tangan buat basuh muka dan ada yang mandi.
Pengawal Masjidil Haram yang berada disitu memarahi mereka berbuat begitu dan cuba menghalang para jemaah yang semakin galak mandi air dari Mizab. “Syirik! Syirik!”, Teriak para pengawal. 
 

 


Para jemaah tidak puas hati kemudian pergi bertanya kepada Sayyid Alawi yang sedang dalam halaqah pengajian. Sayyid menjawab, “Hukumnya harus, boleh mandi untuk ambil berkat”.
Selepas berpuas hati dengan jawapan tersebut, para jemaah tadi pergi semula ke Mizab dan menadah air. Mereka berkata kepada pengawal disitu, “Kami tak kisah mu kata kami syirik kerana kami sudah dapatkan fatwa dari Sayyid Alawi.”
Para pengawal pula tidak berpuas hati dengan sindiran jemaah tadi. Mereka pun pergi meminta fatwa dengan Syeikh Abdul Rahman Sa’di dan mengadu hal fatwa Sayyid Alawi sebentar tadi.
Mendengar masalah itu Syeikh Abdul Rahman Sa’di tidak cepat melatah seperti ustaz-ustaz zaman sekarang. Beliau pergi menemui Sayyid Alawi dan duduk disebelahnya dengan penuh adab. Para jemaah sudah ramai mengerumuni dua ulama tersebut. Sangka mereka akan mendapat menyaksikan perdebat hebat antara dua ulama besar Mekah.
Syeikh Ibnu Sa’di: Benarkah saudara berfatwa begitu bahawa air ini berkat?
Sayyid Alawi: Ya, benar, bahkan ada dua berkat.
Syeikh Ibnu Sa’di: Bagaimana saudara boleh berfikiran demikian? Apa dalilnya?
Sayyid Alawi: Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran Surah Qaf ayat 9 berkenaan keberkatan air hujan:
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا ... (٩) سورة ق
Ertinya: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya (barokah).
Tentang Kaabah pula bukankah Allah SWT telah berfirman:
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا ... (٩٦) سورة آل عمران
Ertinya: Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat.
Berdasar dua ayat di atas menjadi dalil bahawa air hujan barokah dan Kaabah adalah barokah.
Syeikh Ibnu Sa’di termenung sebentar lalu berkata: SubhanaLlah, bagaimana kami boleh terlupa dua ayat tersebut.
Syeikh Abdul Rahman Sa’di pun mengucapkan terima kasih atas penerangan Sayyid Alawi dan meminta izin untuk beredar. Akan tetapi Sayyid Alawi menghalangnya dan berkata, “Nanti dulu wahai Syeikh, kamu lihat para pengawal masih lagi menghalang para jemaah nak ambil berkat air turun dari Mizab. Mereka juga juga menuduh syirik ke atas para jemaah lain. Tolong uruskan mereka.”
Syeikh Abdul Rahman Sa’di berfikir bagaimana nak buat ... akhirnya Syeikh pun pergi ke Mizab dan menadah tangan mengambil berkat air tersebut. Bila melihat perbuatan Syeikh Sa’di para pengawal pun beredar.
Demikianlah secebis kisah yang telah berlaku di Masjdil Haram. Begitulah adab orang alim, mereka tidak cepat melatah dan tidak cepat-cepat memberi fatwa melawan orang yang tidak sependapat dengan kefahaman mereka. Mereka sanggup bermuzakarah dalam kebenaran. Sayugialah hal ini juga berlaku dikalangan orang alim kita di Malaysia. Dalam hal ini dibolehkan mengambil tabarruk atau berkat dari air yang turun dari Mizab. Bukan bidaah yang menyesatkan.
Barangkali dikalangan penganut anti Salafi Saudi akan berkata, “Tu dia perangai Wahabi”. Dikalangan penganut tegar Salafi pula apa katanya? Entah saya bukan geng sana. Yang pasti apa saja pandangan kita adalah berdasar dari sudut mana kita melihatnya. Justeru itu marilah melihatnya dari sudut keterbukaan dan penuh tawaduk kerana dua ulama ini sendiri tawaduk dalam perkara khilaf. WaLlahua’lam.
 

Monday, January 16, 2012

Perkara Khurafat di Kalangan Jemaah Haji?






KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA



Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FENG SUEI. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.

KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

  1. Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.
  2. Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah
  3. Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.
  4. Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI

  1. Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.
  2. Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.
  3. Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.
  4. Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.
  5. Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.
  6. Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
  7. Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.
  8. Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.
  9. Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.
  10. Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.
  11. Bersetubuh dengan isteri di dalam Masjid al-Haram boleh mendapat anak yang mudah masuk syurga.
  12. Orang yang mandul boleh segera mendapat anak jika bersetubuh dengan suaminya di dalam Masjid dua kali dari arah pancur emas sekali kerana kepercayaan pancur emas itu melambangkan kemaluan Nabi Adam dan sekali lagi dari arah yang menghala ke Hajar Aswad kerana Hajar al-Aswad melambangkan kemaluan Siti Hawa.
  13. Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.
  14. Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.
  15. Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.
  16. Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
  17. Mandi bertelanjang di telaga Ja’aranah boleh memikat suami dan cepat mendapat jodoh bagi yang belum bersuami.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mandapat haji mabrur.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT

Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

  • Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.
  • Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.
  • Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.
  • Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.
CARA-CARA MENGHINDARINYA
Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.

Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.
Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.
Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.

TINGKAH LAKU BURUK SEBAHAGIAN JEMAAH HAJI
Selain dari khurafat yang tersebut di atas, ditambah pula dengan adanya tingkah laku buruk yang sering kedapatan di kalangan jemaah haji umumnya termasuk jemaah haji Asia Tenggara, menjadikan ibadat haji ibadat yang seolah-olahnya tanpa roh dan tanpa hikmah.

Sebagai contoh yang ketara, berlakunya peristiwa terowong al-Muassim pada tahun 1990 dan peristiwa pijak memijak di atas Jambatan Mina pada tahun 1994 yang semuanya memakan korban nyawa yang begitu banyak, mencerminkan masalah utamanya tingkah laku buruk jemaah haji.

Tingkah laku dan tuturkata manusia itu adalah sebagai cermin peribadinya. Jika elok tingkah laku, berbudi bahasa dan manis kata-kata, maka tinggilah nilai dirinya, mulialah pekertinya. Kalaulah itu benar-benar menjadi cermin diri, maka alangkah buruknya keadaan umat Islam ini kerana apa yang berlaku di musim haji menjadi ukuran yang utama pada nilai diri kita.

Di Mekah umat Islam kelihatan seperti seolah-olah tidak tahu disiplin diri dan disiplin kehidupan. Ada yang tidak bertolak ansur, bertengkar, bergaduh, tengking menengking, herdik mengherdik, menolak, melanggar, memukul, memijak, menghimpit, mengambil hak orang lain, menyusahkan kawan, memijak kepala, menyepak muka orang yang beribadah, mengganggu yang bersembahyang, menyepak al-Quran, meletak al-Quran di atas lantai, mengubah (mengalih) al-Quran dengan kaki, berebut-rebut dengan segala kekuatan untuk mencium batu hitam (al-Hajarul Aswad).

Memegang tangan berangkai kuat untuk merempuh orang yang sedang solat dan tawaf. Perbuatan yang sama berlaku dengan dasyatnya ketika di Mina untuk melontar. Segala selipar dan kasut serta pakaian tertanggal dari badan. Yang sakit tidak diberi simpati. Yang tua uzur tidak dihirau dan pelbagai perangai lagi yang boleh dilihat.

Mengenai tutur kata, umat Islam tidak hendak menjaga tutur katanya. Walaupun ketika sedang tawaf dan saei, masih bercakap-cakap dengan hal-hal yang terkeluar dari erti ibadah yang sebenar, bergelak ketawa berdekah-dekah kerana kelucuan yang sengaja diada-adakan dalam perbualan-perbualan, seolah-olah mereka bukan di hadapan Allah di dalam ibadat yang shahdu.

Kata mengata, caci mencaci sering kedengaran di sepanjang masa berada di Mekah dan Madinah seolah-olah tidak berbeza dari tempat-tempat lain. Mengumpat, mencerca terus berlaku tanpa sebarang takut kepada dosa yang perbuatan di Tanah Haram.

Semua tingkah laku buruk itu adalah sebahagian dari masalah yang sebenar yang berlaku di kalangan jemaah haji kita yang sudah sewajibnya kita menyedari perihal tersebut dan cuba menghindarnya.

BAGAIMANA MENGATASI PERMASALAHAN TERSEBUT

Masalah akhlak adalah masalah pokok untuk membina masyarakat yang mulia. Akhlak yang terpuji menjadi tunjang kekuatan umat. Rasulullah SAW diutuskan Allah adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Baginda menjadi teladan untuk kemuliaan akhlak, mengasuh umatnya agar berakhlak mulia.

Bagi mengatasi masalah yang disebutkan tadi, pendidikan kerohanian yang menekankan kepada kemuliaan akhlak perlu dititik beratkan dalam latihan dan syarahan-syarahan. Bakal-bakal haji hendaklah dipupuk dengan budi pekerti yang mulia untuk dihayati sepanjang masa hidupnya, lebih-lebih lagi ketika menunaikan haji.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
“Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkuat, maka bertawakkallah kepada Allah. Barang siapa yang ingin sangat hendak menjadi manusia yang terkaya, maka hendaklah meyakini bahawa apa yang ada di sisi Allah Azawajallla lebih baik dari apa yang ada di dalam tangannya. Dan siapa yang ingin sangat menjadi manusia yang termulia, maka hendaklah takut kepada Allah Azawajallla”.

Hadith ini mengingatkan kita tentang berakhlak dengan Allah. Bertawakkal kepada Allah, takut kepada Allah. Apabila manusia sudah mentaati perintah Allah dan amat mengharapkan keredaan, maka akan lahirlah budi pekerti yang mulia untuk mereka di alam manusia.

Mengunjungi Baitullah untuk menunaikan ibadat haji adalah suatu tuntutan syarak. Dari ibadat itu akan lahirlah pengajaran-pengajaran yang amat berguna untuk manusia. Fadhilat haji amatlah banyak. Salah satunya untuk mengingati Allah. Oleh itu, perbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berzikir kepada Allah di dalam masa kerja haji dan sesudahnya khususnya di Arafah dan Mina.

Salah satu rahisa Allah mewajibkan haji ialah untuk membersihkan diri mereka dari segala dosa, dari segala perangai keji dan perbuatan-perbuatan munkar. Kalaulah umat Islam memahami dan menghayati tujuan tersebut dengan sebaik-baiknya, maka tentulah tidak akan berlaku pekara-perkara munkar di tanah suci.

Semua orang yang menunaikan haji akan menjadi orang yang amat baik pekertinya. Tidak ada khurafat berlaku dan tidak ada perkara-perkara negetif berlaku kerana semuanya itu akan menyebabkan haji seseorang itu sia-sia.
Rasulullah SAW pernah bersabda:

Yang bermaksud:
“sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan perkara-perkara jahat dan fasik, maka kembalinya ke tanah airnya nanti ia menjadi seperti anak yang baru lahir”.

Sunday, January 15, 2012

Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia (10 Gambar)




Sejak kebelakang ni,umat manusia berlumba-lumba mencipta rekod di mata sesama manusia..tetapi tidak pula berlumba untuk melakukan amal kebaikan.Contohnya kita lihat pada pembinaan masjid..kerajaan berlumba-lumba membina masjid yang cantik-cantik.Tak tahulah tujuan untuk apa tetapi tidak pula mengajak dan menjadikan diri sebagai contoh untuk rakyat ikut penuhkan masjid.Yang terbaru ialah kitab al-Quran yang terbesar yang telah mula ditulis sejak lima tahun lepas dan telah disiapkan.Kitab ini mempunyai 30 kaligrafi berbeza dan ketinggiannya 7 kaki manakala lebar 10 kaki.Kitab ini sekarang berada di Afghanistan.